Wednesday, November 27, 2013

Cerita Terengganu : Dolah dibelasah emak


Jom baca karangan dalam bahasa Terengganu!!! Kalau sape2 tak paham tu paham2 kan aje la ye...hehehe

Riuh dammak mok duk crite ke ayoh, Ambe takdi tubik dari bilik air napok pitu dapo tbuke, pahtu ambe jengok lluo, napok cahaye lapu suluh bromoh!! ade orang klubung nge kaing plekak, duk tekhendak-khendakkkk..mende agi, ambe pung capa batang nyapuh, buleh sakiklahhhh..Pok mung pung, dari ari tu doh ambe duk pok pek pok pekkk kabbo, saling gok papang lata sekeping tu..repuk blubang doh..tu yang ambe ingak ade orang nok mari skodeng..Mung pulok Loh, skale payoh beno nok bangung subuh, kalu dok ggego rumoh teppik ke mung..dok bangung smayang subuh awal-awal..subuh gajoh sokmo!! tah ke tu pulok nye blebe..kata Dolloh dalang ati..dohlah tengoh sakik ning..atah blakang kene bahang nge nyappuh, atah palle bekok cobbong bicuk, tratuk...Pahtu, ayoh dia pulok siasak dia macang polih, mung wak mende Loh, bromoh tu gelak-gelak ari ning?..kita nok tengok pukakkkk...ingak kekgi nok gi tahang kat alor nung, Dolloh kabbo belang khissing kinyih sakiktang, adik dia, Denang pulok kabbo...Owohhhhh..billo atah blakang mung, mesti kuak giler mok katok takdi, ork? Dolloh koho sakik ati tengok ke muka nganjing Denang, duk senggeh-senggeh..nye nyeh sungguhlah budok sorang ning!! Gi lah mandi dulu nung..kata mok dia..lepah smyang kang, como obak...obak ada atah blebah dinding tu..doksoh beng gi tahang pukak lah ari ning, lagipung pukak tu, lama ngak doh dok guna, pohu doh gamok nyer..


Haaaa.... ada paham??? Orang Ganu kalu dop paham tu soh beng ngaku org Ganu ah...wi nyepak bbutir br tau....lol...

Ok aku rase ramai yg tak paham karangan ni memandangkan Terengganu hanya lah 1 negeri dr 14 negeri di Malaysia ni... Tapi org2 Klate still boleh paham lg bahse ni...org pahang aku tak tau la tapi kalau belah2 kuantan ni still boleh phm lg aku rase...kat sini aku kasi skali la translate ke dlm bahasa melayu standard...

Translation nye lebih kurang berbunyi spt di bwh...

bukan main lagi mak duk crite kt ayah, td mak kuar dr blk air nmpk pintu dah terbukak, pastu mak gi tgk kt luar, nmpk cahaya lampu suluh kt bwh umah!! mak pn gi amek batang penyapu, mmg blh sakit lahhh... ayah ko ni pn, dr hari tu lg mak dah bebel2 ckp, tkr gk la papan lantai sekeping tu..reput sgt dah berlubang dah ni..tu yg mak igt ade org nak dtg mengintai..ko ni pulak Dolah, slalu ssh sgt la nk bgn subuh, kalo tak bergegar umah jerit kt ko...tak bgn smbhyg subuh awal2...slalu subuh gajah jela!! smpi ke situ lak bebel...kata Dolah dlm hati..dah la tgh sakit ni..atas blkg ni dah kena tibai gn penyapu, kpale ni lak bengkak benjol, terhantuk..pastu lak ayah ni soal aku dah mcm polis dah, ko wat pe Dolah, bwh umah tu gelap2 hari ni? Dolah nk tgk pukat...igt japg nk gi tahan pukat kt alur sana, kata Dolah smbl menahan kesakitan yg amat, adik dia, Adnan lak ckp..wahhhh...berbirat atas blkg ko, mst kuat gile mak belasah td, kn? Dolah lg sakit hati tgk muka menganjing Adnan, tersengih2..nyakitkan hati btol la bdk sorg ni!! gi la mandi dulu Dolah..kata mak..lps smbhyg nanti, sapu ubat..ubat ade atas palang dinding tu..tak yah la gi tahan pukat hari ni...lgpn pukat tu, dah lame sgt dah tak guna.. dah reput dah agaknye...


Macam mane? paham? kalau tak paham lagi udah la...malas aku layan :p

AKU BANGGA DI LAHIRKAN SEBAGAI ANAK TERENGGANU!!!

Saturday, November 23, 2013

Jasad Para Sahabat Masih Utuh


BANJIR MADINAH 2013 - JASAD PARA SAHABAT NABI TIMBUL MASIH UTUH DAN BERDARAH | Waktu terjadi banjir di Madinah, kubur 70 orang keluarga Perang Uhud itu dilanda banjir. jasad para sahabat timbul keluar dalam keadaan masih utuh kerana mereka dikuburkan di kawasan padang pasir.

Selepas banjir surut, darahnya masih mengalir harum dan dikuburkan semula tetapi sudah tidak ditandai nama-nama jenazah tersebut dan yang ditandakan kerana dikenali cuma 2 sahaja iaitu Saidina Hamzah RA kerana diketahui dengan luka didadanya, badannya tinggi besar.

Jasadnya masih berdarah dan harum. Bahkan tangannya masih menekup lukanya akibat terkena tombak, yang masih keluar darah. Walaupun sudah beberapa ribu tahun.
Dan yang satu lagi adalah Abdullah bin Jaz RA kerana diketahui telinga dan hidungnya terpotong akibat diikat benang. Kedua orang inilah yang sekarang nisannya ada di Uhud. Jadi kalau sekarang kita berziarah ke Gunung Uhud, hanya ada 2 nisan saja.

Sebuah “Kesaksian” Dr Thariq As-Suwaidan dalam kasetnya yang amat berharga “Qisshatun Nihayah” yang dinukil secara langsung dari Syaikh Mahmud Ash-Shawaf menyebutkan peristiwa besar yang dialami oleh sebahagian ulama dalam penguburan semula sebahagian sahabat yang gugur syahid di perang Uhud.

Bagaimana mereka menyaksikan para sahabat setelah 1400 tahun berlalu, bagaimana jasad mereka seperti sedia kala tanpa perubahan, tanpa pembusukan. Sebagai bukti nyata atas kebenaran berita gembira dari Nabi Muhammad SAW kepada para syuhada, bahawa bumi tidak memakan jasad mereka.

Berikut adalah sebahagian dari kaset pembicaraan Dr Thariq As-Suwaidan tentang peristiwa tersebut. “Syaikh Mahmud Ash-Shawaf telah menyampaikan kepada kami bahwa dia adalah salah seorang yang diundang daripada kalangan ulama besar untuk pemakaman semula para sahabat yang gugur syahid di perang Uhud di kompleks kuburan syuhada Uhud iaitu sebuah kawasan perkuburan yang terkenal.

Kerana dilanda banjir, maka sebahagian jasadnya timbul ke permukaan. Para ulama diundang untuk menguburkan semula para sahabat tersebut. Beliau berkata ”Di antara orang yang aku kuburkan adalah Hamzah RA, badannya besar, kedua telinga dan hidungnya terpotong, perutnya terbelah, dia meletakkan tangannya di atas perutnya.

Ketika kami menggerakkannya dan mengangkat tangannya, darahnya mengalir. Aku menguburkannya bersama sahabat-sahabat lainnya yang gugur syahid di Uhud.” Dr Thariq As-suwaidan berkata, ”Ini adalah perkara yang terbukti secara mutawatir dan dengan mata kepala. Semoga Allah SWT menyampaikan kita semua ke darjat para syuhada.

Syaikh Mahmud telah menyampaikan kepada kami tentang aroma harum misk yang berasal darinya ketika darah mengalir dari jasad Hamzah RA.” SubhanAllah, setelah 1400 tahun lebih, betapa agungnya Engkau ya Allah. Alangkah besarnya kekuasaan-Mu, Maha suci Engkau.

Betapa utamanya, betapa mulianya, Allah memberikannya kepada para syuhada. Jika seperti itu kemuliaan jasadnya yang terpendam di perut bumi yang tak seorangpun melihatnya, lalu bagaimanakah dengan kemuliannya di surga yang luasnya seluas langit dan bumi.

Selamat bagi yang telah melihat sahabat mulia ini, Hamzah bin Abdul Mutthalib RA pakcik Rasulullah SAW Jasad Syuhada Yang Tidak Mengalami Pembusukkan Jabir bin Abdillah bercerita, ”Menjelang perang Uhud, ayahku memanggilku pada malam hari. Ia berkata: ’Aku merasa akan menjadi orang yang paling pertama gugur di antara para sahabat Nabi SAW.

Sungguh aku tidak meninggalkan sesuatupun yang lebih kusayangi selain engkau, disamping Nabi Muhammad SAW. Sesungguhnya aku memiliki hutang, maka lunasilah. Dan bersikap baiklah kepada saudara-saudara perempuanmu.’ Keesokan harinya, ia pun menjadi orang yang pertama gugur.

Ia dimakamkan bersama orang yang lain dalam satu lubang kubur. Tetapi hatiku merasa kurang selesa membiarkan ayahku berkongsi lubang kubur bersama orang lain. Enam bulan kemudian, aku membongkar makamnya dan mengeluarkannya. Ajaib, jasadnya masih tetap utuh sama seperti pertama kali aku menguburkannya.” (Hadis Riwayat Bukhari, Fathul Bari, 3/214 )

Petikan hadis di atas membuktikan di mana ayah Jabir RA terbunuh dalam perang Uhud dan ketika enam bulan kemudian makamnya dibongkar, maka jasadnya tetap utuh. Enam bulan adalah waktu yang lama di mana tubuh mayat seharusnya sudah hancur.

Penelitian membuktikan bahwa 24-36 jam pertama mayat dikuburkan, maka bola mata mulai menonjol dan kornea menghitam. Cabang-cabang urat nadi mulai terlihat di perut dan dada. 2-5 hari berikutnya, wajah dan seluruh tubuh menggelembung, dari tubuh mayat keluar bau busuk. Setelah melewati 5-10 hari, kulit mulai rapuh dan tubuh dilitupi larva.

Organ-organ tubuh meleleh ke tanah dan mulai menyisakan tulang saja. (dinukil dari buku Ushuluth Thibbisy Syar’i, Dr. Muhammad Ahmad Sulaiman) CATATAN - Dalam buku sejarah bencana banjir pertama kali terjadi pada tahun 46 Hijrah atau 667 Masehi atau 43 tahun setelah Perang Uhud yang ceritanya mirip, iaitu jasad jasad mereka mengapung.

Monday, July 22, 2013

Will you get down from your car during an "accident" on the highway?



HATI-HATI DI JALAN RAYA

KISAH SEBAGAI PERINGATAN KEPADA PEMANDU SEKALIAN

Kisah ini terjadi sekitar jam 9 malam tadi setelah diminta oleh isteri yang sedang sarat mengandung untuk membelikan nasi goreng. Terbayang wajah isteri yang sedang kelaparan di rumah, saya memecut laju sedikit.

Setibanya di hadapan Petronas SKVE menghala ke Shah Alam/Banting, sebuah kereta Wira menghentam kereta saya dari belakang. “Bam!” Lantas saya berhenti ke tepi. Keadaan agak gelap walaupun banyak kereta sedang melalui lebuhraya tersebut.

Seorang lelaki berbangsa India turun dari kereta tersebut yang berhenti di belakang. Lagak jalannya macam gengster dengan tubuhnya yang besar. Saya buka tingkap dan tanya “Apa sudah jadi?”

“Brek tada makan la, bang!” katanya sambil memandang pada belakang kereta saya. Saya masih berada di dalam kereta.

“Macam mana ni, bang? teruk ni.. kemek ni..” katanya sambil menggaru-garukan kepalanya.

Saya jadi serba salah juga, nampak muka mamat ni macam betul-betul bersalah. Namun saya juga teringat kisah-kisah ‘langgar dan rompak’ sebegini. Untuk keselamatan saya masih bertahan di dalam kereta.

“Bang, boleh turun tengok tak kalau boleh setel kat sini ke?” umpan mamat tu.

Saya pun jadi tidak menentu, antara mahu turun dan lihat atau teruskan berada di dalam kereta.

“Mari tengok ni bang, kemek jugak ni. Kena settle ni..” tambah mamat tersebut.

Saya pun matikan enjin kereta. Tarik nafas dalam-dalam dan beristighfar. Kemudian saya buka pintu perlahan-lahan. Lain macam pula rasa di dalam hati ni, seolah-olah ada sesuatu yang tidak kena. Saya terus tutup pintu kereta dan meminta nombor telefon mamat tersebut.

Pada mulanya mamat itu macam gabra semacam untuk berikan no telefonnya kemudian dia minta saya tunggu sekejap dan dia terus ke keretanya di belakang.

Setelah itu dia berikan no telefon kepada saya untuk saya salin. Katanya itu nombor kawannya seorang lagi yang berada di dalam kereta.

“Besok saya call” kata saya.

“Tak nak turun tengok ke ni, bang?” tanya mamat tersebut.

Saya gelengkan kepala dan terus memecut ke hadapan. Saya perasan ada sebuah kereta Proton Perdana berhenti di hadapan sedikit dari tempat saya berhenti tadi.

Setelah sampai di restoran di Taman Equine, saya turun dan terus memeriksa belakang kereta saya.

Apa yang saya dapati ialah LANGSUNG TIADA SEBARANG KEROSAKAN!

Menggeletar lutut setelah mengetahui situasi yang amat menakutkan berlaku sebentar tadi. Alhamdulillah tiada sebarang perkara yang buruk terjadi.

Kepada rakan-rakan, semoga kisah ini menjadi pengajaran kepada kita termasuk saya sendiri. Nyawa lebih penting dari kerosakan kereta yang tidak seberapa.

Memang kita akan berasa geram, marah atau bengang sebab yang dilanggar itu adalah sebuah kenderaan yang kita bayar setiap bulan. Tetapi pertimbangan juga HARUS diberikan kepada keselamatan nyawa sendiri.

Semoga menjadi iktibar kepada kita semua.

- kongsikan kepada rakan-rakan anda -

Lembu Tua Vs Lembu Muda


Seorang peladang mempunyai 15 ekor lembu betina dan seekor lembu Jantan Tua. Oleh kerana lembu jantan Tua sudah tidak efektif lagi membiakkan bakanya peladang itu membeli seekor lagi lembu jantan Muda untuk jadi pembaka.

Selepas lembu Muda sampai dia disapa oleh lembu Tua.

Tua: Selamat datang, Kita boleh bekerjasama membuntingkan semua lembu betina ni agar tuan kita gembira.
Muda: Kerjasama?? Kamu sudah tua dan patut bersara biar aku uruskan semua kerja pembiakan ini.
Tua: Kamu bagilah aku tolong seekor betina pun jadi laa....
Muda: Tak boleh, aku gagah dan mampu melaksanakan kerja pembiakan tanpa bantuan kamu orang tua.
Tua: Ok kalau kamu gagah perkasa esok kita lumba lari kalau kamu menang aku tak akan ganggu walau seekor pun lembu betina.
Muda: Ok aku setuju esok pagi kita lumba.

Keesokannya.
Tua: Oleh kerana aku dah tua kamu kena bagi aku lari dulu lepas sepuloh langkah baru kamu mula berlari.
Muda: Ok lah Tua apa lagi lari lah..
Lembu Tua berlari dengan perlahan kemudian dikejar oleh lembu muda... dalam 10 meter lembu muda mengejar lembu tua dan sudah hampir di bontot lembu Tua.. tiba tiba BAM!!!.. BAM!!!..  lembu muda tersungkur rebah.
Tuan lembu telah menembak lembu muda sambil menyumbah “Chiss !!! Sudah tiga ekor lembu jantan yang aku beli ni Gay... . huh....”

Moral of story...
Jangan sombong dengan orang lama. Respek la otai dia banyak taktik yang tidak disangka....


Tuesday, June 18, 2013

Kegunaan dan cara pemasangan cushion buffer

AMT Power Cushion Buffer 

Post kali ni berkaitan dengan sistem suspensi kereta. Bagi mereka yang memiliki kereta buatan Korea, seperti Kia, Hyundai dsb, sistem suspensi agak kurang memuaskan. Bagi saya yang memiliki sebuah Kia Forte, suspensi di bahagian belakang agak lembut dan kurang memuaskan ketika mengambil selekoh. Buat pengetahuan semua, sistem suspensi buatan Korea memang sedikit kurang memuaskan mungkin kerana teknologi pembuatan kereta di Korea masih lagi tidak setanding buatan Jepun. Tetapi dari segi teknologi yang ditawarkan, kereta buatan Korea sekarang mendahului kereta buatan Jepun. Okay, saya tak nak cakap banyak pasal teknologi kereta dalam posting ni, cuma nak berkongsi pandangan dan penyelesaian untuk masalah ini.


Fungsi utama cushion buffer ini adalah mengeraskan dan mengurangkan hayunan hentakan suspensi samada depan atau belakang. Seperti dalam gambar di atas, cushion buffer ini diletakkan di antara gelungan  spring. Terdapat pelbagai jenama yang mengeluarkan cushion buffer, tapi untuk post ni saya menggunakan AMT Power Cushion Buffer, yang ni saya beli di Downtown Cheras dengan harga RM 30. Cara pemasangannya sangat mudah, dan boleh dipasang sendiri. Antara fungsi-fungsi cushion buffer seperti dalam gambar di bawah.

Fungsi cushion buffer

Untuk pengetahuan semua, buffer ni datang dengan pelbagai saiz mengikut kereta. Untuk jenama AMT, terdapat 6 saiz (A - F).

AMT Power Cushion Buffer Spec

Untuk model Kia Forte, saiz yang spring belakang adalah saiz C manakala untuk spring depan saiz B. Tapi saya hanya pasang buffer ni untuk spring belakang.

AMT Power Cushion Buffer saiz C

Cara pemasangan juga disertakan pada kotak bungkusan cushion buffer ni.

Cara pemasangan cushion buffer

Cara Pemasangan:

Pertama sekali yang diperlukan adalah pelincir. Tak kisah la apa-apa pelincir pun asalkan dapat memudahkan pemasangan buffer ni. Bagi saya, senang je, just bancuh sabun basuh kereta dan masukkan dalam botol spray.

Air sabun sebagai pelincir

Next, kita perlu stretch kan coil spring dengan menggunakan jack yang disertakan sekali masa beli kereta. Setiap kereta mesti perlu ada set jack, kalau tak mati la korang nak angkat kereta kalau tayar pancit tengah-tengah jalan.


Tak perlu angkat sampai tayar tergantung, cukup lah setakat coil spring dah meregang dan rengangan cukup untuk masukkan buffer ni.

Keadaan spring selepas diregangkan

Okay, bila dah stretched, bolwh lah semburkan air sabun untuk memudahkan proses pemasangan buffer ni.

Selepas dibasahkan dengan air sabun

Bila dah dibasahkan, cepat-cepat masukkan cushion buffer sebelum kering. Kalau kering, perlu basahkan balik.



Dan ini adalah keadaan cushion buffer selepas jack diturunkan.







Review selepas pemasangan:

Selepas pasang cushion buffer ni, terasa spring belakang sedikit keras, dan pemanduan ketika selekoh pada kelajuan tinggi lagi stabil dan boleh layan corner. Tapi penyelesaian murah ni tak tahan lama, mengikut review dari kawan-kawan, jenama AMT ni boleh tahan up to 6 months je, after that dah tak rasa kekerasan suspension. So, untuk ketahanan yang lagi lama, boleh lah cuba jenama lain. Maaf, saya lupa apa nama jenama yang lagi tahan. Untuk permanent solution, penukaran ke spring sport adalah dicadangkan ataupun nak lagi best, tukarkan ke adjustable suspension.

Wednesday, April 10, 2013

Rahsia Kecantikan Adira

Assalamualaikum!

Rasanya memang dah lama betul aku tak update blog ni. Selalunya update untuk sharing info je hehehe. Ok, tak nak banyak cakap, tengok tajuk pun korang semua dah tau kan?

Sekarang ni macam-macam produk dah ada kat pasaran Malaysia ni untuk tujuan kecantikan. Tapi macam mana keberkesanan produk itu? Adakah cukup dengan testimoni di internet? Atau mungkin kah testimoni yang dikeluarkan oleh sesetengah pihak palsu? Bagaimanakah untuk menentukan kesahihan testimoni tersebut? Adakah kita semua kenal akan individu dalam testimoni tersebut? Sudah tentu jawapannya tidak kan? Jadi bagaimana untuk kita kenal pasti siapakah individu yang betul-betul boleh dipercayai testimoninya?

Adira AF

Korang kenal siapa dalam gambar kat atas ni? Saya rasa ~70% rakyat Malaysia tentu kenal siapa individu kat atas ni. Ni la Adira AF8, dan peminat tegar rancangan realiti tv ni sudah pasti kenal akan Adira ni walaupun mereka bukan lah peminat Adira. Kenapa saya ambil contoh Adira? Jawapannya mudah, seperti yang saya cakap tadi, siapakah individu yang betul-betul boleh dipercayai testimoninya? Adira adalah selebriti tanah air, dan tentunya perubahan yang berlaku pada dirinya akan menarik perhatian seluruh media massa Malaysia dan seterusnya secara tidak langsung maklumat berkaitan perubahan terhadap dirinya akan sampai kepada rakyat Malaysia. Perubahan yang ketara membuatkan semua orang tertanya-tanya apakah rahsia beliau untuk mendapatkan kulit yang cantik dan gebu seperti yang dimilikinya sekarang.

Kapsul SNE dan Beutskin Essence

Untuk menjawab segala persoalan yang timbul, di sini saya ingin memperkenalkan produk yang digunakan oleh Adira yang menjadikan kulitnya putih gebu seperti yang anda lihat di kaca tv, di dada-dada akhbar di dan juga media alternatif di internet. Beutskin Essence dan Kapsul SNE adalah jawapannya, sejenis makanan tambahan (supplement) yang bukan sahaja memberikan kecantikan pada kulit muka malah meratakan tona kulit di seluruh badan serta dapat memberikan kesihatan dalaman. Untuk maklumat lebih lanjut berkaitan produk ini, bolehlah melawat blog Beauty as Desire. Anda juga boleh membuat tempahan produk di sini.

Untuk pengetahuan anda, bukan sahaja Adira yang mengamalkan pengambilan supplement dari SNE ini, malah rakan-rakan artisnya yang lain juga ada yang mengamalkan pengambilan SNE untuk kelihatan lebih cantik dan menawan seperti Heliza dan Stacy. Lihatlah perbezaan sebelum dan selepas pengambilan SNE ini. Mereka sudah, anda bila lagi? Kulit cantik, putih dan gebu serta tona kulit sekata seluruh badan merupakan idaman setiap wanita. Kami sekarang sedang membuat promosi diskaun untuk setiap produk yang dijual, dan untuk pembelian minimum 2 kotak, penghantaran percuma menggunakan khidmat Pos Laju akan diberikan. Untuk penggunaan yang lebih berkesan, anda digalakkan untuk mengambil Beutskin Essence dan Kapsul SNE pada masa yang sama. 

Heliza AF

Stacy AF

Sunday, April 7, 2013

Serai Penawar Kanser. Penemuan Israel yang disembunyikan.


SERAI PENAWAR KANSER !!!! Penemuan Israel yang disembunyikan !!!.
MESTI BACA !!!

Buat pertama kali, Benny Zabidov seorang petani dari Kfar Vedidya, Israel memiliki sebuah ladang di desa yang ditanam dengan pelbagai rempah ratus tetapi tidak memahami kenapa terlalu ramai pesakit kanser dari seluruh pelusuk negara datang untuk menemuinya hanya untuk mendapatkan bekalan serai segar di ladang milik beliau.


Beliau diberitahu oleh pesakit-pesakit tersebut telah dihantar oleh doktor-doktor mereka untuk mendapatkan bekalan serai segar dari ladang beliau bagi kegunaan perubatan.


“Pesakit-pesakit ini juga disarankan meminum sebanyak lapan gelas air panas yang direndam bersama serai segar pada hari mereka akan menjalankan radiasi dan rawatan kemoterapi,” kata Zabidov kepada pihak ISRAEL21c. “Inilah tempatnya diseluruh Israel dimana kita boleh memperolehi serai yang segar.”
Semua ini berlaku pada tahun lepas apabila para penyelidik di Universiti Ben Gurion, Negev menemui kandungan bauan atau aroma lemon didalam rempas ratus seperti serai dapat membunuh sel-sel kanser tanpa merosakkan sel-sel lain yang sihat didalam badan pesakit.


Pasukan penyelidik ini diketuai oleh Dr. Rivka Ofir dan Prof. Yakov Weinstein, kini adalah orang-orang bertanggungjawab di Katz Chair di dalam (cell-differentiation and malignant diseases) daripada Jabatan Microbiologi dan Immunologi di Universiti Ben Gurion (BGU).

“Citral” ada kunci utama yang memberikan rasa dan bauan seakan lemon didalam sebahagian jenis herba atau rempah ratus seperti serai (Cymbopogon citrates), melissa (Melissa officinalis) dan verbena (Verbena officinalis).

Menurut Dr. Ofir, hasil daripada penyelidikan mendapati “citral” akan menyebabkan sel-sel kanser ini “membunuh diri sendiri” dengan mengunakan “apoptosis”, sejenis mekanisme yang dikenali sebagai sistem sel mati. Hanya dengan meminum sebanyak satu gram air rendaman serai segar sudah cukup untuk “citral” telah memaksa sel-sel kanser membunuh diri didalam bekas kajian.

Para penyelidik di Universiti Ben Gurion (BGU) memeriksa keberkesanan”citral” ini pada sel-sel kanser dengan memasukkannya pada kedua-dua jenis sel iaitu sel-sel kanser dan sel-sel yang sihat dan dibiarkan membiak dalam bekas kajian. Quantiti “citral” yang dimasukkan adalah satu gram sama seperti kandungannya didalam secawan teh panas yang direndam bersama serai dan didapati “citral” ini hanya membunuh sel-sel kanser sahaja manakala sel-sel sihat tidak mengalami sebarang kerosakan.

Penemuan ini telah dipaparkan didalam sebuah journal sains iaitu “Planta Medica”, dimana journal ini mengetengahkan tentang penyelidikan sampingan atau alternatif dan kegunaan rempah ratus. Sejurus selepas penemuan ini berjaya, ianyanya dipaparkan sekali lagi didalam surat khabar yang paling popular di Israel.

Bagaimana “citral” ini berfungsi? Tiada siapa pun ketahui akan tetapi para penyelidik dari Universiti Ben Gurion (BGU) mempunyai teori terhadapnya.
“Dalam sel didalam badan kita, terdapat satu sistem gen yang mengawal sistem sel-sel mati. Sekiranya sistem tersebut salah, sel-sel didalam badan kita akan membahagi dengan tidak menentu dan seterusnya menyebabkan terbentuk sel-sel kanser. Didalam sistem sel-sel yang sihat, sekiranya sistem tersebut tidak berjalan dengan betul – sebagai contoh, bila mendapati sel-sel tersebut mengandungi gen-gen yang rosak maka sel-sel tersebut akan menjadi sel-sel mati didalam badan,” kata Weinstein. “Penyelidikan ini berupaya untuk menjelaskan kita tentang kebaikan serai”.

Kejayaan dari hasil penyelidikan ini telah menemui satu kesimpulan bahawa serai mengandungi “citral” yang menjadi bahan untuk menentang sel-sel kanser didalam badan kita.

Apa yang diketahui dari hasil penemuan oleh Universiti Ben Gurion (BGU) didalam akhbar, ramai ahli-ahli fizik di Israel mulai sedar dan penyelidikan ini perlu dikaji dengan lebih dalam lagi, doktor juga menasihati pesakit-pesakit dan kepada mereka yang memerlukannya untuk melawan penyakit ini.
Tidak hairan mengapa ladang Zabidov iaitu sebuah ladang serai yang terbesar di Israel menjadi tempat tumpuan kepada pesakit-pesakit kanser. Mereka amat bertuah kerana ada insan yang bersimpati dan menghulurkan bantuan. Menjadi kebiasaan bagi Zabidov menyambut kedatangan pelawat-pelawat dengan menyediakan sebuah cerek besar air teh serai dan sepiring biskut serta kata-kata semangat buat mereka.

“Bapa saya meninggal kerana kanser dan kakak isteri saya meninggal pada usia yang muda juga disebabkan kanser,” kata Zabidov. “Jadi saya paham apa yang dialami atau dirasai oleh mereka. Mungkin saya tidak tahu mengenai ubat-ubatan tapi saya adalah seorang pendengar yang setia untuk mereka. Adakalanya pesakit-pesakit ini juga mencerita kepada saya tentang rawatan mereka yang mahal dan sakit serta apa yang telah mereka lalui selama ini. Saya juga tidak pernah memberitahu mereka daripada berhenti untuk berubat dan adalah terbaik sekiranya mereka sentiasa mendalami kaedah-kaedah sampingan yang sedia ada serta membiasakan diri untuk meminum teh serai ini setiap hari.”

Dari umur muda lagi, Zabidov sudah berminat dengan pertanian. Dalam usia 14 tahun beliau sudah memasuki Sekolah Tinggi Pertanian Kfar Hayarok. Sejurus beliau tamat perkhidmatan dalam tentera, beliau menyertai satu kumpulan dan mereka menuju ke selatan, suatu daerah padang pasir yang dikenali sebagai Arava dan menemui tempat yang sangat sesuai untuk pertanian iaitu Tsofar.

“Kami semua sememangnya berjaya, kami menanam pelbagai jenis buah-buahan dan sayur-sayuran disitu,” sambil tersenyum beliau berkata,”kami dapat membesarkan anak-anak yang comel juga.”

Dalam lawatan beliau ke Europa pada pertengahan tahun 80 an, beliau mula berminat dengan rempah ratus. Pada masa yang sama, Israel tidak memperdulikan masakan timur seperti sekarang dan hanya beberapa jenis rempah ratus sahaja yang ditanam secara meluas seperti pasli, jintan dan ketumbar.

Berjalan-jalan di pasar sekitar bandar Paris dan melihat kepelbagaian jenis herba serta rempah, Zabidov menyedari semua ini mempunyai potensi yang baik jika dipasarkan ke seluruh pelusuk negaranya. Beliau membawa pulang beberapa jenis rempah ratus ke negaranya, “dimana ini adalah satu kesalahan,” katanya sambil tersenyum dengan rasa bersalah, untuk melihat bagaimana rempah ratus ini tumbuh di ladangnya kelak. Tidak lama kemudian, beliau menanam selasih, oregano, tarragon, sawi, sage, marjoram dan melissa serta beberapa jenis pudina.

Perniagaan beliau mulai berkembang dan beliau telah membuat keputusan untuk berpindah menuju ke utara, Kfar Yedidya adalah sebuah tempat yang sangat sesuai, perjalanan yang mengambil masa lebih kurang satu jam setengah dari Tel Aviv. Sekarang, beliau dapat memasarkan ratusan kilogram serai dalam masa seminggu dan juga menandatangani perjanjian dengan pengedar untuk membungkus untuk diedarkan ke seluruh pusat-pusat makanan kesihatan di negaranya.

Zabidov juga mendalami tentang serai ini dan kebaikkan “citral” untuk membantu para pelanggan beliau mengetahui lebih lanjut serta menjemput beberapa penyelidik perubatan ke ladangnya, memberi penerangan bagaimana dan kenapa “citral” berfungsi.

Beliau juga berasa bertanggungjawab untuk memberi tahu kepada para pelanggannya tentang kebaikkan serai. “Apabila saya menyedari apa yang berlaku, saya terus menelefon Dr. Weinstein di Universiti Ben Gurion kerana ada diantara para pelanggannya bertanyakan apakah cara yang terbaik untuk menggunakan “citral” ini. Dr Weinstein memberitahu adalah baik sekiranya serai direndam didalam air panas dan meminumnya sebanyak lapan gelas sehari sebagai amalan.”

Zabidov sangat berpuas hati dengan pennemuan penyelidikan ini bukan disebabkan keuntungan bisnis tetapi kerana ianya dapat meningkatkan tahap kesihatan beliau sendiri.

Walaupun berita tentang penemuan ini disiarkan, beliau dan keluarga juga sememangnya sudah mengamalkan minuman air rendaman serai ini bertahun lama, “kerana rasa airnya yang sedap.”

Jom tengok resipi Air Serai Berlimau yg simple jer ni dan selamat mencuba :)


AIR SERAI BERLIMAU
resipi : K.Nor@SecubitGaram


Bahan:
1 batang serai (kalau serai yg kecik guna 2 btg)
1 biji limau kasturi
1/2 sudu besar gula ~ tambah jika nak lebih manis
250ml air panas mendidih

Cara:
Ketuk bahagian pangkal serai hingga pecah2.
Letakkan kedalam gelas dan masukkan gula.
Tuang air panas mendidih dan kacau gula menggunakan serai.
Biarkan hingga suam2 panas (boleh diminum) dan perahkan limau kasturi.
Kacau dan sedia utk diminum.

Tuesday, April 2, 2013

Cara dan Teknik Menanam Uri Anak


Ramai ibu bapa kurang berpengetahuan mengenai cara pengurusan uri. Ada di antara mereka yang hanya meninggalkan uri anak mereka di hospital. Mempelajari cara menanam uri adalah sangat penting bagi ibu bapa khasnya ayah.

Menanam Uri Anak
  • Uri atau dikenali sebagai placenta, dan juga disebut tembuni.
  • Uri jangan dibuang atau ditinggalkan di hospital. Uri adalah teman rapat/kembar bayi semasa di dalam kandungan dan uri amat penting kepada bayi.
  • Uri perlu ditanam dengan segera bagi mengelakkan uri busuk. Jangan disimpan uri hingga dua tiga hari baru dibasuh. Orang tua kata tidak elok. Kalau boleh, cepat-cepat basuh. Contohnya, kalau dapat uri pagi, petang dah tanam. Simpan di peti ais beku jika tak sempat basuh uri tersebut pada hari yang sama/segera. Uri perlu diuruskan dengan baik.
  • Jangan mengikut kepercayaan karut-marut masyarakat Melayu yang diwarisi turun-temurun. Semoga, kita dapat menghindarkan diri daripada amalan khurafat ini, yang dibimbangi boleh menjejaskan akidah kita tanpa sedar.
Cara menguruskan uri
  1. Mulakan dengan baca Bismillahirahmannirrahim.
  2. Cuci bersih-bersih hilangkan darah-darah. Jangan guna sabun/shampoo.
  3. Bilas dengan air bersih sambil berselawat dan doa yang baik-baik (Untuk pastikan uri tersebut bersih dan suci)
  4. Cuci uri dengan garam. Lumurkan garam dan cuci bersih-bersih.
  5. Cuci uri dengan asam jawa. Lumurkan asam jawa dan cuci bersih-bersih. (Untuk hilangkan bau hanyir darah)
  6. Perahkan 4 biji limau ke atas uri hingga naik bau limau dan untuk harumkan uri.
  7. Letakkan dalam plastik/bekas mudah reput seperti plastic tesco/kotak mudah reput, letak garam kasar dan asam keping. Ikat seperti sup bunjut.
  8. Letak dalam kain putih dan ikat kemas-kemas seperti sup bunjut.
  9. Gali tanah sedalam mungkin, agak-agak tidak dibau/dikesan dan dikorek anjing nanti atau binatang –binatang lain nanti
  10. Baca Bismillahirahmannirrahim dan selawat semasa letakkan uri dalam dalam dan timbus.
  11. Tanam ditempat yang bersih dan selamat. Contohnya perkarangan surau/masjid.
  12. Letak batu sebagai tanda bagi memastikan tidak digali oleh anjing dan binatang2 lain.
  13. Jangan di letak lilin dan barangan sebagainya yang boleh mendatangkan syirik dan khurafat.
Hukum menanam uri adalah HARUS (JAKIM)
  • Uri tersebut perlu dibasuh dan ditanam di dalam tanah supaya ia tidak dimakan oleh haiwan.
  • Uri orang-orang Islam adalah suci dan dengan itu tidak boleh di bakar atau dijual. Mana-mana orang Islam yang melahirkan anak di hospital dikehendaki membawa balik uri-uri itu untuk di tanam di tempat masing-masing
  • Amalan menanam uri bayi dengan lada hitam, paku, pensil dan sebagainya adalah amalan khurafat.






Thursday, March 21, 2013

Keracunan Arsenik: Udang Vs Vitamin C


Kejahilan meracun diri sendiri


Seorang wanita tiba-tiba mati dengan tidak disangka-sangka dengan tanda-tanda pendarahan dari telinga, hidung, mulut & mata. Selepas bedah siasat awal ia disahkan bahawa kematian disebabkan keracunan arsenik.

Dari manakah arsenik yang datang?

Polis melancarkan siasatan secara mendalam dan meluas. Seorang profesor institusi perubatan telah dijemput untuk datang membantu menyelesaikan kes itu.

Profesor dengan berhati-hati melihat kandungan dari < h. Dalam kurang dari setengah jam, misteri itu dapat diselesaikan.

Profesor itu berkata: 'simati tidak membunuh diri atau dibunuh, beliau meninggal dunia akibat kemalangan dari kejahilan!'

Semua orang hairan, mengapa kematian akibat kemalangan dari kejahilan?

Profesor itu menjelaskan: 'arsenik dihasilkan dalam perut si mati.' Si mati yang mengamalkan pengambilan Vitamin C setiap hari, yang dengan sendirinya tidak menjadi masalah.

Masalahnya ialah bahawa dia makan sebahagian besar udang semasa makan malam. Makan udang tidak mendatangkan masalah dan tiada apa yang berlaku kepada keluarganya walaupun mereka telah sama-sama udang. Walau bagaimanapun, pada masa yang sama si mati juga mengambil vitamin C ', itulah yang mendatangkan masalah!

Penyelidik di University of Chicago di Amerika Syarikat, mendapati selepas melalui uji kaji, makanan yang seperti kekerang lembut (shell) mengandungi kepekatan yang lebih tinggi lima sebatian arsenik kalium.

Makanan itu segar dengan sendirinya tidak mempunyai kesan toksik terhadap tubuh manusia.

Walau bagaimanapun, dalam mengambil vitamin C, tindak balas kimia berlaku dan asal unsur-unsur bukan toksik berubah kepada unsur-unsur toksik.

Keracunan arsenik mempunyai peranan magma dan boleh menyebabkan kelumpuhan kepada saluran darah yang kecil. Oleh itu, orang yang mati akibat keracunan arsenik akan menunjukkan tanda-tanda pendarahan dari telinga, hidung, mulut & mata. Oleh itu sebagai langkah berjaga-jaga, JANGAN makan udang apabila mengambil vitamin C '.

Setelah membaca ini, jangan kedekut. Sila kongsi dengan rakan-rakan anda.

Kisah Pengajaran dari Hospital



Seorang doktor meluru masuk ke ruang hospital dalam keadaan tergesa-gesa selepas mendapat panggilan kecemasan dari pihak hospital..

Dia menukar pakaian dan terus meluru ke blok pembedahan.. Dia mendapati ayah kepada budak yang berada dalam bilik pembedahan sedang berdiri menunggunya..

Apabila si ayah melihat doktor itu, dia terus berteriak..
......................................................................................................
“Kenapa kamu ambil masa yg lama utk datang..?? Kamu tahu x anak saya dalam bahaya sekarang nie..?? Kamu x ada rasa bertanggungjawab ke..??”

Doktor tersebut tersenyum dan berkata :

“Sy minta maaf, saya berada di luar hospital & sy datang sepantas yg mungkin selepas mendapat panggilan kecemasan tu.. dan sekarang, saya harap anda bertenang.. jadi, saya dapat buat kerja saya..”

“Bertenang kamu kata..?! Kalau anak kamu berada dalam bilik 2 skrang nie, bolehkah kamu bertenang..?? Kalau anak kamu mati sekarang nie apa yg kamu buat..??" kata si ayah dgn marah..

Si doktor tersenyum lagi & berkata :
”Saya akan kata bahawa Allah telah berfirman dlm kitab-Nya yg suci.. Drp Allah kita dtg dan kepada-Nya kita kembali, doktor x mampu utk memanjangkan hayat seseorang.. Insya-Allah kami akan cuba yg terbaik utk anak kamu..”

“Memberi nasihat bila kita x mengalaminya memang senang..!” kata si ayah..

Pembedahan tu mengambil masa beberapa jam..
Tak lama kemudian, si doktor keluar dgn wajah tenang dan senyum..”

Alhamdulillah..anak anda selamat..!”

Dia terus berjalan tanpa menghiraukan si ayah.

“Kalau kamu ada sebarang soalan.. Kamu boleh tanya jururawat..”

“Kenapa doktor tu sombong sangat..?!
Tak boleh ke dia tunggu beberapa minit supaya saya dpt tnya beberapa soalan tentang anak saya..?! Komen si ayah selepas melihat jururawat..

Jururawat itu berkata sambil air mata mengalir di pipinya :
“Anaknya meninggal dunia semalam dlm kemalangan jln raya.
Dia berada dlm upacara pengebumiaan anaknya ketika kami menghubunginya utk pembedahan anak encik. Dan sekarang dia telahpun menyelamatkan nyawa anak encik, dia tergesa-gesa utk ada sehingga selesai upacara pengebumiaan anaknya.."

MORAL : "Never judge anyone because you never know how their life is & what they’re going through…”

Share Please...


Sunday, January 27, 2013

The only living sahabi



TAHUKAH ANDA APAKAH POHON INI ?

Inilah pohon yang memahami cinta buat Nabinya Muhammad SAW صلى الله عليه وسلم. Pohon yang diberkati.

Sehingga sekarang pokok ini masih hidup lagi di Jordan. Sebab itu ianya digelar "the only living sahabi" atau "sahabat Nabi yang masih hidup".

Sedikit sejarah mengenainya...

Ketika Rasulullah صلى الله عليه وسلم keluar ke Syam bersama Maisarah -pekerja Sayyidatuna Khadijah ra- untuk berniaga, Baginda صلى الله عليه وسلم pernah berteduh di bawah pohon ini sebelum sampai ke sana.

Semasa Baginda صلى الله عليه وسلم berteduh di bawahnya, dahan dan ranting² pohon ini bergerak menaungi Baginda صلى الله عليه وسلم daripada cahaya matahari.

Seorang paderi yang melihat kejadian ini datang bertemu Maisarah & menunjukkan kepadanya pohon tempat teduhan Rasulullah صلى الله عليه وسلم itu dengan berkata: "Hanya seorang Nabi sahaja yang berteduh di bawah pohon ini."

Pohon ini terletak di tengah padang pasir bernama Buqa'awiyya di negara Jordan. Dari segi geografi, ia berdekatan dengan kota Bosra di Syria. Sebagaimana kita tahu, Rasulullah S.A.W 2 kali tiba di Bosra 1. Ketika bersama bapa saudaranya Abi Talib sewaktu berumur 12 tahun & bertemu dengan Rahib Buhaira dan terserlah tanda kerasulan baginda di belakang bahu sepertimana tercatat dalam kitab injil tentang tanda kerasulan nabi akhir zaman. 2. kali kedua rasulullah ke bosra membawa barang dagangan saidatina khadijah. apa yg menarik..selepas dari tanah Tabuk hingga ke Bosra sejauh lebih 500km..kita tidak akan berjumpa dengan pokok seumpama di atas.

>>> Lihatlah sampai hari ini ia tetap subur walaupun berada di tengah² padang pasir yang kering kontang. Tiada tumbuhan hidup sepertinya. ALLAH menghidupkannya dengan kehendak-NYA jua, ALLAHU ALLAH.

Dan di dalam foto ini juga, Habib Umar Benhafidz seorang daripada keturunan Rasulullah صلى الله عليه وسلم menziarahi pohon di mana Datuknya - Rasulullah صلى الله عليه وسلم- pernah berada di situ.

SubhanAllah, Indahnya Ciptaan الله

Hubung kait BABI dengan amalan seksual bebas di negara Eropah


Hikmah Daging Babi Diharamkan...

Hal ini penting untuk diketahui, terutama oleh pemuda-pemuda kita yang sering pergi ke negara-negara Eropah dan Amerika, yang menjadikan daging babi sebagai makanan utama dalam hidangan mereka..


Dalam kesempatan ini, saya ungkit kembali kejadian yang berlangsung ketika Imam Muhammad Abduh mengunjungi Perancis. Mereka bertanya kepadanya mengenai rahsia diharamkannya babi dalam Islam.

Mereka bertanya kepada Imam, "Kalian (umat Islam) mengatakan bahwa babi haram, kerana ia memakan sampah yang mengandung cacing pita, mikroba-mikroba dan bakteria-bakteria lainnya. Hal itu sekarang ini sudah tidak ada. Kerana babi diternak dalam peternakan moden, dengan kebersihan terjamin dan proses sterilisasi yang mencukupi. Bagaimana mungkin babi-babi itu terjangkit cacing pita atau bakteri dan mikroba lainnya?" Imam Muhammad Abduh tidak langsung menjawab pertanyaan itu dan dengan kecerdikannya beliau meminta mereka untuk menghadirkan dua ekor ayam jantan beserta satu ayam betina dan dua ekor babi jantan beserta satu babi betina.

Mengetahui hal itu, mereka bertanya, "Untuk apa semua ini?" Beliau menjawab, "Penuhi apa yang saya pinta, maka akan saya perlihatkan suatu rahsia." Mereka memenuhi apa yang beliau pinta. Kemudian beliau memerintahkan agar melepas dua ekor ayam jantan bersama satu ekor ayam betina dalam satu kandang. Kedua ayam jantan itu berkelahi dan saling membunuh, untuk mendapatkan ayam betina bagi dirinya sendiri, hingga salah satu dari keduanya hampir tewas.


Beliau lalu memerintahkan agar mengurung kedua ayam tersebut. Kemudian beliau memerintahkan mereka untuk melepas dua ekor babi jantan bersama dengan satu babi betina. Kali ini mereka menyaksikan keanehan. Babi jantan yang satu membantu temannya sesama jantan untuk melaksanakan hajat seksualnnya, tanpa rasa cemburu, tanpa harga diri atau keinginan untuk menjaga babi betina dari temannya.


Selanjutnya beliau berkata, "Saudara-saudara, daging babi membunuh 'ghairah' orang yang memakannya. Itulah yang terjadi pada kalian. Seorang lelaki dari kalian melihat isterinya bersama lelaki lain dan membiarkannya tanpa rasa cemburu dan seorang bapak di antara kalian melihat anak perempuannya bersama lelaki asing dan kalian membiarkannya tanpa rasa cemburu dan was-was, kerana daging babi itu menularkan sifat-sifatnya pada orang yang memakannya."

Tuesday, January 22, 2013

Perihal Kecuaian Wanita Berkaitan Haid



CONTOH KEADAAN 1: (masa dtg haid)
Waktu zohor pkul 1.30 p.m.
si isteri niatkan dalam hati nak smbahyang pukul 2,
sebab tengah buat kerja (goreng ikan),nanti suami balik nk makan nasi tengah hari.
jadi si isteri berazam nak buat zohor pukul 2.00 p.m
TETAPI,tup2 KELUAR HAID SEBELUM PUKUL 2.00 p.m

JAWABNYA :
Slepas suci daripada haid,mandi2..si isteri kene QADHA ZUHUR INI.sebab si isteri telah MENDAPAT wktu ZOHOR tadi DALAM KEADAAN SUCI
(SEBAB ramai perempuan yang dia INGAT HANGUS BEGITU SAHAJA zohor yang tadi tu,sedangkan WAJIB DIA QADHA sebab dia telah dapat waktu zohor dalam KEADAAN SUCI)

-----------------------------------------------------------------------------
CONTOH KEADAAN 2 : (yang kering di waktu zuhur.)
Waktu asar pukul 4.30 p.m,
si isteri kering darah sebelum asar, pada pukul 4.15 p.m
(DALAM WAKTU ZUHUR),
si isteri pun ambil tuala mandi2,dan siap pada pukul 4.45 p.m,
lepas pada itu,dia pakai baju smbahyang,dan tunaikan ASAR SAHAJA,

JAWABNYA:
kene ingat??awak kering DALAM WAKTU ZUHUR dan WAJIB kene qadha zuhur itu tadi.
(suami WAJIB ajar isteri bab ni,sebab itu SUAMI WAJIB MARI MENGAJI (fardhu ain) BAB TAHARAH dan semua bab wayang wajib ain kita belajar dan kene ajar pada isteri,asalnya suami yang wajib pada isteri,bukan ustaz..
bila dua2 tak pandai baru dua2 wajib mari belajar dengan Ustaz,
sebab dia berkait degan sah batal AMAL IBADAT ISTERI.)
:dipetik dari kuliah bigboh berkaitan Toharah (bersuci)


Sponsor Links

Learn Photoshop In Just 2 Hours
Master The Basics Of Adobe Photoshop In Under 2 Hours With Easy To Follow Instantly Accessible Online Video Tutorials!
Need to see to believe!
http://www.learnphotoshopnow.com

The CopyCat Cookbooks: Fast Food Recipes
Over 500 Recipes From All Of America's Most Popular Restaurants And Fast Food Chains
Great Sales Page - Great Value - Wide Open Niche!
http://www.fastfoodrecipes.net

Complete Guide To Making Money While You Sleep
330-page EBook (over 115,000 Words)
Absolutely Packed With Info And Ideas On All Aspects Of Making Money While You Sleep!
http://www.money-while-you-sleep.biz/complete-guide.html