Monday, August 8, 2011

Meatball IKEA - Halal atau Haram?

Korang pernah dengar pasal meatball IKEA? Tipu lah kalau korang cakap tak pernah kan. Famous kot siap masuk surat khabar lagi. Bukan ape, hari tu kan kecoh pasal status halal meatball IKEA ni. Aku pun terasa tergugat jugak lah sebab aku pun pernah lah jugak makan meatball IKEA ni. Bukan sekali tapi 2 kali je. Tak banyak pun kan? Bagi yang tak pernah merasa meatball Ikea ni, meh sini aku kongsikan dulu gambar die. Saje nak bagi korang terliur bulan-blan puasa ni. Hahaha!


Amacam? Menarik? Aku tengok biase je. Tak menarik langsung kan. Tapi to be honest memang meatball ni sedap lah tak tipu. Lepas aku makan untuk kali kedua, selang beberapa minggu lepas tu kelua berita cakap yang premis ni tak halal. Makna nye haram lah dengan kata lain nye. Aku pun sedikit rasa semacam sebab duk pikir kan yang meatball ni bukan daging lembu tapi daging BABI. Al-maklum lah orang Melayu ni sensitif sikit pasal babi ni kan. Alamak abis lah aku darah daging aku dah mengalir dengan daging babi dah ni. Macam mane ni?? Aku pun sedap kan hati dengan hukum kalau tak tahu daging yang kita makan tu babi, maka tak haram. Tapi bila dah tahu ni, tak leh lah nak makan lagi. Jatuh hukum haram lah pulak.

Isu ni pun dah lama, tapi tadi bila aku belek belek balik gambar yang aku tangkap dengan handphone murah aku ni, aku ternampak lah gambar meatball ni. So, untuk sedapkan lagi hati aku, aku pun Google lah sikit sebanyak pasal status halal atau haram meatball Ikea ni. Buat pengetahuan korang, memang Food Court IKEA tu tak de sijil halal. Tapi pembekal untuk meatball IKEA ni merupakan syarikat Macfood Services (M) Sdn Bhd dan mempunyai sijil halal dari JAKIM [sumber]. Kat bawah ni aku capture screenshot sijil halal dari JAKIM.


So sekarang terbukti sudah status halal meatball IKEA ni. Tapi lagi satu kesangsian adalah pasal premis tersebut telah melalukan proses 'samak' untuk semua peralatan memasak dorang. Kalau dah halal, buat ape nak 'samak' kan? Setuju? Mungkin ade sebab jugak lah kenapa perlu 'samak' kan. Ok, sekali lagi aku Google then aku jumpe satu blog ni dari Mohd Fakhri. Menurutnya, die telah menghantar sekeping emel kepada IKEA Customer Service untuk mendapatkan kepastian. Feedback positif dari pihak IKEA menyatakan bahawa proses 'samak' yang dilakukan adalah disebabkan ada sedikit was-was berkaitan dengan status halal pembekal dorang yang telah tamat tempoh sijil halalnye. So, setelah berbincang dengan pihak masjid berdekatan, lebih baik melakukan 'samak' untuk menhilangkan rasa was-was tersebut. Nyatalah bahawa kenyataan meatball IKEA ni haram adalah palsu dan fitnah semata-mata. Mungkin ramai yang terpedaya dengan resipi meatball IKEA yang boleh didapati dari internet mengandungi unsur babi. Sebenarnya itu adalah resipi kat luar negara. Kat Malaysia ni dorang dah ubah suai dah resipi tu untuk masyarakat Islam yang berada di negara kita ni.

So sebagai rumusan untuk entri ini, status meatball IKEA ni adalah HALAL! Pada yang belum pernah lagi mencuba meatball IKEA ni, boleh lah berbuat demikian. Sekian, harap maklum. Renung-renungkan, dan selamat beramal!

Sponsor Links

Learn Photoshop In Just 2 Hours
Master The Basics Of Adobe Photoshop In Under 2 Hours With Easy To Follow Instantly Accessible Online Video Tutorials!
Need to see to believe!
http://www.learnphotoshopnow.com

The CopyCat Cookbooks: Fast Food Recipes
Over 500 Recipes From All Of America's Most Popular Restaurants And Fast Food Chains
Great Sales Page - Great Value - Wide Open Niche!
http://www.fastfoodrecipes.net

Complete Guide To Making Money While You Sleep
330-page EBook (over 115,000 Words)
Absolutely Packed With Info And Ideas On All Aspects Of Making Money While You Sleep!
http://www.money-while-you-sleep.biz/complete-guide.html