Saturday, November 12, 2011

Syarat potong tangan mengikut hukum Hudud



Asslamualaikum. Aku terdetik nak bukak entri ni sebab tengahari tadi masa khutbah Jumaat, khatib baca khutbah yang berkaitan dengan hukum Hudud pencurian (sariqah) dalam islam. Aku tahu ramai antara kita yang masih lagi salah paham ataupun paham tapi tak paham sepenuhnya. Sebenarnya bukan mudah untuk kita menjatuhkan hukum potong tangan ke atas seseorang pesalah (pencuri) tersebut. Hukum ini tidak akan dijatuhkan melainkan ketujuh-tujuh syarat di bawah dipenuhi. Penerangan kat bawah ni aku tanya Pakcik Google dan aku terjumpa kat satu forum. Apa name ntah forum ni aku pun tak sure. Tapi isi kandungannya lebih kurang lah dengan isi kandungan khutbah tadi. Sama-samalah kita baca dan renung-renungkan.


Hukum pencurian (sariqah) dalam Islam


Hukum mencuri di dalam Islam adalah termasuk di dalam hukum yang ma’lum minaddin bi dharurah. Hukuman bagi pencuri adalah dipotong tangannya, iaitu sampai batas pergelangan tangan kanan. Dalilnya adalah firman Allah, “Laki-laki yang mencuri dan perempuan yang mencuri, potonglah tangan keduanya (sebagai) pembalasan bagi apa yang mereka kerjakan dan sebagai seksaan dari Allah. Dan Allah Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana.” [TMQ Al-Maidah (5):38] ‘Curi’ yang ditakrifkan dalam ayat di atas secara perundangan Islam adalah pengambilan harta secara sembunyi dari pemiliknya atau wakilnya, dengan syarat mencukupi nisab potong tangan, dan mengeluarkan dari tempat penjagaan atau seumpamanya, dan tidak ada unsur syubahat terhadap harta tersebut [Nizham Al-‘Uqubat, Abd Rahman Maaliki, hal. 60]. Hukum potong tangan tidak akan dijatuhkan kecuali memenuhi 7 syarat utama:-


Pertama: Menepati definisi mencuri: makna mencuri di sini adalah mengambil harta secara sembunyi-sembunyi dan sorok-sorok. Tidak dikatakan mencuri jika merompak, menggelap wang (pecah amanah), merampas dan meragut. Oleh sebab itu peguam yang menggelapkan wang kliennya tidak termasuk dalam jenayah pencurian yang kena potong tangan. Walaupun mereka ini tidak dikenakan hukuman potong tangan, namun mereka akan dikenakan hukuman takzir, yang mungkin lebih berat dari potong tangan. Kesalahan ini tidak dikategorikan sebagai curi kerana ada hadis dari Jabir bahawa Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda “Tidak dipotong tangan orang yang pecah amanah, orang yang menipu dan perampas” [HR Abu Daud]


Kedua: Barang yang dicuri mencukupi nisab: Cukup nisab adalah syarat minima nilai harta yang dicuri. Jumhur ulama di antaranya Al-Malikiyah, Asy-Syafi`iyah dan Al-Hanabilah sepakat bahawa nisab pencurian itu adalah seperempat dinar atau 3 dirham. Satu dinar adalah setara dengan 4.25 gram emas (24 karat). Dalilnya adalah sabda Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa Sallam. Dari Aisyah ra. "Tangan pencuri dipotong untuk seperempat dinar atau lebih.” [HR Bukhari & Muslim]. Dari hadis ini dapat dibuat kesimpulan bahawa perkiraan nisabnya adalah ¼ x 4.25g = 1.0625g. Mengikut kiraan, harga semasa emas ialah RM169/g. Jadi, 1.0625g x RM169 = RM179.56. Oleh itu, nisab kecurian sekarang adalah RM179.56. Sekiranya seorang itu mencuri barangan berharga RM170.30 maka tangannya tidak dipotong kerana belum cukup nisab lagi, tetapi dia tetap akan dikenakan hukuman takzir.

Ketiga: Harta yang dicuri adalah harta yang layak dimiliki: Layak (ihtiram) adalah di sisi hukum syarak. Jika seseorang Muslim menyimpan khamar atau khinzir di rumahnya kemudian dicuri, hal ini tidak akan menyebabkan pencuri dihukum potong tangan kerana harta tersebut bukanlah satu pemilikan yang layak untuk orang Islam. Sebaliknya jika dia mencuri harta tersebut dari orang kafir, maka pencuri akan dikenakan potong tangan.

Keempat: Harta dicuri dari tempat penjagaan: Maksudnya barang yang dicuri itu mesti berada di dalam penjagaan, penyimpanan atau pengawasan pemiliknya. Bentuk penjagaan ini terdiri dari dua kategori, iaitu yang pertama, ia dibuat khas untuk menyimpan seperti peti besi untuk perhiasan dan wang, kandang untuk binatang, jelapang untuk padi dan sebagainya yang dimaklumi oleh masyarakat. Yang kedua, memang bukan media penyimpanan khusus namun termasuk cara umum di mana seseorang berada di situ dan orang lain tidak boleh menguasainya kecuali atas izinnya. Contohnya adalah seseorang yang duduk/tidur di masjid dan meletakkan beg di sisinya. Ini termasuk dalam penjagaan. Konsep ‘pengawasan’ terhadap harta ini adalah berbeza antara satu harta dengan harta lain. Ulama fiqih bersepakat mengatakan jika satu pintu stor atau kandang terbuka, atau bahagian dindingnya rosak maka ini akan menghilangkan sifat penjagaan, maka pencuri itu tidak dipotong tangan, namun mereka akan dikenakan hukuman lain. Dari Amru bin Syuaib dari bapanya dan dari datuknya berkata “Aku mendengar seorang lelaki dari Bani Muzainah bertanya kepada Rasulullah tentang sangkar yang ada lubang: Maka Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda: Pencuri itu kena bayar 2 kali ganda harganya dan dipukul sebagai teladan balasan seksa, namun jika dia mencuri unta atau kambing dalam pengawasan untuk minum air maka tangannya akan dipotong jika harganya menyamai 8 mijan” [HR Abu Daud] Begitu juga dalam hadis lain yang menceritakan perihal orang yang mencuri buah semasa berada ditangkai, maka mereka ditakzir dengan nilai dua kali ganda, tapi jika mereka mencuri dari stor maka mereka akan dipotong tangan jika cukup nisabnya.

Kelima: Bukan harta syubahat: Dalam harta yang dicuri tidak ada bahagian hak pencuri atau yang membolehkan pencuri itu memakannya. Ini bermakna tidak dikenakan hukuman potong tangan sekiranya siayah mencuri harta anaknya atau sebaliknya kerana Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda “Kamu dan harta kamu adalah milik bapa kamu” Rasululah juga bersabda “Sebaik-baik orang itu adalah orang yang memakan hasil usahanya sendiri, dan anaknya juga memakan hasil usahanya.” Seorang yang mencuri harta dari Baitul Mal juga tidak dipotong tangan kerana Baitul Mal adalah harta bersama di mana di dalamnya terdapat hak si pencuri sebagai rakyat meskipun kecil bahagiannya. Sebagaimana dijelaskan oleh Rasulullah bila seseorang ditangkap kerana mencuri khumus (1/5 dari rampasan perang yang dikhaskan kepada Rasulullah). Ibn Abbas menceritakan bahawa kes ini dibawa kepada Rasulullah, tetapi baginda tidak memotong tangannya, sebaliknya bersabda “Harta Allah dicuri di kalangan sendiri” [HR Ibn Majah]. Semasa pemerintahan Umar dan Ali juga terjadi kecurian di Baitul Mal namun mereka tidak memotong tangan, kerana kaum Muslimin bersyarikat (berkongsi) di atas harta itu. Begitu juga kalau salah seorang suami-isteri mencuri harta pasangannya, maka hukum potong tangan tidak dijalankan kerana mereka saling berkongsi di dalam pemilikan harta.

Keenam: Pencuri itu akil-baligh dan terikat hukuman dalam Islam. Taklif ini terkena kepada semua orang termasuk kafir zimmi. Ini kerana hadis Nabi Sallallahu ‘alaihi wa Sallam menyebut dengan jelas bahawa, “Diangkat pena (dosa) dari 3 pihak, orang yang tidur sehingga dia bangun, kanak-kanak sehingga dia baligh, dan orang yang gila sehingga dia berakal”[HR Muslim]. Ini bermakna taklif hukum terkena kepada orang yang berakal dan baligh. Pencuri kanak-kanak atau orang gila tidak akan dipotong tangan. Adapun kafir zimmi maka tangan mereka dipotong sebagaimana Muslim juga.

Ketujuh: Sabit kesalahan mencuri dengan pengakuan atau disaksikan oleh saksi yang adil: Pengakuan mencuri dalam sidang penghakiman akan menyebabkan seseorang itu boleh disabit dengan pencurian. Dari Abu Umaiyah Makhzumi menceritakan bahawa Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa Sallam telah memerintahkan potong tangan seorang yang datang mengaku mencuri walaupun benda yang dicurinya tidak ada ditangannya. [HR Ahmad]. Manakala jika kes dibawa dan bayyinah (pembuktian) diperlukan, nisab saksi mata untuk kes pencurian adalah 2 orang lelaki atau 1 lelaki dan 2 wanita berasaskan nas umum saksi dalam surah 2:286.

Inilah tujuh syarat hukum potong tangan di dalam Islam. Walaupun hukum potong tangan dijalankan, terdapat syarat lain bahawa si pencuri perlu mengembalikan semula harta yang dicurinya kepada pemiliknya Ini berasaskan hadis Nabi Sallallahu ‘alaihi wa Sallam “Apabila dicuri dari seseorang bekalannya, maka harta itu ditemui pada orang lain (pembeli), maka dia berhak mengambilnya, manakala penjual akan mengembalikan wang harganya kepada pembeli itu” Ini menunjukkan wajib harta yang dicuri dikembalikan kepada tuannya. Jika barangan itu binasa atau hilang maka kewajipan keatasnya membayar harga yang setimpal. Dan apa-apa kerugian yang diakibatkan oleh kecurian itu akan dikira dan pencuri wajib menggantikannya.

Sponsor Links

Learn Photoshop In Just 2 Hours
Master The Basics Of Adobe Photoshop In Under 2 Hours With Easy To Follow Instantly Accessible Online Video Tutorials!
Need to see to believe!
http://www.learnphotoshopnow.com

The CopyCat Cookbooks: Fast Food Recipes
Over 500 Recipes From All Of America's Most Popular Restaurants And Fast Food Chains
Great Sales Page - Great Value - Wide Open Niche!
http://www.fastfoodrecipes.net

Complete Guide To Making Money While You Sleep
330-page EBook (over 115,000 Words)
Absolutely Packed With Info And Ideas On All Aspects Of Making Money While You Sleep!
http://www.money-while-you-sleep.biz/complete-guide.html