Tuesday, August 9, 2011

Owh my lovely racquet!

Racquet! Atau bahasa saintifik nye raket! Hahaha! Ok aku nak cerita sikit pasal raket ni. Yup, aku memang minat main badminton, tapi aku ni takde lah terer sangat sampai nak kalah kan Chong Wei. Cukup lah sekadar beginner yang baru nak berjinak-jinak jadi amatur. Chewah! Hahaha!


Before bulan puasa start ni kan, rutin mingguan aku adalah main badminton setiap Rabu kat Triways Sports Center dekat Padang Jawa, Shah Alam. Nak lagi tepat, kat depan JPJ Padang Jawa tu, sebelah dengan show room Mazda yang baru bukak tu. Weekend pun kadang-kadang aku main gak. Tapi dengan geng yang lain-lain lah. Seperti kebiasaan, aku bawak 2 batang raket lah. Satu raket Yonex yang aku pakai sejak dari sekolah lagi and lagi satu raket RSL yang aku baru beli dalam bulan Mac baru-baru ni. Gaya nak jadi amatur, so mesti lah kena ade at least 2 raket kan. Hehehe.

Ni la raket yang aku baru beli
Biasanye kitorang book 2 jam dari pukul 10 sampai 12 malam. Lantak lah sok kerja pun, selumber je main badminton sampai larut malam. Sanggup tu semata-mata nak lepas gian. Biasa nye korum ade dalam 6 ke 7 orang lah. Masa 2 jam tu boleh kata ngam ngam puas la main 6 orang. Cukup lah, tak leh nak penat-penat sangat. Kang tak bangun sok nye nak gi kerja mampus.

Pada suatu hari, tak silap aku 2 minggu before Ramadhan, aku macam biasa dengan geng-geng aku main badminton kat port biasa kat Triways. Dah habis 2 3 game, then aku sambung lagi game lain. Kali ni aku beregu dengan Nik. Main lancar macam biasa. Smash sana smash sini. Biasa lah adat main badminton kan smash smash ni. Dan paling aku tak leh lupa, kitorang dapat bola tanggung dari lawan. So ape lagi, buah cantik, baik punye sape tak nak kan. Aku dari belakang dah melompat nak smash. And pada masa yang sama, Nik pun dari depan nak pukul gak bola tu. Sekali dandan dia angkat raket, aku pun dah hayun raket nak smash. Tiba-tiba dengar bunyi "PANG!!!" kuat pulak tu. Damn!! Raket aku!

Hasilnya!
Hasil pertembungan 2 raket dapat dilihat seperti gambar di atas. Aku dengan senyum lebarnye cakap, "Oh! my........ Damn... Raket aku.... Arghhh......!!!!" habis patah raket baru aku! Hai, nasib malang betul lah malam ni. Sebab aku pukul betul-betul kepala raket Nik, so raket aku je yang teruk. Bukan setakat teruk, memang dah tak leh nak pakai langsung lah. Raket si Nik tu, ok je. Steady je. Aku tak tahu lak macam mane keadaadn sebenar raket die, tapi aku tengok die boleh main lagi guna raket tu so means tak de pape lah dengan raket die. Dugaan.... Dugaan.... Nasib baik lah aku ade 2 raket, so boleh main lagi pakai raket lagi satu. Sekarang aku amat berhati-hati bila dapat bola tanggung. Takut kot-kot partner aku pun nak amek bola tu.

Sekarang dah start bulan puasa, so kitorang dah stop main kat Triways tu. Mungkin stop sementara or mungkin terus stop main kat sana sebab rumah kitorang makin jauh dari Triways sejak pindah ni. Tapi kalau geng-geng sana nak sambung main sana, aku on je. Buat masa sekarang, geng-geng Triways stop buat sementara waktu bulan puasa ni. Sekarang aku main dekat Twins Sports USJ 19 pulak. Kat sini aku main dengan geng-geng yang main weekend. Bulan puasa ni kitorang main waktu malam jela lepas terawih. Tengok bilangan participant yang nak main. Kalau takat 4 orang sejam jela kitorang main. Yang pasti bulan puasa ni kitorang tak main waktu weekdays macam sbelum ni. Gila ape nak main weekdays malam, kang tak pasal tak bangun sahur sok lingkup kerja kat opis. Sekian.

Monday, August 8, 2011

Meatball IKEA - Halal atau Haram?

Korang pernah dengar pasal meatball IKEA? Tipu lah kalau korang cakap tak pernah kan. Famous kot siap masuk surat khabar lagi. Bukan ape, hari tu kan kecoh pasal status halal meatball IKEA ni. Aku pun terasa tergugat jugak lah sebab aku pun pernah lah jugak makan meatball IKEA ni. Bukan sekali tapi 2 kali je. Tak banyak pun kan? Bagi yang tak pernah merasa meatball Ikea ni, meh sini aku kongsikan dulu gambar die. Saje nak bagi korang terliur bulan-blan puasa ni. Hahaha!


Amacam? Menarik? Aku tengok biase je. Tak menarik langsung kan. Tapi to be honest memang meatball ni sedap lah tak tipu. Lepas aku makan untuk kali kedua, selang beberapa minggu lepas tu kelua berita cakap yang premis ni tak halal. Makna nye haram lah dengan kata lain nye. Aku pun sedikit rasa semacam sebab duk pikir kan yang meatball ni bukan daging lembu tapi daging BABI. Al-maklum lah orang Melayu ni sensitif sikit pasal babi ni kan. Alamak abis lah aku darah daging aku dah mengalir dengan daging babi dah ni. Macam mane ni?? Aku pun sedap kan hati dengan hukum kalau tak tahu daging yang kita makan tu babi, maka tak haram. Tapi bila dah tahu ni, tak leh lah nak makan lagi. Jatuh hukum haram lah pulak.

Isu ni pun dah lama, tapi tadi bila aku belek belek balik gambar yang aku tangkap dengan handphone murah aku ni, aku ternampak lah gambar meatball ni. So, untuk sedapkan lagi hati aku, aku pun Google lah sikit sebanyak pasal status halal atau haram meatball Ikea ni. Buat pengetahuan korang, memang Food Court IKEA tu tak de sijil halal. Tapi pembekal untuk meatball IKEA ni merupakan syarikat Macfood Services (M) Sdn Bhd dan mempunyai sijil halal dari JAKIM [sumber]. Kat bawah ni aku capture screenshot sijil halal dari JAKIM.


So sekarang terbukti sudah status halal meatball IKEA ni. Tapi lagi satu kesangsian adalah pasal premis tersebut telah melalukan proses 'samak' untuk semua peralatan memasak dorang. Kalau dah halal, buat ape nak 'samak' kan? Setuju? Mungkin ade sebab jugak lah kenapa perlu 'samak' kan. Ok, sekali lagi aku Google then aku jumpe satu blog ni dari Mohd Fakhri. Menurutnya, die telah menghantar sekeping emel kepada IKEA Customer Service untuk mendapatkan kepastian. Feedback positif dari pihak IKEA menyatakan bahawa proses 'samak' yang dilakukan adalah disebabkan ada sedikit was-was berkaitan dengan status halal pembekal dorang yang telah tamat tempoh sijil halalnye. So, setelah berbincang dengan pihak masjid berdekatan, lebih baik melakukan 'samak' untuk menhilangkan rasa was-was tersebut. Nyatalah bahawa kenyataan meatball IKEA ni haram adalah palsu dan fitnah semata-mata. Mungkin ramai yang terpedaya dengan resipi meatball IKEA yang boleh didapati dari internet mengandungi unsur babi. Sebenarnya itu adalah resipi kat luar negara. Kat Malaysia ni dorang dah ubah suai dah resipi tu untuk masyarakat Islam yang berada di negara kita ni.

So sebagai rumusan untuk entri ini, status meatball IKEA ni adalah HALAL! Pada yang belum pernah lagi mencuba meatball IKEA ni, boleh lah berbuat demikian. Sekian, harap maklum. Renung-renungkan, dan selamat beramal!

Janji!

JANJI!


Sebut pasal janji ni aku cukup tak suke betul lah! Nak nak lagi pasal rumah sewa baru aku ni. Haram betul lah tuan rumah ni. Sumpah aku bengang ngan dia! Tak beragak der, cakap nak bagi table fan tapi haram sebulan aku tidur dalam kepanasan sebab takde kipas! Masa nak sign agreement hari tu bukan main manis lagi mulut cakap nak bagi table fan. Haram betul! Sebulan aku tunggu, last last housemate aku, Afu, yang duk berkira ngan tuan rumah ni, yang duk sibuk cari rumah ni cakap tuan rumah out of budget sebab rumah ni. Cait!! Budget lari konon! Ape yang lari nye??? Kata nak pasang pintu dalam 2 minggu, tapi haram sampai sekarang tak pasang pasang lagi! Out of budget lah sangat! Mana janji ko setan???

Hujung bulan 7 before start puasa, hari Ahad seminggu sebelum puasa, Afu bagi duit RM 40. Dia cakap owner bagi untuk beli kipas. RM 40??? WTH???!!! Kipas ape boleh beli dengan duit banyak tu??? Aku tak peduli, aku cakap ok aku ambik duit RM 40 ni, tak cukup duit aku cover duit aku dulu and jangan nak lepas kan diri lah wahai owner bodoh! Sebab aku akan claim balik time nak bayar sewa nanti. 3 hb baru ni, Afu SMS mintak bayar sewa rumah by cash or transfer to his Maybank account. Then the next day, 4 hb aku transfer masuk RM 125. Macam ape yang aku cakap tadi, YES!!! memang aku dah potong siap-siap dah RM 45 yang aku cover beli kipas hari tu! Aku cut off dengan harapan Afu paham-paham sendiri lah nak claim duit tu dari owner rumah sebab die dah JANJI nak bagi kipas! Last last Afu forward email dari Maybank2u tu kat housemate yang lain mintak collect duit sikit sorang sebab nak cover balik duit RM 45 tu. Apesal ko tak mintak dari owner je Afu??? Tu la motif aku claim mase nak bayar sewa rumah. Kalau tak, dah lame dah awal-awal lagi aku claim ngan korang duit kipas tu.

Aku bengang betul lah dengan owner ni! JANJI pandai, tapi KOTA kan??? Haram memang tak lah! Setan punye owner rumah! Afu ni pun satu hal, awal awal masuk cakap sume bilik ade kipas except bilik bawah. Siling punye lah besar kat atas tu boleh pulak die ngan Lan tengok rumah tak perasan 2 bilik kat atas tu takde kipas. Pastu bila nak claim kipas, boleh pulak die bagi priority kat bilik atas. Haram betul! Bile aku tanye bilik aku macam mane, die boleh pulak cakap LUPA! Nampak sangat bilik bawah ni dianaktirikan! Bilik atas tu tak sampai seminggu terus pasang kipas sedangkan bilik aku tak sampai sampai kipas nye!


Aku tak peduli! Aku tak kan bayar satu sen pun untuk kipas ni! Korang boleh dapat kipas free, nape aku tak boleh??? Aku bukan nak berkira sangat, tapi disebabkan owner ni dah JANJI nak bagi, so memang aku akan tuntut sampai dapat lah! Peduli ape aku! Memang aku akan tuntut ape yang ko JANJI nak bagi!

Tadi Amynul datang tanya pasal kipas tu. Die tanye berapa aku topup untuk kipas tu. Die cakap die akan collect duit ngan housemate lain untuk cover duit sewa bulan ni. Aku tanye nape tak claim ngan owner je? Die cakap owner takkan bagi lagi. Cukup dengan RM 40 tu je owner bagi untuk kipas. Bengong punye owner ni tobak ah! Senang je aku cakap, aku tak bayar pape untuk kipas tu. Either mintak ngan owner or korang pandai pandai la dari duit. Sume ni kes dari owner yang hanya tau ber-JANJI tapi tak reti nak KOTA-kan! Aku bengang ngan owner rumah ni!

Sponsor Links

Learn Photoshop In Just 2 Hours
Master The Basics Of Adobe Photoshop In Under 2 Hours With Easy To Follow Instantly Accessible Online Video Tutorials!
Need to see to believe!
http://www.learnphotoshopnow.com

The CopyCat Cookbooks: Fast Food Recipes
Over 500 Recipes From All Of America's Most Popular Restaurants And Fast Food Chains
Great Sales Page - Great Value - Wide Open Niche!
http://www.fastfoodrecipes.net

Complete Guide To Making Money While You Sleep
330-page EBook (over 115,000 Words)
Absolutely Packed With Info And Ideas On All Aspects Of Making Money While You Sleep!
http://www.money-while-you-sleep.biz/complete-guide.html