Tuesday, June 18, 2013

Kegunaan dan cara pemasangan cushion buffer

AMT Power Cushion Buffer 

Post kali ni berkaitan dengan sistem suspensi kereta. Bagi mereka yang memiliki kereta buatan Korea, seperti Kia, Hyundai dsb, sistem suspensi agak kurang memuaskan. Bagi saya yang memiliki sebuah Kia Forte, suspensi di bahagian belakang agak lembut dan kurang memuaskan ketika mengambil selekoh. Buat pengetahuan semua, sistem suspensi buatan Korea memang sedikit kurang memuaskan mungkin kerana teknologi pembuatan kereta di Korea masih lagi tidak setanding buatan Jepun. Tetapi dari segi teknologi yang ditawarkan, kereta buatan Korea sekarang mendahului kereta buatan Jepun. Okay, saya tak nak cakap banyak pasal teknologi kereta dalam posting ni, cuma nak berkongsi pandangan dan penyelesaian untuk masalah ini.


Fungsi utama cushion buffer ini adalah mengeraskan dan mengurangkan hayunan hentakan suspensi samada depan atau belakang. Seperti dalam gambar di atas, cushion buffer ini diletakkan di antara gelungan  spring. Terdapat pelbagai jenama yang mengeluarkan cushion buffer, tapi untuk post ni saya menggunakan AMT Power Cushion Buffer, yang ni saya beli di Downtown Cheras dengan harga RM 30. Cara pemasangannya sangat mudah, dan boleh dipasang sendiri. Antara fungsi-fungsi cushion buffer seperti dalam gambar di bawah.

Fungsi cushion buffer

Untuk pengetahuan semua, buffer ni datang dengan pelbagai saiz mengikut kereta. Untuk jenama AMT, terdapat 6 saiz (A - F).

AMT Power Cushion Buffer Spec

Untuk model Kia Forte, saiz yang spring belakang adalah saiz C manakala untuk spring depan saiz B. Tapi saya hanya pasang buffer ni untuk spring belakang.

AMT Power Cushion Buffer saiz C

Cara pemasangan juga disertakan pada kotak bungkusan cushion buffer ni.

Cara pemasangan cushion buffer

Cara Pemasangan:

Pertama sekali yang diperlukan adalah pelincir. Tak kisah la apa-apa pelincir pun asalkan dapat memudahkan pemasangan buffer ni. Bagi saya, senang je, just bancuh sabun basuh kereta dan masukkan dalam botol spray.

Air sabun sebagai pelincir

Next, kita perlu stretch kan coil spring dengan menggunakan jack yang disertakan sekali masa beli kereta. Setiap kereta mesti perlu ada set jack, kalau tak mati la korang nak angkat kereta kalau tayar pancit tengah-tengah jalan.


Tak perlu angkat sampai tayar tergantung, cukup lah setakat coil spring dah meregang dan rengangan cukup untuk masukkan buffer ni.

Keadaan spring selepas diregangkan

Okay, bila dah stretched, bolwh lah semburkan air sabun untuk memudahkan proses pemasangan buffer ni.

Selepas dibasahkan dengan air sabun

Bila dah dibasahkan, cepat-cepat masukkan cushion buffer sebelum kering. Kalau kering, perlu basahkan balik.



Dan ini adalah keadaan cushion buffer selepas jack diturunkan.







Review selepas pemasangan:

Selepas pasang cushion buffer ni, terasa spring belakang sedikit keras, dan pemanduan ketika selekoh pada kelajuan tinggi lagi stabil dan boleh layan corner. Tapi penyelesaian murah ni tak tahan lama, mengikut review dari kawan-kawan, jenama AMT ni boleh tahan up to 6 months je, after that dah tak rasa kekerasan suspension. So, untuk ketahanan yang lagi lama, boleh lah cuba jenama lain. Maaf, saya lupa apa nama jenama yang lagi tahan. Untuk permanent solution, penukaran ke spring sport adalah dicadangkan ataupun nak lagi best, tukarkan ke adjustable suspension.

Sponsor Links

Learn Photoshop In Just 2 Hours
Master The Basics Of Adobe Photoshop In Under 2 Hours With Easy To Follow Instantly Accessible Online Video Tutorials!
Need to see to believe!
http://www.learnphotoshopnow.com

The CopyCat Cookbooks: Fast Food Recipes
Over 500 Recipes From All Of America's Most Popular Restaurants And Fast Food Chains
Great Sales Page - Great Value - Wide Open Niche!
http://www.fastfoodrecipes.net

Complete Guide To Making Money While You Sleep
330-page EBook (over 115,000 Words)
Absolutely Packed With Info And Ideas On All Aspects Of Making Money While You Sleep!
http://www.money-while-you-sleep.biz/complete-guide.html