Wednesday, November 23, 2011

Salah nombor der



Rosman Diterima Bekerja Sebagai Pelatih Di Sebuah Syarikat Multimedia. Selepas Melaporkan Diri Pada Hari Pertama Dia Masuk Ke Biliknya... Terus Mendail...

"Tolong Buatkan Saya Kopi Cepat!" Katanya Menengking.

"Maaf, Awak Salah Sambungan. Awak Tahu Dengan Siapa Awak Bercakap Ni?" Kata Suara Di Hujung Talian.

"Tidak" Jawab Rosman.

"Saya Pengarah Urusan Syarikat Ini, Awak Tahu?" Balas Suara Itu.

Rosman Terkejut. Barulah Dia Sedar Dia Tersalah Dail. Hajatnya Mahu Menghubungi Kantin.

"Encik Tahu Dengan Siapa Encik Bercakap Ni?" Tanya Rosman.

"Tak, Awak Siapa?" Balas Pengarah Urusan Itu.

"Kalau Tak Tahu Bagus..." Kata Rosman Terus Meletakkan Gagang Telefon.

Saturday, November 19, 2011

Cerita pasal iPhone 4


Sebut pasal iPhone 4 aku rasa sume orang tahu kot. Kat Malaysia ni kalau ada orang tak tahu pasal iPhone 4 ni memang kuno gila lah orang tu. Hah! Sampai macam tuh sekali penangan iPhone 4 ni. Aku tulis entry pasal iPhone 4 ni bukan sebab nak buat review ke nak beli ke apa. Memang ada terdetik dalam hati nak beli iPhone 4 ni tapi biar dulu lah. Sabar dulu nanti ada rezeki lebih Insya'Allah aku angkat lah satu. Hehehe.


Okay aku nak cerita sikit pengalaman aku dengan iPhone 4 ni. Khamis baru ni, aku gi makan McDonald kat  Jalan Semangat, Seksyen 14 PJ waktu lunch. Lepas dah order, ambik makanan then aku nak gi cari tempat duduk lah kat atas. Kalau kat sini selalu aku akan makan kat tingkat 2 lah. Dah ambik sos and straw aku pun nak gi naik tangga nak cari tempat duduk kat atas. Tengah aku nak naik tangga ni tiba-tiba ada sorang Cina ni datang dekat aku keluarkan iPhone 4 dia. Aku tak tahu apa dia cakap sebab kat situ bising and aku dengar pun macam-macam tu jela. Dia tanya aku iPhone 4 berapa harga? Dalam hati aku duk bisik ni mesti apek ni curi iPhone 4 pas tuh nak jual tapi tak tahu berapa harga dia so nak senang dia main tanya jela sape-sape yang lalu. Aku pun cakap aku tak tahu jela sebab aku malas nak layan apek ni. Aku pun naik cari tempat duduk.

Gambar sekadar hiasan. Aku tak makan Big Mac arini.
Okay dah dapat seat, basuh tangan and ready to eat! Macam biasa benda first yang aku akan makan mesti fries lah. Tengah-tengah duk makan fries ni tetiba je datang balik apek tadi slumber badak je dia duk sebelah aku. Haram betul apek ni nak mati kena belasah ngan aku ke?? Dia duduk pastu tanya aku lagi pasal iPhone 4 yang dia pegang tadi. Dia tanya aku nak beli ke tak. Pastu dia tunjuk iPhone 4 dia tuh, bukak apa setting lah aku pun tak tahu sangat pasal setting iPhone 4 ni. Dia tunjuk dia cakap tu iPhone 4 original. Bukan China mari dia cakap. Barang baik punya ni! Haha! Lebih-lebih lak aku ni! Kekeke.


Mak aih, aku tengok pun terliur, iPhone 4 kaler hitam berkilat lagi. Tapi sebab aku macam dah menyampah dengan apek ni so aku memang takde hati langsung ngan iPhone 4 yang dia tunjuk tuh. Dia tanya aku berapa harga aku nak beli. Pastu tak habis-habis cakap iPhone 4 tu original. Siot bapak tak malu gila apek sorang ni. Lantak ko lah malas aku nak layan ko. Sebab aku duk cakap tak nak je dari tadi pastu dia pun cakap la dia nak jual RM400. Murah sial iPhone 4 RM400! Tapi aku tetap cakap tak nak! Dalam hati aku asyik duk pikir tu iPhone 4 curi and aku tak nak bersubahat dengan dia beli barang curi. Tak nak! Tak nak! Tak nak! Tak nak lah! Lepas tuh dia da bosan tak laku barang dia pastuh dia pun blah lah. Baru lah aman sikit dunia aku nak makan ni. Reason dia cakap nak jual iPhone 4 tu sebab dia cakap dia takde duit nak makan. Dia cakap "No money" pastu tunjuk simbol nak makan (tangan dekat mulut - korang paham-paham sendiri lah!). Hmm dunia... Dunia... Macam-macam orang kat dunia ni. Bila lah Malaysia nak aman kalau orang macam ni berlambak kat luar. Aman tu aman tapi benda yang remeh-temeh macam ni yang membuatkan segelintir rakyat kita takut nak keluar. Apa-apa pun nasihat aku, kalau ada orang yang korang tak kenal datang kat korang approach nak jual barang tak kisah lah handphone ke camera ke apa jelah, jangan lah korang layan. Takut kang lain pulak jadinya. Sekian.

Technician vs Samseng

Bonzer. Apa yang korang tahu pasal bonzer ar? Kalau search kat Google akan keluar surfboard apa benda ntah. Langsung tak berkaitan ngan apa yang kebiasaan orang panggil. Biasa nya orang kita panggil orang yang jaga pintu masuk bar ataupun kelab-kelab malam tu sebagai bonzer. Aku pun tak tahu lah mana diorang dapat istilah ni kan. Saja lah aku search kat Google ni sebab nak cari gambar bonzer lah untuk entry ni. Tapi lain yang dicari lain pulak yang keluar. So aku pun dah pening. Hahaha!

Ni la bonzer yang aku dapat bila search kat Google.
Ok sebenarnya bonzer yang aku nak cakap ni pasal yang jaga kelab malam ni. Biasanya kalau bonzer ni diorang akan pakai kemas siap pakai blazer siap lah macam mamat kat bawah ni. Fuyooo! Kerja bodyguard je tapi pakai baju mengalahkan CEO. Hahaha!


Main topik aku bukan nak cakap pasal bonzer la tapi gak lah sikit-sikit pasal bonzer ni. Actually tadi masa kerja tengah duk lepak kat test floor, aku borak-borak lah ngan sorang technician aku ni. Dia datang sembang pasal handphone je. Dia cakap dia dah pakai semua handphone lah cuma sekarang dia tak tahu nak pakai handphone apa. Dia cakap pasal handphone Samsung yang baru. Samsung Galaxy Note dia cakap. Nak tahu handphone cane? Ha tengok lah kat bawah ni.


Dia memang berminat dengan handphone ni tapi tak tahu bila nak beli. Pastu aku cakap la nanti masuk bonus boleh lah angkat. Nak tahu jawapan dia apa? Dia cakap dia tak pernah sentuh duit bonus. Pergh! Masa ni aku dah terkejut dah. Biar betul technician ni tak pernah sentuh duit bonus. Macam tak caye je. Selalunya technician ni bila sebut pasal bonus je mesti tak sabar nak tunggu lah. Maklum lah bila bonus duit macam turun dari langit kan walaupun tak sampai 5 6 bulan gaji kan. Dia cakap duit bonus kena simpan. Tak leh nak suka-suka je habiskan duit bonus ni. Simpan untuk kalau-kalau terdesak nak pakai duit.

Gambar hiasan
Rasa terkejut dan perasaan ingin tahu pun datang. Aku pun mula lah start tanya apa dia buat kan. Pastu dia cakap lah dia ada buat business kat Seremban. Dia duk Seremban tapi kerja kat PJ. Jauh gak lah nampak kan tapi bila naik bas tak terasa sangat la duit keluar. Dia cakap dia buat business pub a.k.a. bar lah atau kelab malam. Takpe lah dia bukan Islam pun so aku tak hairan lah. Business dia maju gak lah tambah-tambah lagi nak hujung tahun ni. Mesti ramai lah pelanggan datang masa Christmas and New Year nanti. Konpem order pun meningkat nanti. Dulu dia cakap dia pernah jadi bonzer kat Singapore sebab tu dia berani bukak business ni sebab ada banyak contact and dah tahu selok-belok business ni. Kalau tak memang tak tahan lama lah. Ha sebab ni lah aku duk cari pasal bonzer tadi kat Google. Sekarang dah tahu nape aku membebel pasal bonzer tadi? Now you got my point! Hahaha!


Okay, teruskan cerita. Bukak business ni memang risky dia cakap. Memang nak kena hati kering gak lah. Dulu dia cakap memang dia selalu lepak kat pub dia tu. Balik kerja pagi dia akan lepak dulu. Tengok keadaan macam mana. Okay ke tak okay. Selalunya dia akan bagi diskaun kalau customer ambik banyak order macam beli 5 jug free 1 jug. Pub dia selalu aman. Takde customer yang mabuk-mabuk buat hal dalam pub dia. Setakat ni takde lagi lah customer yang bergaduh kat situ.

Tapi dia cakap dia pernah kena kejar ngan satu gang yang tak puas hati ngan pub dia. Masa tu dia tengah drive, anak bini dia ada kat dalam kereta sekali lah. Lepas tu dia perasan yang ada satu kereta Proton Wira hitam ikut dia dari belakang. Bila dia slow, kereta tu pun slow. Bila dia masuk simpang kereta tu pun masuk simpang. Lepas tu dia lalu kat roundabout. Masa pusing roundabout tu dia nampak ada 4 orang dalam kereta Wira tu. Sorang Cina, 2 orang India dan sorang lagi Indon. Lepas tu dia call member-member dia mintak tolong hantar anak bini dia ke rumah pakcik dia. Member dia datang berhenti kereta tepi jalan and ambik anak bini dia. Masa tu dia cakap dia kesian gile kat wife dia sebab wife dia memang ketakutan lah takut apa-apa jadi kan. Lepas member dia bawak anak bini dia, dia pun berdiri tepi kereta tunggu. Kereta Wira tu pun dah berhenti jauh dari kereta dia. Dia cakap dia selalu jaga-jaga sebab takut jadi macam ni lah. So dia dah prepare pedang samurai and baseball bat dalam kereta dia. Masa dia berdiri tunggu gang dalam kereta tu dia dah pegang pedang samurai sorok kat belakang dia.


Lepas tuh gang gangster tuh pun datang keluar kereta. Konon nak bajet berani la sebab diorang 4 orang and technician aku ni sorang. Tapi gangster tuh berdiri dekat kereta je, tak berganjak pun nak gi serbu technician aku ni. Duk main sound mulut je cakap. Diorang keluar kereta cakap diorang cari technician aku ni. Diorang cakap tak puas hati apa ntah. Tapi nak serang tak berani sebab technician aku ni slumber je berdiri tercegat sorang-sorang kat situ. Lepas tuh technician aku keluarkan pedang samurai yang dia sorok kat belakang and keluarkan dari sarung dia. Gangster Cina yang sorang tuh terus cuak masuk dalam kereta. Lepas tuh apa lagi, gang-gang technician aku ni keluar and ambush lah gangster yang follow dia tadi.


Memang jadi lauk lah 4 orang gangster tuh. Tak pasal-pasal kena belasah. Lepas kena belasah tuh tanya sape yang hantar diorang. Diorang cakap ada satu lagi pub tak jauh dari pub technician aku ni hantar diorang. Bila dah kena belasah kaw-kaw, diorang kena bawak ke balai. Apa lagi, masuk lokap lah.


Tapi technician aku ni tak nak gaduh-gaduh so dia pun slow talk and gangster tu pun dah tak kacau dia lagi dah. Tokey pub yang hantar gangster tu pun dah jadi member dia dah. Bukan member lah tapi dah okay lah takde nak dengki-dengki lagi.


Satu soalan yang aku tanya kat technician aku ni. Polis tak kacau ke pub dia? Takde ke ambush masuk pub dia? Dia cakap tak mungkin la kan. Tapi so far takde lagi lah polis buat ambush sebab tiap-tiap bulan ada 'hantaran' kat polis. Biasa 'hantaran' dia bagi dalam RM 15000. Wow! Banyak tuuuuu! Kayo den! Hahaha! Tapi dia cakap dia tak bagi kat polis yang datang. Biasanya tiap-tiap bulan dia akan pergi hantar 'hantaran' tu kat Bukit Aman. Sebabnya  semua ni polis Bukit Aman yang control. So kalau nak aman, rajin-rajinlah pergi Bukit Aman. Konklusinya, semua polis takleh nak harap sangat la kalau bab-bab rasuah ni. Takleh pakai semua tuh kalau diorang cakap diorang bersih rasuah. Tipu semata-mata!

Thursday, November 17, 2011

We know your life has no value


We know your life has no value, but petrol is extremely costly... Sape makan cili dia terasa pedas. Hehehe. Wow, ganas betul lah signboard ni. Aku yang bukan smoker pun sentap baca ayat ni. Kalau smoker aku tak tahu la apa perasaan diorang. Kejang jantung kot! Hahaha!

Gambar ni aku ambik kat Facebook, abang aku tag aku dalam gambar ni. Ntah dari mana asal usul gambar ni aku pun tak tahu lah. Malas lah aku nak ambik tahu, yang aku nak ambik tahu nya motif signboard ni je. Aku pernah post satu entry pasal rokok sebelum ni. Ni macam kesinambungan sikit lah dari kisah sebelum ni. Takde apa pun, cuma nak bagi peringatan je kepada smokers kat luar sana. Korang dah besar so korang pikir lah sendiri baik buruk merokok ni.

To be honest, aku memang suka tengok signboard yang bagi ayat-ayat pedas ni. Terbaik wooo makan dalam... Hahaha! Bayangkan semua petrol pump ada signboard macam ni, aku yakin tak kan ada lah smokers yang tak reti bahasa tuh hisap rokok dekat petrol pump. Kesan dia, takde lah kes-kes kebakaran petrol pump disebabkan rokok.

Kalau ada antara pembaca-pembaca kat luar sana kerja kerajaan ke restoran ke mana-mana lah tempat yang melibatkan servis atau tempat tumpuan orang ramai, aku harap korang boleh consider contoh signboard ni untuk letak kat tempat-tempat tersebut. Aku selalu terpikir nak letak signboard guna ayat ni "Kalau nak mati, matilah sorang-sorang. Jangan biarkan orang sekeliling anda turut mati bersama anda" pastu letak simbol larangan merokok. Memang terbaik lah! Hahaha! Atau nak best lagi bagi ayat "Merokok : Jalan mudah menuju kubur!" Hahaha!


Kepada smokers yang baca entry ni, aku mintak maaf lah kalau korang terasa. Bukan niat aku nak kutuk korang, niat aku untuk kebaikan korang. Aku doakan korang dapar berhenti merokok. Amin!


Monday, November 14, 2011

Kisah Ka'abah yang tidak ramai ketahui




Sedikit maklumat berkaitan Kaabah...

1. Mekah adalah kawasan yang mempunyai graviti paling stabil.

2. Tekanan gravitinya tinggi, dan di situlah berpusatnya bunyi-bunyian yang membina yang tidak boleh didengar oleh telinga.

3. tekanan graviti yang tinggi memberi kesan langsung kepada sistem imun badan untuk bertindak sebagai pertahanan daripada segala serangan penyakit.

4. graviti tinggi = elektron ion negatif yang berkumpul di situ tinggi=doa akan termakbul kerana di situ adalah tempat gema atau ruang dan masa serentak.

5. Apa yang diniatkan di hati adalah gema yang tidak boleh didengar tetapi boleh dikesan frekuensinya. Pengaruh elektron menyebabkan kekuatan dalaman kembali tinggi, penuh bersemangat untuk melakukan ibadat, tidak ada sifat putus asa, mahu terus hidup, penyerahan diri sepenuhnya kepada Allah.

6. Gelombang radio tidak boleh mengesan kedudukan Kaabah.

7. Malah teknologi satelit pun tidak boleh meneropong apa yang ada di dalam Kaabah. Frekuensi radio tidak mungkin dapat membaca apa-apa yang ada di dalam Kaabah kerana tekanan graviti yang tinggi.

8. Tempat yang paling tinggi tekanan gravitinya, mempunyai kandungan garam dan aliran anak sungai di bawah tanah yang banyak. Sebab itu lah jika bersembahyang di Masjidilharam walaupun di tempat yang terbuka tanpa bumbung masih terasa sejuk.

9. Kaabah bukan sekadar bangunan hitam empat persegi tetapi satu tempat yang ajaib kerana di situ pemusatan tenaga, graviti, zon magnetisme sifar dan tempat yang paling dirahmati.

10. Tidur dengan posisi menghadap Kaabah secara automatik otak tengah akan terangsang sangat aktif hingga tulang belakang dan menghasilkan sel darah.

11. Pergerakan mengelilingi Kaabah arah lawan jam memberikan tenaga hayat secara semula jadi daripada alam semesta. semua yang ada di alam ini bergerak mengikut lawan jam, Allah telah tentukan hukumnya begitu.

12. Peredaran darah atau apa saja di dalam tubuh manusia mengikut lawan jam. Justeru dengan mengelilingi Ka abah mengikut lawan jam, bermakna peredaran darah di dalam badan meningkat dan sudah tentunya akan menambahkan tenaga. Sebab itulah orang yang berada di Mekah sentiasa bertenaga, sihat dan panjang umur.

13. Manakala bilangan tujuh itu adalah simbolik kepada tidak terhingga banyaknya. Angka tujuh itu membawa maksud tidak terhad atau terlalu banyak. Dengan melakukan tujuh kali pusingan sebenarnya kita mendapat ibadat yang tidak terhad jumlahnya.

14. Larangan memakai topi, songkok atau menutup kepala kerana rambut dan bulu roma(lelaki) adalah ibarat antena untuk menerima gelombang yang baik yang dipancarkan terus dari Kaabah. Sebab itu lah selepas melakukan haji kita seperti dilahirkan semula sebagai manusia baru kerana segala yang buruk telah ditarik keluar dan digantikan dengan nur atau cahaya yang baru.

15. Selepas selesai semua itu baru lah bercukur atau tahalul. Tujuannya untuk melepaskan diri daripada pantang larang dalam ihram. Namun rahsia di sebaliknya adalah untuk membersihkan antena atau reseptor kita dari segala kekotoran supaya hanya gelombang yang baik saja akan diterima oleh tubuh.


Sesungguhnya hanya Allah Yang Maha Mengetahui

●●●●●●●●●●sebar-sebarkan Semoga Bermanfaat ●●●●●●●●

Saturday, November 12, 2011

Rokok oh rokok!

Rokok oh rokok! Aku tak paham lah kenapa manusia ni suka sangat hisap rokok. Walaupun bukan semua yang hisap rokok tapi boleh dikatakan setiap kampung atau sesuatu kawasan mesti akan ada yang hisap rokok. Dorang ni tak tahu ke yang rokok ni boleh menyebabkan dorang cium tanah cepat?? Tak paham betul lah aku.


Apa yang ada dengan rokok ni sebenarnya? Orang cakap kalau laki tuh hisap rokok nampak macho. Eh yeke?? Kalau korang tanya aku lah kan, aku sanggup tak jadi macho dari mempertaruh nyawa aku semata-mata nak nampak macho. Aku nak hidup lama lagi weh. Banyak lagi aku nak capai dalam hidup aku. Korang tak takut ke tengok kandungan yang ada dalam rokok ni? Ke korang tak tahu apa yang ada dalam rokok ni? Kalau korang tak tahu, meh aku bagitahu korang. Hah, baca lah apa yang ada kat dalam sebatang rokok ni!


Fuyooo! Macam-macam ooo ada dalam sebatang rokok ni. Takut ooo aku tengok. Ada petrol, tikus, cat, radioaktif. Mak aih, nyamuk pun ada? Boleh kena demam denggi camni gamaknya. Roket pun ada? Ni mesti simbolik nak antar cepat masuk kubur kan? Hahaha. Ni kalau aku hisap rokok ni aku rasa tak lama hidup aku nih. Mati nanti konpem jadi pocong rokok cam gambar kat bawah ni kan? Hohoho.


Satu lagi yang aku tak paham ngan perokok ni. Korang masa beli rokok tu korang tak baca ke apa-apa warning yang ada terpampang kat kotak rokok tu? Aku rasa sekarang ni semua rokok yang ada jual kat kedai-kedai runcit, 7-Eleven, kedai-kedai mamak dan kat mana-mana kedai lagi lah mesti ada warning kat kotak rokok tuh. Kalau dulu ada warning kecik je kat tepi kotak rokok tuh. Tapi sekarang bukan main besar lagi warning tuh kat kotak rokok korang tak perasan lagi ek? Kalau korang tak perasan lagi, meh aku tunjuk kat korang. Hah, tengok lah puas-puas gambar kat bawah ni!



Fuyooo! Korang tak gerun ke tengok gambar-gambar ni? Aku tengok serius terus insaf ni. Takut ooo! Kang elok-elok ada awek nak, dah jadi macam ni awek terus lari tinggalkan kita. Kalau lagi teruk, elok-elok dah kahwin, tak pasal-pasal bini lari ikut laki lain sebab takut tengok keadaan kita. Insaf... Insaf... Tengok gambar ni, teringat aku kat sorang member aku ni. Aku tanya dia, tak takut ke tengok kotak rokok sekrang ni? Korang tahu apa jawapan dia? Dia sendiri cakap dia takut tengok gambar-gambar ni. Pastu dia tambah lagi, yang dia kalau nak beli rokok dia akan pilih kotak yang letak gambar yang tak berkaitan dengan diri dia la. Maksudnya dia hanya akan pilih kotak yang letak gambar yang takkan dia kena akibat hisap rokok macam gambar janin gugur (ni akibat kat perempuan yang hisap rokok). Tahu gak takut perokok ni. Ingat ke macho tak takut mati dah.


Disebabkan rokok ni dah jadi macam trend terkini, so ibu bapa pun macam dah tak kisah dah anak-anak kecik hisap rokok. Aku pernah tengok satu video kat youtube dulu yang ada sorang budak kecik ni selumber je hisap rokok depan orang-orang tua. Aku tak ingat budak tu kat negara mana tapi bukan dari Malaysia lah. Kalau tak Indonesia, budak tuh orang Filipina. Aku tak sure. Malas lah aku nak search balik kat youtube semata-mata nak cari video budak tuh. Tengok gambar kat bawah ni, tak silap aku budak tuh budak yang duk sebelah laki dewasa yang pakai baju kuning tuh. Tak silap aku lah. Tengok, terang-terang ada orang dewasa kat sebelah dia, tapi tak terdetik pun kat hati orang dewasa tuh nak nasihat atau larang budak kecik tuh hisap rokok. Rosak... Rosak...



Ketagihan rokok ni memang serius. Memang ada orang nak berhenti merokok tapi tak dapat. Baru berhenti seminggu dah gian nak cari rokok lagi. Tak paham betul lah aku. Ada sorang kawan aku yang betul-betul dah berhenti merokok. Aku memang respek habis lah kat dia ni. Dia satu-satunya kawan aku yang berjaya tinggalkan rokok dalam hidup dia walaupun melepak bersama kawan-kawan yang merokok dia tetap boleh tahan dari ambil rokok balik. Tapi disebalik dia berhenti merokok ada kisah hitam lah di mana dia kena demam denggi yang sangat teruk yang sebabkan dia tak dapat bangun nak gi kuliah. Nak pergi jumpa doktor pun dia tak larat sampaikan nak ke mana-mana perlukan pertolongan kawan dia. Disebabkan musibah tu, dia berhenti merokok. Memang betul, selagi tak kena penyakit selagi tu la perokok susah nak berhenti merokok. Ada hikmah sebenarnya disebalik penyakit yang datang.


Ada lagi kawan aku yang cuba berhenti merokok. Dia beli rokok elektronik untuk hilangkan ketagihan. Memang awal-awal aku nampak berkesan sebab lepas beberapa bulan dia da tak merokok. Bangga gak lah aku tengok kawan aku sorang lagi berjaya berhenti merokok. Rokok elektronik tu pun dia tak hisap. Lagipun dia sebelum ni bukan lah jenis yang kuat merokok. Ok lah kalau dah berjaya kan. Tapi semenjak dua menjak ni aku tengok dia hisap balik. Tak tahu lah mungkin sebab stress kerja kot dia hisap balik. So apa yang aku nampak sekarang, sekuat mana pun seseorang tuh nak berhenti merokok kalau tak ada kesungguhan yang kuat tak akan dapat tinggalkan rokok. Cuma doa je yang ku dapat tolong. Hmm... Katakan TAK NAK kepada rokok!


Funny Numerical Sentence

Blogwalking kat blog member-member pastuh aku terbaca lak satu entry dari si Shuffix ni. Macam menarik so aku kopipes lah dia punya entry ni. Hahaha


You might like it. This is hilarious... ..even
an Englishman cannot construct sentences using numeric, which is exclusive only to Malaysians and Singaporeans.
Ah Beng was asked to make a sentence using
1, 2, 3, 4, 5, 6, 7, 8, 9,10.
 
Not only did he do it 1 to 10, he did it again from 10 back to 1. This is what he came up with.....

1 day I go 2 climb a 3 outside a house to peep. But the couple saw me, so I panic and 4 down. The man rushed out and wanted to 5 with me. I ran until I fell 6 and threw up. So I go into 7-eleven and grabbed some 8 to throw at him. Then I took a9 and try to stab at him. 10 God he run away.
10 I put the 9 back and pay for the 8 and left 7-eleven.  Next day I called my boss and told him I was 6.  He said 5 , tomorrow also no need to come back 4 work. He also asked me to go climb a 3 and jump down! I don't understand. I am so nice 2him but I don't know what he 1.

Syarat potong tangan mengikut hukum Hudud



Asslamualaikum. Aku terdetik nak bukak entri ni sebab tengahari tadi masa khutbah Jumaat, khatib baca khutbah yang berkaitan dengan hukum Hudud pencurian (sariqah) dalam islam. Aku tahu ramai antara kita yang masih lagi salah paham ataupun paham tapi tak paham sepenuhnya. Sebenarnya bukan mudah untuk kita menjatuhkan hukum potong tangan ke atas seseorang pesalah (pencuri) tersebut. Hukum ini tidak akan dijatuhkan melainkan ketujuh-tujuh syarat di bawah dipenuhi. Penerangan kat bawah ni aku tanya Pakcik Google dan aku terjumpa kat satu forum. Apa name ntah forum ni aku pun tak sure. Tapi isi kandungannya lebih kurang lah dengan isi kandungan khutbah tadi. Sama-samalah kita baca dan renung-renungkan.


Hukum pencurian (sariqah) dalam Islam


Hukum mencuri di dalam Islam adalah termasuk di dalam hukum yang ma’lum minaddin bi dharurah. Hukuman bagi pencuri adalah dipotong tangannya, iaitu sampai batas pergelangan tangan kanan. Dalilnya adalah firman Allah, “Laki-laki yang mencuri dan perempuan yang mencuri, potonglah tangan keduanya (sebagai) pembalasan bagi apa yang mereka kerjakan dan sebagai seksaan dari Allah. Dan Allah Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana.” [TMQ Al-Maidah (5):38] ‘Curi’ yang ditakrifkan dalam ayat di atas secara perundangan Islam adalah pengambilan harta secara sembunyi dari pemiliknya atau wakilnya, dengan syarat mencukupi nisab potong tangan, dan mengeluarkan dari tempat penjagaan atau seumpamanya, dan tidak ada unsur syubahat terhadap harta tersebut [Nizham Al-‘Uqubat, Abd Rahman Maaliki, hal. 60]. Hukum potong tangan tidak akan dijatuhkan kecuali memenuhi 7 syarat utama:-


Pertama: Menepati definisi mencuri: makna mencuri di sini adalah mengambil harta secara sembunyi-sembunyi dan sorok-sorok. Tidak dikatakan mencuri jika merompak, menggelap wang (pecah amanah), merampas dan meragut. Oleh sebab itu peguam yang menggelapkan wang kliennya tidak termasuk dalam jenayah pencurian yang kena potong tangan. Walaupun mereka ini tidak dikenakan hukuman potong tangan, namun mereka akan dikenakan hukuman takzir, yang mungkin lebih berat dari potong tangan. Kesalahan ini tidak dikategorikan sebagai curi kerana ada hadis dari Jabir bahawa Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda “Tidak dipotong tangan orang yang pecah amanah, orang yang menipu dan perampas” [HR Abu Daud]


Kedua: Barang yang dicuri mencukupi nisab: Cukup nisab adalah syarat minima nilai harta yang dicuri. Jumhur ulama di antaranya Al-Malikiyah, Asy-Syafi`iyah dan Al-Hanabilah sepakat bahawa nisab pencurian itu adalah seperempat dinar atau 3 dirham. Satu dinar adalah setara dengan 4.25 gram emas (24 karat). Dalilnya adalah sabda Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa Sallam. Dari Aisyah ra. "Tangan pencuri dipotong untuk seperempat dinar atau lebih.” [HR Bukhari & Muslim]. Dari hadis ini dapat dibuat kesimpulan bahawa perkiraan nisabnya adalah ¼ x 4.25g = 1.0625g. Mengikut kiraan, harga semasa emas ialah RM169/g. Jadi, 1.0625g x RM169 = RM179.56. Oleh itu, nisab kecurian sekarang adalah RM179.56. Sekiranya seorang itu mencuri barangan berharga RM170.30 maka tangannya tidak dipotong kerana belum cukup nisab lagi, tetapi dia tetap akan dikenakan hukuman takzir.

Ketiga: Harta yang dicuri adalah harta yang layak dimiliki: Layak (ihtiram) adalah di sisi hukum syarak. Jika seseorang Muslim menyimpan khamar atau khinzir di rumahnya kemudian dicuri, hal ini tidak akan menyebabkan pencuri dihukum potong tangan kerana harta tersebut bukanlah satu pemilikan yang layak untuk orang Islam. Sebaliknya jika dia mencuri harta tersebut dari orang kafir, maka pencuri akan dikenakan potong tangan.

Keempat: Harta dicuri dari tempat penjagaan: Maksudnya barang yang dicuri itu mesti berada di dalam penjagaan, penyimpanan atau pengawasan pemiliknya. Bentuk penjagaan ini terdiri dari dua kategori, iaitu yang pertama, ia dibuat khas untuk menyimpan seperti peti besi untuk perhiasan dan wang, kandang untuk binatang, jelapang untuk padi dan sebagainya yang dimaklumi oleh masyarakat. Yang kedua, memang bukan media penyimpanan khusus namun termasuk cara umum di mana seseorang berada di situ dan orang lain tidak boleh menguasainya kecuali atas izinnya. Contohnya adalah seseorang yang duduk/tidur di masjid dan meletakkan beg di sisinya. Ini termasuk dalam penjagaan. Konsep ‘pengawasan’ terhadap harta ini adalah berbeza antara satu harta dengan harta lain. Ulama fiqih bersepakat mengatakan jika satu pintu stor atau kandang terbuka, atau bahagian dindingnya rosak maka ini akan menghilangkan sifat penjagaan, maka pencuri itu tidak dipotong tangan, namun mereka akan dikenakan hukuman lain. Dari Amru bin Syuaib dari bapanya dan dari datuknya berkata “Aku mendengar seorang lelaki dari Bani Muzainah bertanya kepada Rasulullah tentang sangkar yang ada lubang: Maka Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda: Pencuri itu kena bayar 2 kali ganda harganya dan dipukul sebagai teladan balasan seksa, namun jika dia mencuri unta atau kambing dalam pengawasan untuk minum air maka tangannya akan dipotong jika harganya menyamai 8 mijan” [HR Abu Daud] Begitu juga dalam hadis lain yang menceritakan perihal orang yang mencuri buah semasa berada ditangkai, maka mereka ditakzir dengan nilai dua kali ganda, tapi jika mereka mencuri dari stor maka mereka akan dipotong tangan jika cukup nisabnya.

Kelima: Bukan harta syubahat: Dalam harta yang dicuri tidak ada bahagian hak pencuri atau yang membolehkan pencuri itu memakannya. Ini bermakna tidak dikenakan hukuman potong tangan sekiranya siayah mencuri harta anaknya atau sebaliknya kerana Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda “Kamu dan harta kamu adalah milik bapa kamu” Rasululah juga bersabda “Sebaik-baik orang itu adalah orang yang memakan hasil usahanya sendiri, dan anaknya juga memakan hasil usahanya.” Seorang yang mencuri harta dari Baitul Mal juga tidak dipotong tangan kerana Baitul Mal adalah harta bersama di mana di dalamnya terdapat hak si pencuri sebagai rakyat meskipun kecil bahagiannya. Sebagaimana dijelaskan oleh Rasulullah bila seseorang ditangkap kerana mencuri khumus (1/5 dari rampasan perang yang dikhaskan kepada Rasulullah). Ibn Abbas menceritakan bahawa kes ini dibawa kepada Rasulullah, tetapi baginda tidak memotong tangannya, sebaliknya bersabda “Harta Allah dicuri di kalangan sendiri” [HR Ibn Majah]. Semasa pemerintahan Umar dan Ali juga terjadi kecurian di Baitul Mal namun mereka tidak memotong tangan, kerana kaum Muslimin bersyarikat (berkongsi) di atas harta itu. Begitu juga kalau salah seorang suami-isteri mencuri harta pasangannya, maka hukum potong tangan tidak dijalankan kerana mereka saling berkongsi di dalam pemilikan harta.

Keenam: Pencuri itu akil-baligh dan terikat hukuman dalam Islam. Taklif ini terkena kepada semua orang termasuk kafir zimmi. Ini kerana hadis Nabi Sallallahu ‘alaihi wa Sallam menyebut dengan jelas bahawa, “Diangkat pena (dosa) dari 3 pihak, orang yang tidur sehingga dia bangun, kanak-kanak sehingga dia baligh, dan orang yang gila sehingga dia berakal”[HR Muslim]. Ini bermakna taklif hukum terkena kepada orang yang berakal dan baligh. Pencuri kanak-kanak atau orang gila tidak akan dipotong tangan. Adapun kafir zimmi maka tangan mereka dipotong sebagaimana Muslim juga.

Ketujuh: Sabit kesalahan mencuri dengan pengakuan atau disaksikan oleh saksi yang adil: Pengakuan mencuri dalam sidang penghakiman akan menyebabkan seseorang itu boleh disabit dengan pencurian. Dari Abu Umaiyah Makhzumi menceritakan bahawa Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa Sallam telah memerintahkan potong tangan seorang yang datang mengaku mencuri walaupun benda yang dicurinya tidak ada ditangannya. [HR Ahmad]. Manakala jika kes dibawa dan bayyinah (pembuktian) diperlukan, nisab saksi mata untuk kes pencurian adalah 2 orang lelaki atau 1 lelaki dan 2 wanita berasaskan nas umum saksi dalam surah 2:286.

Inilah tujuh syarat hukum potong tangan di dalam Islam. Walaupun hukum potong tangan dijalankan, terdapat syarat lain bahawa si pencuri perlu mengembalikan semula harta yang dicurinya kepada pemiliknya Ini berasaskan hadis Nabi Sallallahu ‘alaihi wa Sallam “Apabila dicuri dari seseorang bekalannya, maka harta itu ditemui pada orang lain (pembeli), maka dia berhak mengambilnya, manakala penjual akan mengembalikan wang harganya kepada pembeli itu” Ini menunjukkan wajib harta yang dicuri dikembalikan kepada tuannya. Jika barangan itu binasa atau hilang maka kewajipan keatasnya membayar harga yang setimpal. Dan apa-apa kerugian yang diakibatkan oleh kecurian itu akan dikira dan pencuri wajib menggantikannya.

Friday, November 11, 2011

Cara baru perompak kereta


Salam. Okay cerita ni sebenarnye dah lame aku dapat cume sebelum ni aku tak sempat nak share kat public (maybe less care kot?). Then last week aku ternampak member-member share cerita ni so aku rasa benda ni amat penting untuk pengetahuan umum. Okay sile baca cerita kopipes aku kat bawah ni.

" AMARAN DARI PIHAK POLIS - BERHATI2 PADA KERTAS YANG MELEKAT PADA CERMIN BELAKANG KENDERAAN ANDA

-- CARA TERBARU UNTUK MENCURI KERETA ( INI BUKAN GURAUAN ) Sedarlah semua! Tolong sebar2kan... ... . Kita berjalan menghampiri tempat parking, membuka kerata dan masuk kedalamnya. Kita start engine kereta dan bersedia untuk berundur.

Bila kita melihat cermin belakang untuk melihat kawasan belakang, kita dapati ada kertas yg melekat ditengah2 cermin belakang menghalang pandangan kita.. Jadi kita parking balik kereta, buka pintu dan keluar untuk menanggalkan kertas (atau apa jua benda) yang menghalang penglihatan kita tadi.

Bila anda sampai dibahagian belakang kereta, pada masa itulah pencuri itu akan keluar dari tempat sembunyinya, masuk kedalam kereta dan memecut pergi.Dia mungkin akan merempuh anda dengan laju semasa mereka melarikan kereta anda.

Perasan tak kaum hawa? Saya pasti beg duit kita masih didalam kereta. Jadi sekarang pencuri memperolehi kereta kita, alamat rumah kita, duit kita, dan kunci2 kita. Rumah kita dan kesemua identity kita telah diperolehi!


BERHATI-HATI DENGAN CARA BARU YANG DIGUNAKAN

Jika kita melihat ada kertas melekat pada cermin belakang kita, teruskan memandu. Tanggalkan kertas itu kemudian. Dan bersyukur kerana anda membaca email ini.

Saya harap anda akan hantar email ini kepada kawan2 dan keluarga, terutama wanita. Kesemua maklumat peribadi dan pengenalan diri yang berada di beg tangan anda sudah tentu tidak mahu jatuh ketangan orang lain.

Zaman la mcm2 boleh jadi.Kena banyak beringat

TAKSUB DGN TARIKH 11.11.11

Okay info ni aku dapat dari rakan Facebook yang share dari page Alamakk Die nie kene makan gak arini.



Jangan Percaya Statement dibawah nie . Ikut kafir pasai pa ? JANGAN TAKSUB DGN TARIKH 11.11.11 BACA INI-----> Dalam kitab satanic the holy is satan. Yg Mr St Wingston Father Satan bagi tahu yang 11.11.11 hari kebangkitan anak setan dan dajjal yang akan memerintah dunia. Dan org akan memuja2 pada hari keramat yg bratus tahun Wiliam satan tunggu-tunggukan. Sebenarnye orang tak akan tahu apakah makna tarik tersebut malah pada hari Jumaat datangnya kami untuk menyesat semua agama Islam, Kristian dan Buddha. Dan di mana nanti Yahudi dan kami akan gembira kerana kebodohan manusia yang ada agama tapi tidak guna dengan betul. Sesungguhnya father of god satan akan terus menyesat ank2 adam, St Mary and Crist Jesus. Maka kiamat akan muncul pada hari Jumaat dan tarikh ini bermakna untuk kami. Semperna keturunan kami 6.6.6 9.9.9 dan 11.11.11.

To all Muslim brothers

Assalamualaikum. Okay tak sampai seminit pas aku post entry sebelum ni, aku bukak Facebook aku, teringat lak aku ade share 1 gambar kat profile aku. Disebabkan aku private profile aku, aku rasa tak semua orang kot yang dapat tgk isi kandungan dalam gambar tuh. So aku rasa better aku share kan sekali lah kat sini. Benda ni sangat penting so sebab tuh lah aku nak jugak share bagi semua orang baca isi kandunga dalam gambar tuh.


Blogku bersawang

Blogku bersawang? Ntah ler... Hahaha. Ni sume gara-gara ade sorang member yang baru nak berjimak-jimak berjinak-jinak dengan blog ni lah suruh aku update sikit blog aku ni. Ntah ape yang nak aku letak kat blog ni aku pun tak tau lah. Nanti lah aku pikir ape nak update ni. Buat masa sekarang, aku nak bagi gambar sawang je lah. Maklum lah nama entry ni pun dah bersawang kan. Keh keh keh. Ok sila lah sape-sape nak kopipes gambar sawang ni. Ntah mane ntah aku cilok gambar ni aku pun tak sure sebab aku download pas tuh terus close window. Tak kenang jasa punye orang ;p


Sponsor Links

Learn Photoshop In Just 2 Hours
Master The Basics Of Adobe Photoshop In Under 2 Hours With Easy To Follow Instantly Accessible Online Video Tutorials!
Need to see to believe!
http://www.learnphotoshopnow.com

The CopyCat Cookbooks: Fast Food Recipes
Over 500 Recipes From All Of America's Most Popular Restaurants And Fast Food Chains
Great Sales Page - Great Value - Wide Open Niche!
http://www.fastfoodrecipes.net

Complete Guide To Making Money While You Sleep
330-page EBook (over 115,000 Words)
Absolutely Packed With Info And Ideas On All Aspects Of Making Money While You Sleep!
http://www.money-while-you-sleep.biz/complete-guide.html