Tuesday, August 9, 2011

Owh my lovely racquet!

Racquet! Atau bahasa saintifik nye raket! Hahaha! Ok aku nak cerita sikit pasal raket ni. Yup, aku memang minat main badminton, tapi aku ni takde lah terer sangat sampai nak kalah kan Chong Wei. Cukup lah sekadar beginner yang baru nak berjinak-jinak jadi amatur. Chewah! Hahaha!


Before bulan puasa start ni kan, rutin mingguan aku adalah main badminton setiap Rabu kat Triways Sports Center dekat Padang Jawa, Shah Alam. Nak lagi tepat, kat depan JPJ Padang Jawa tu, sebelah dengan show room Mazda yang baru bukak tu. Weekend pun kadang-kadang aku main gak. Tapi dengan geng yang lain-lain lah. Seperti kebiasaan, aku bawak 2 batang raket lah. Satu raket Yonex yang aku pakai sejak dari sekolah lagi and lagi satu raket RSL yang aku baru beli dalam bulan Mac baru-baru ni. Gaya nak jadi amatur, so mesti lah kena ade at least 2 raket kan. Hehehe.

Ni la raket yang aku baru beli
Biasanye kitorang book 2 jam dari pukul 10 sampai 12 malam. Lantak lah sok kerja pun, selumber je main badminton sampai larut malam. Sanggup tu semata-mata nak lepas gian. Biasa nye korum ade dalam 6 ke 7 orang lah. Masa 2 jam tu boleh kata ngam ngam puas la main 6 orang. Cukup lah, tak leh nak penat-penat sangat. Kang tak bangun sok nye nak gi kerja mampus.

Pada suatu hari, tak silap aku 2 minggu before Ramadhan, aku macam biasa dengan geng-geng aku main badminton kat port biasa kat Triways. Dah habis 2 3 game, then aku sambung lagi game lain. Kali ni aku beregu dengan Nik. Main lancar macam biasa. Smash sana smash sini. Biasa lah adat main badminton kan smash smash ni. Dan paling aku tak leh lupa, kitorang dapat bola tanggung dari lawan. So ape lagi, buah cantik, baik punye sape tak nak kan. Aku dari belakang dah melompat nak smash. And pada masa yang sama, Nik pun dari depan nak pukul gak bola tu. Sekali dandan dia angkat raket, aku pun dah hayun raket nak smash. Tiba-tiba dengar bunyi "PANG!!!" kuat pulak tu. Damn!! Raket aku!

Hasilnya!
Hasil pertembungan 2 raket dapat dilihat seperti gambar di atas. Aku dengan senyum lebarnye cakap, "Oh! my........ Damn... Raket aku.... Arghhh......!!!!" habis patah raket baru aku! Hai, nasib malang betul lah malam ni. Sebab aku pukul betul-betul kepala raket Nik, so raket aku je yang teruk. Bukan setakat teruk, memang dah tak leh nak pakai langsung lah. Raket si Nik tu, ok je. Steady je. Aku tak tahu lak macam mane keadaadn sebenar raket die, tapi aku tengok die boleh main lagi guna raket tu so means tak de pape lah dengan raket die. Dugaan.... Dugaan.... Nasib baik lah aku ade 2 raket, so boleh main lagi pakai raket lagi satu. Sekarang aku amat berhati-hati bila dapat bola tanggung. Takut kot-kot partner aku pun nak amek bola tu.

Sekarang dah start bulan puasa, so kitorang dah stop main kat Triways tu. Mungkin stop sementara or mungkin terus stop main kat sana sebab rumah kitorang makin jauh dari Triways sejak pindah ni. Tapi kalau geng-geng sana nak sambung main sana, aku on je. Buat masa sekarang, geng-geng Triways stop buat sementara waktu bulan puasa ni. Sekarang aku main dekat Twins Sports USJ 19 pulak. Kat sini aku main dengan geng-geng yang main weekend. Bulan puasa ni kitorang main waktu malam jela lepas terawih. Tengok bilangan participant yang nak main. Kalau takat 4 orang sejam jela kitorang main. Yang pasti bulan puasa ni kitorang tak main waktu weekdays macam sbelum ni. Gila ape nak main weekdays malam, kang tak pasal tak bangun sahur sok lingkup kerja kat opis. Sekian.

Sponsor Links

Learn Photoshop In Just 2 Hours
Master The Basics Of Adobe Photoshop In Under 2 Hours With Easy To Follow Instantly Accessible Online Video Tutorials!
Need to see to believe!
http://www.learnphotoshopnow.com

The CopyCat Cookbooks: Fast Food Recipes
Over 500 Recipes From All Of America's Most Popular Restaurants And Fast Food Chains
Great Sales Page - Great Value - Wide Open Niche!
http://www.fastfoodrecipes.net

Complete Guide To Making Money While You Sleep
330-page EBook (over 115,000 Words)
Absolutely Packed With Info And Ideas On All Aspects Of Making Money While You Sleep!
http://www.money-while-you-sleep.biz/complete-guide.html