Tuesday, December 1, 2015

Asal Usul Keropok Lekor


Sumber Google
Assalamualaikum w.b.t. Ok, hari ni aku nak share sikit asal-usul keropok lekor. Aku percaya ramai orang yang tak tahu mana datang nama "Keropok Lekor" ni. Maka dengan itu, aku akan bongkarkan macam mana perkatakaan "keropok" dan "lekor" terhasil. Kisah ni diceritakan oleh arwah atuk aku. Malu kokrang ah kalu orang tanye guane bulih name kepok lekor mung tok leh jawab. Name je orang Tranung tapi asal usul kepok lekor dok tau. Ukkk alohhhhh... Hahahaha... Ok, meh aku story pasal "The History of Keropok Lekor."

Keropok lekor merupakan salah satu makanan tradisional negeri Terengganu. Merupakan makanan jenis kudapan yang selalunya dihidangkan ketika minum petang di negeri Terengganu. Keenakan rasanya menjadikan ia satu makanan yang popular di kalangan rakyat Malaysia khususnya di Terengganu. Ini dapat dibuktikan dengan deretan bas dan kereta yang berkunjung ke gerai-gerai yang menjual keropok pada musim cuti persekolahan dan cuti-cuti umum yang lain apabila rombongan dari luar negeri Terengganu datang.

Bagaimana perkataan "keropok" terhasil? Kisahnya bermula puluhan tahun yang dulu, di mana para nelayan mendapat hasil laut yang banyak. Hasil tangkapan ikan yang banyak membuatkan penduduk di tepi pantai mencipta satu makanan yang baru. Makanan yang pada asalnya tiada nama dan diberikan nama sempena cara pembuatannya. Pada zaman awal pembuatan keropok, orang kampung menggunakan isi ikan dicampur dengan tepung sagu. Apabila kedua-dua bahan dicampur dan diuli, adunan tersebut dihempuk-hempuk dan menghasilkan bunyi "kelepok". Lama-kelamaan, perkataan "keropok" digunakan dan dijadikan nama kepada hidangan istimewa ini.

Seperti sedia maklum, terdapat dua jenis keropok di Terengganu. Keropok lekor dan keropok keping. Keropok keping dihasilkan dengan cara memotong nipis adunan ikan dan dijemur di tengah panas untuk menghasilkan keropok segera yang boleh disimpan pada tempoh yang lama. Cuma perlu digoreng dengan minyak yang panas dalam masa kurang 5 saat, hidangan keropok keping tersedia dan boleh dimakan begitu sahaja atau pun dengan sos cili.

Bagaimana pula dengan keropok lekor? Bagaimana perkataan "lekor" terhasil? Selepas adunan ikan siap, adunan tersebut digentel untuk menjadikannya panjang seperti sosej. Tetapi pada zaman dahulu, ada sesetengah yang menggentel keropok menjadikannya panjang lebih kurang 3 kaki. Keropok yang panjang ini dilingkarkan seperti menggulung tali untuk disimpan. Perkataan "lekor" adalah dari perkataan "lingkar" yang disebut dalam dialek Terengganu. Maka terjadilah perkataan "keropok lekor" yang kita santap ketika minum petang bersama teh 'o'.

Fuhhhh!!! Penat aku wat karangan ni. Dah boleh masuk jurnal dah karangan ni... Hahaha

Monday, March 9, 2015

Kemalangan Ngeri Ketika Berzina

Kisah ni aku dah baca lama dulu... tapi x sempat nak share... tadi aku duk surfing2 de jumpe balik so aku rasa mcm x salah aku share cerita ni untuk pedoman kite sume...

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Gambar Hiasan

KISAH BENAR MATI HINA DALAM KEMALANGAN NGERI KETIKA BERZINA | Pada satu hari, dia dan rakan-rakan telah menerima satu panggilan palsu berkenaan satu kemalangan yang telah berlaku di lebuhraya utara selatan. Oleh kerana untuk mengesahkannya maka beliau dan rakan-rakan telah ketempat yang dikatakan oleh pemanggil tetapi tiada apa yang berlaku di sana. Dalam perjalanan pulang, waktu itu pukul satu pagi, hujan turun renyai-renyai.

Di satu persimpangan susur keluar dari lebuhraya, mereka ternampak sebuah mpv mewah yang terbalik dan remuk sekali kerana melanggar divider yang tajam.

Mereka segera turun dan melihat kemalangan itu dengan niat ingin menolong kiranya ada yang terselamat. Tetapi apa yang mereka saksikan sungguh dahsyat dan menyayat hati. Sesuatu yang tidak tergambarkan dahsyatnya.

Mereka jadi terkedu, tergamam, tiada sepatah perkataan pun yang dapat menggambarkan betapa dahsyatnya kejadian itu, semoga Allah melindungi kita semua dari kejadian yang seumpama ini. Pemandu mpv mewah itu telah pun mati terkulai di kerusi pemandu kerana kecederaan parah di kepala. MPV tersebut begitu remuk sehingga bumbungnya menghimpit kesemua pemandu dan penumpang di dalamnya.

Di bahagian belakang mpv mewah tersebut terdapat tiga susuk tubuh manusia. Seorang wanita dalam empat puluhan dan dua lelaki dalam dua puluhan.

Tidak terdapat seurat benang pun pada tubuh mereka. Wanita dan salah seorang lelaki itu dalam keadaan berpelukan kepala mereka pecah, darah menyembur di merata tempat, tulang rusuk mereka hancur dan tikam menikam antara satu sama lain, dahsyat sekali. Tulang punggung wanita itu pula hancur.

Lebih dahsyat lagi dengan jelasnya mereka lihat kemaluan lelaki itu masih di dalam kemaluan wanita itu. Langsung mereka tidak dapat dipisahkan. Lelaki yang seorang lagi sedang dalam nazak dengan kecederaan parah di kepala,dan sayup-sayup kedengaran suaranya memanggil.. mummy… mummy… mummy……

Ahli bomba itu terjelepuk. Tidak pernah dalam hidupnya terbayang akan boleh terjumpa keadaan seperti ini. Dengan semangat dari kawan-kawan, beliau segera bangun dan mengambil gergaji besi untuk memotong kenderaan yang remuk itu. Mereka mesti melakukannya secepat mungkin, sebelum kejadian yang memalukan itu dilihat oleh orang ramai.

Dalam kegelapan malam itu mereka bertungkus lumus membuat apa yang patut. Dalam kesibukan bekerja tiba tiba bulu roma ahli bomba itu meremang naik, badan nya menjadi seram sejuk dan dada berdebar kencang.


Sambil bekerja, dengan jelas dari sudut mata beliau kelibat satu makhluk hitam yang sungguh besar memegang pedang, dengan muka yang sungguh bengis dan berang, nafasnya mendengus radang, mundar mandir dan mengelilingi kawasan kemalangan dengan gaya orang yang tersangat marah. Dalam hati ahli bomba itu berkata, “Ya Allah, besarnya kekuasaan mu.”

Monday, March 2, 2015

Online Shopping

Hey guys!

Lame dah x update blog ni...rase mcm bersawang giler dah blog ni..al-maklum la aku ni bukan blogger tegar...haha

Just nk share ngan sape2 out there la yg kaki shopping online ni...ye la skrg ni kn trending orang shopping online...tgh2 keje bosan2 blh bukak website online shopping jap kn...ilang ngantuk ckp kt bos...so aku saje la nk share 1 site ni...instagram quezaralisha ade jual blouse inspired dr brand2 terkenal mcm zara, mng, etc etc la...kalo bab ni org2 ppuan konpem tau lah...xleh la ckp 100% tau kn...tp most of them roughly 60% ~ 70% insyaAllah tau lah...amboi memandai je aku ni bg percentage...ntah mane aku dpt figure ni pn aku xtau...hahaha...

So dat's all! aku xde mase nk ckp byk...ni pn time keje bg ilang ngantuk sikit update blog ni...bwh ni ade la ckt gmbr2 aku cilok dr instagram quezaralisha ni...so jgn malu jgn segan...singgah la cuci mata ckt kt insta ni ek...enjoy!!!





Sponsor Links

Learn Photoshop In Just 2 Hours
Master The Basics Of Adobe Photoshop In Under 2 Hours With Easy To Follow Instantly Accessible Online Video Tutorials!
Need to see to believe!
http://www.learnphotoshopnow.com

The CopyCat Cookbooks: Fast Food Recipes
Over 500 Recipes From All Of America's Most Popular Restaurants And Fast Food Chains
Great Sales Page - Great Value - Wide Open Niche!
http://www.fastfoodrecipes.net

Complete Guide To Making Money While You Sleep
330-page EBook (over 115,000 Words)
Absolutely Packed With Info And Ideas On All Aspects Of Making Money While You Sleep!
http://www.money-while-you-sleep.biz/complete-guide.html