Sunday, July 10, 2011

Pindah rumah

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Mak aih lama gila aku tak update blog aku nih... Dah bersawang dah ni... Maklum la before ni aku pakai Maxis Broadband atau lebih dikenali sebagai Maxis BERUK-BAN! kan so memang tak ada apa la... Aku nak buka facebook pun lembab cam haram... Jangan kan facebook, kadang-kadang aku nak google pun tak boleh... Memang tak boleh blah betul la Maxis BERUK-BAN! ni... So tu lah sebab utama aku tinggalkan "rumah" aku ni.... Sedih kan?? Huhuhu... Hari ni aku boleh update blog aku ni sebab aku kat kampung and streamyx don't have any problem :)


Okay, balik pada topik asal. Aku sebenarnya nak cerita pasal pindah rumah ni. Motif utama kitorang satu rumah pindah adalah sebab rumah yang sebelum ni rumah flat a.k.a Pangsapuri Rimba Jaya 2. Bukan apa, duduk rumah flat ni faham-faham la keadaan macam mana kan. Dengan budak-budak nakal yang main kat bawah rumah tu bukan kita nampak pun kan. Nak tinggal motor kat bawah pun takut. Nasib baik lah motor aku ni motor biasa je kalau tak risau lah jugak aku ni. Tapi biasa tak biasa pun tak sampai 2 hari aku tukar penutup tiub motor aku, dah hilang kena rembat dengan budak-budak yang mak bapak diorang tak ajar supaya jangan ambik barang orang. Dapat kat aku memang kena potong lah tangan budak-budak celaka ni. Nak dijadikan cerita, pada hari terakhir, hari perpindahan kitorang, housemate aku tengah jalan nak pergi kat kereta dia, tiba-tiba ada lah sebatang mop jatuh dari langit tak tahu tingkat berapa jatuh depan mata dia. Ingat kan kena kereta orang lain, padahal kereta sendiri. Habis pecah cermin depan. Tak pasal-pasal melayang RM 400++.


Destinasi rumah kediaman yang baru di Seksyen 26, Shah Alam, kat Taman Bukit Saga. Ha tengok map kat bawah ni kalau korang tak tau mana taman ni.


Mana rumah aku? Ha korang cari lah sendiri, klu kat bawah awan nano tu. Hahaha... Okay so far setakat ni okay la rumah ni. Tapi bezanya sebelah kiri dan kanan adalah rumah famili. So kitorang tak leh lah kalau nak pasang lagu or main game pasang kuat-kuat. Takpe lah tu tak menjadi masalah yang penting selamat. Kawasan rumah ni pun guarded dan guard pun adalah ronda-ronda waktu malam.

Okay dah pindah rumah baru ni, plan untuk pasang internet mesti lah ada kan. Korang ingat tak sebelum ni aku ada post pasal Unifi??? Kalau korang tak ingat or tak pernah baca, korang tengok sini. Ha sebut pasal Unifi ni pun satu hal la. Hari terakhir kitorang dekat rumah lama tu boleh pulak malam hari perpindahan kitorang nak ambik sisa-sisa barang yang belum habis pindah, ada 2 3 orang ejen Unifi parking depan depan lif blok kitorang. Menyirap gak lah sebab masa kitorang nak subscribe dulu dorang tak nak pasang lagi kabel TM kat blok kitorang. Dan dan kitorang nak pindah time tu jugak lah dorang datang promote. Hampeh betul lah! Tapi takpe lah nak buat macam mana kan dah bukan rezeki kitorang. So sekarang sebagai balas dendam kesumat yang terpahat dalam hati ni, kitorang bertekad untuk subscribe jugak Unifi ni. Inya'Allah dalam bulan depan rumah kitorang akan dilengkapi dengan satu lagi kemudahan berteknologi tinggi ni.

Okay dah, aku dah tak ada pape lagi dah nak tulis pasal ni. Adios amigos! Jaa!

Sponsor Links

Learn Photoshop In Just 2 Hours
Master The Basics Of Adobe Photoshop In Under 2 Hours With Easy To Follow Instantly Accessible Online Video Tutorials!
Need to see to believe!
http://www.learnphotoshopnow.com

The CopyCat Cookbooks: Fast Food Recipes
Over 500 Recipes From All Of America's Most Popular Restaurants And Fast Food Chains
Great Sales Page - Great Value - Wide Open Niche!
http://www.fastfoodrecipes.net

Complete Guide To Making Money While You Sleep
330-page EBook (over 115,000 Words)
Absolutely Packed With Info And Ideas On All Aspects Of Making Money While You Sleep!
http://www.money-while-you-sleep.biz/complete-guide.html