Monday, January 4, 2016

CITY Homestay, Kuala Terengganu

Assalamualaikum wbt...

Ok, hari ni aku nak buat promosi sikit la...tp bukan untuk bagi diskaun, cuma nak promote je...haha...ok straight to the point...actually bukan la barang yang aku nak promote, tp servis...berdasarkan tajuk entry ni pun aku rase korang dah boleh agak apa yang aku nak promote kan...yezza...it's a homestay! actually homestay ni bukan lah kepunyaan aku...aku ni rumah sendiri pun xde lagi nak buat sewa homestay lak kan...haishhhh...sadisssss btol la!

CITY Homestay

Actually homestay ni kepunyaan parents aku...lokasi rumah ni bersebelahan je dgn umah parents aku di Kampung Wakaf Beruas, Kuala Terengganu...so pada sesape yang nak pergi bercuti ke Kuala Terengganu, boleh la consider homestay ni as an option for accommodation...

Kenapa korang perlu pilih CITY Homestay?
  1. Rumah fully furnished (sofa, TV LCD, meja makan, peti sejuk, dapur, mesin basuh, dll)
  2. 3 bilik, 2 bilik air
  3. Rumah fully aircond (semua bilik dan ruang tamu)
  4. Ada mesin basuh dan ampaian, dibenarkan untuk basuh baju
  5. Dapur disediakan dan dibenarkan untuk memasak
  6. Bersebelahan dengan rumah owner, kalau ada yang tak puas hati berkaitan rumah (kotor, bersepah, dll) boleh terus ketuk pintu rumah owner n komplen
  7. Lokasi 10 minit ke pusat bandar Kuala Terengganu
Selain itu, beberapa POI berdekatan dengan lokasi homestay seperti di bawah:
  1. 2 km ke Mydin Mall / Giant
  2. 2 km ke Jalan Kuala Hiliran (Keropok Losong)
  3. 4 km ke Muzium Negeri Terengganu
  4. 5 km ke pusat bandar Kuala Terengganu (Stesen Bas, Pasar Kedai Payang dll)
  5. 5 km ke Dataran Shahbandar (jeti ke Pulau Redang)
  6. 5 km ke Taman Tamadun Islam (Masjid Kristal)
  7. 7 km ke Masjid Terapung (Masjid Tengku Tengah Zaharah)
  8. 12 km ke Pantai Teluk Ketapang (Ikan Celup Tepung)
  9. 17 km ke jeti Pulau Kapas (Marang)
  10. dll

Kalau korang plan nak ke air terjun yang boleh balik hari pun boleh. nak kate dekat tu takde lah dekat sangat kan. tapi kalau korang dah biasa duk KL gi jelajah sampai ke ceruk cari air terjun sejauh 50 km tu aku rase should be no problem la. ade 2 tempat tarikan pelancong kat bawah ni aku boleh propose.
  1. Air Terjun Sekayu - 50 km
  2. Tasik Kenyir - 60 km
Jauh ke? aku rase takde lah jauh sangat. kitorang pun biase je kalau pergi balik hari ni. standard gi berkelah lah ibarat korang duk Shah Alam tapi pegi berkelah kat Sungai Gabai dan seangkatan. hehehe...

Ok, cakap banyak tak guna kan...selagi takde gambar korang cakap aku sembang kosong lak kan...ok kat bawah ni aku sajikan gambar-gambar rumah untuk CITY Homestay ni...




Ruang tamu


TV LCD


Iron table and stand


Meja makan


Dapur


Peti sejuk dan mesin basuh


Bilik ketiga - ni gambar tahun 2015, air cond belum pasang.


Bilik kedua




Bilik utama


Bilik utama - attached bathroom




Ampaian disediakan untuk jemur baju


Gambar dah tengok, so apa macam? berminat? kalau berminat boleh la datang singgah untuk bermalam sehari dua...hehehe...btw, gambar ni aku ambik bulan november 2015 masa balik kampung hari tu...kalau korang tengok kat bilik ketiga (yang ada kipas stand) tu, air-cond belum pasang lagi...tapi ayah aku call bulan 12 baru ni cakap bilik tu dah pasang air-cond...so sekarang, rumah ni fully air-cond la...ni sume untuk keselesaan para tetamu yang berkunjung...insyaAllah servis yang terbaik kitorang akan bagi...

Ok now bab bayaran sewa...sewa takde lah mahal and takde lah murah sangat...orang kata value for money la...bayaran dikira untuk satu malam RM180. i think this price is reasonable la coz what u can get in this house is really worth every single cent...kalau korang stay lama (contoh seminggu), insyaAllah tuan tanah boleh bagi diskaun...kitorang buat homestay ni is for helping para musafirs especially Muslim...

So, gambar dah tengok...harga dah tau berapa...sekarang korang perlu tau lokasi rumah ni la kan...baru dapat datang kan...senang je...korang kalau lalu LPT 2 tu ambik exit Ajil / Kuala Berang..lepas tol nanti ada trafik light, sila lah follow signboard ke Kuala Terengganu...option lain korang boleh ambik exit ke Bukit Payung...TAPI!!!!! aku SANGAT99 tak suggest korang ambik exit ni sebab jarak perjalanan korang makin JAUH!!!!!!! unless korang ade destinasi nak dituju sepanjang exit Bukit Payung tu terpulang kat korang la....tapi ingat, bukan setakat nak ke lokasi CITY Homestay je, tapi kalau korang nak ke pusat bandar Kuala Terengganu sekali pun, sila lah keluar di exit AJIL / KUALA BERANG...exit Kuala Terengganu? jangan sesekali korang ambik exit ni unless kalau korang nak ke Kelantan...sebab exit Kuala Terengganu pun korang tak kan keluar kat bandar Kuala Terengganu tapi korang akan keluar di KUALA NERUS!

Ok, kat bawah ni alamat CITY Homestay:

2362 Kampung Wakaf Beruas,
20050 Kuala Terengganu,
Terengganu Darul Iman.

GPS:
5.301422, 103.121844
5°18'05.1"N 103°07'18.6"E

Antara surau dan masjid terdekat dengan lokasi homestay:
  1. Surau Kampung Wakaf Beruas - 500 meter
  2. Masjid Merbau Patah - 800 meter
  3. Masjid Simpang Tok Ku - 1 km


In case kalau korang berminat, or nak suggest kan kat kawan-kawan or sedara-mara boleh lah hubungi mak atau ayah aku seperti di bawah ni...

019-997 8785 011-5505 5452 - Hasnah
019-936 2539 - Ahmad

Nota kaki: kalau korang berminant untuk dapatkan Rempah NasiBukhari Hasnah, boleh jugak contact mak aku ye...heheheh

*************************** UPDATE 5 OCT 2016 ***************************

Semua bilik dalam rumah ni ada air-cond. Air-cond untuk bilik ketiga dah pasang beberapa bulan lepas. Lambat sikit update. Nanti aku upload gambar ye... :D

*************************************************************************

Sponsor Links

Learn Photoshop In Just 2 Hours
Master The Basics Of Adobe Photoshop In Under 2 Hours With Easy To Follow Instantly Accessible Online Video Tutorials!
Need to see to believe!
http://www.learnphotoshopnow.com

The CopyCat Cookbooks: Fast Food Recipes
Over 500 Recipes From All Of America's Most Popular Restaurants And Fast Food Chains
Great Sales Page - Great Value - Wide Open Niche!
http://www.fastfoodrecipes.net

Complete Guide To Making Money While You Sleep
330-page EBook (over 115,000 Words)
Absolutely Packed With Info And Ideas On All Aspects Of Making Money While You Sleep!
http://www.money-while-you-sleep.biz/complete-guide.html