Tuesday, December 1, 2015

Asal Usul Keropok Lekor


Sumber Google
Assalamualaikum w.b.t. Ok, hari ni aku nak share sikit asal-usul keropok lekor. Aku percaya ramai orang yang tak tahu mana datang nama "Keropok Lekor" ni. Maka dengan itu, aku akan bongkarkan macam mana perkatakaan "keropok" dan "lekor" terhasil. Kisah ni diceritakan oleh arwah atuk aku. Malu kokrang ah kalu orang tanye guane bulih name kepok lekor mung tok leh jawab. Name je orang Tranung tapi asal usul kepok lekor dok tau. Ukkk alohhhhh... Hahahaha... Ok, meh aku story pasal "The History of Keropok Lekor."

Keropok lekor merupakan salah satu makanan tradisional negeri Terengganu. Merupakan makanan jenis kudapan yang selalunya dihidangkan ketika minum petang di negeri Terengganu. Keenakan rasanya menjadikan ia satu makanan yang popular di kalangan rakyat Malaysia khususnya di Terengganu. Ini dapat dibuktikan dengan deretan bas dan kereta yang berkunjung ke gerai-gerai yang menjual keropok pada musim cuti persekolahan dan cuti-cuti umum yang lain apabila rombongan dari luar negeri Terengganu datang.

Bagaimana perkataan "keropok" terhasil? Kisahnya bermula puluhan tahun yang dulu, di mana para nelayan mendapat hasil laut yang banyak. Hasil tangkapan ikan yang banyak membuatkan penduduk di tepi pantai mencipta satu makanan yang baru. Makanan yang pada asalnya tiada nama dan diberikan nama sempena cara pembuatannya. Pada zaman awal pembuatan keropok, orang kampung menggunakan isi ikan dicampur dengan tepung sagu. Apabila kedua-dua bahan dicampur dan diuli, adunan tersebut dihempuk-hempuk dan menghasilkan bunyi "kelepok". Lama-kelamaan, perkataan "keropok" digunakan dan dijadikan nama kepada hidangan istimewa ini.

Seperti sedia maklum, terdapat dua jenis keropok di Terengganu. Keropok lekor dan keropok keping. Keropok keping dihasilkan dengan cara memotong nipis adunan ikan dan dijemur di tengah panas untuk menghasilkan keropok segera yang boleh disimpan pada tempoh yang lama. Cuma perlu digoreng dengan minyak yang panas dalam masa kurang 5 saat, hidangan keropok keping tersedia dan boleh dimakan begitu sahaja atau pun dengan sos cili.

Bagaimana pula dengan keropok lekor? Bagaimana perkataan "lekor" terhasil? Selepas adunan ikan siap, adunan tersebut digentel untuk menjadikannya panjang seperti sosej. Tetapi pada zaman dahulu, ada sesetengah yang menggentel keropok menjadikannya panjang lebih kurang 3 kaki. Keropok yang panjang ini dilingkarkan seperti menggulung tali untuk disimpan. Perkataan "lekor" adalah dari perkataan "lingkar" yang disebut dalam dialek Terengganu. Maka terjadilah perkataan "keropok lekor" yang kita santap ketika minum petang bersama teh 'o'.

Fuhhhh!!! Penat aku wat karangan ni. Dah boleh masuk jurnal dah karangan ni... Hahaha

Sponsor Links

Learn Photoshop In Just 2 Hours
Master The Basics Of Adobe Photoshop In Under 2 Hours With Easy To Follow Instantly Accessible Online Video Tutorials!
Need to see to believe!
http://www.learnphotoshopnow.com

The CopyCat Cookbooks: Fast Food Recipes
Over 500 Recipes From All Of America's Most Popular Restaurants And Fast Food Chains
Great Sales Page - Great Value - Wide Open Niche!
http://www.fastfoodrecipes.net

Complete Guide To Making Money While You Sleep
330-page EBook (over 115,000 Words)
Absolutely Packed With Info And Ideas On All Aspects Of Making Money While You Sleep!
http://www.money-while-you-sleep.biz/complete-guide.html