Tuesday, July 26, 2011

Penantian Berakhir

Salam semua...

Penantian berakhir? Penantian ape? Cecite... Cecite... Ha ni aku habaq mai sket kat hangpa semua ni... Tetiba keluar loghat Utara lak aku ni... Hahaha... Takde apa-apa pun... Penantian yang dimaksudkan kat sini adalah Internet. Setelah menamatkan zaman pengajian di UiTM Shah Alam selama 4 tahun, 2 tahun setengah dihabiskan masa bersama internet ketika waktu lapang dengan kata lainnya ketika berada di rumah sewa selama 3 tahun. Tamat je pengajian, tak sampai 2 bulan terus dapat kerja. Alhamdulillah...

Tapi bila dah habis belajar ni, semua rakan serumah bawa haluan masing-masing. Tinggal 4 orang je sampai sekarang still lagi tinggal sekali di rumah sewa yang baru. Tu pun sebab lagi 2 orang join lambat kalau tak 2 orang jela. Rakan-rakan lain ada yang dah sampai ke Berneo, ke utara semenanjung, tinggal bersama famili. Sebab tu la kitorang terpaksa pindah rumah sebab tak sanggup nak bayar mahal sewa rumah 2 orang 1 apartment. Pergh... Gile ape... Huhu...

Rumah pertama kitorang pindah ke Pangsapuri Rimba Jaya 2. Ni pun sebab aku dah takde rumah sgt sebab tak prepare awal-awal and tak expect dapat kerja cepat so aku pun menumpang jela kat sini. Duduk sana sebulan, kitorang plan nak pasang internet. Mula asal nye nak pasang Streamyx je, tapi bila dengar je pasal Unifi ni, terus kitorang nak subscribe Unifi. Pergh bila dapat tahu kawasan Rimba Jaya ni ada Unifi, mau tak excited gila kitorang. Terus register tak pikir banyak dah. Tapi malangnya tak dapat. Nak tahu selebihnya baca lah kat sini okay!

Setahun aku kat Rimba Jaya, akhirnya kitorang bersepakat nak pindah cari rumah teres sebab tak tahan dengan keadaan sekeliling rumah flat. Walaupun pada awal nya aku kurang bersetuju nak pindah ke sini, tapi pikir-pikir balik takpe lah pindah jela. Memang susah nak dapat rumah teres sewa RM 1000 sebulan kat Shah Alam ni. Pindah je sini, perkara pertama pikir tak lain tak bukan nombor 1, INTERNET! Tak leh hidup kalau takde internet. Masa kat Rimba Jaya, aku pakai Maxis Broadband je. Bulan pertama pakai okay lah lepas tuh coverage makin teruk sampai tahap aku dah tak tahan sangat aku call customer service dia aku basuh kaw-kaw punye terus ok coverage tak sampai setengah jam. Lepas tu apa lagi, cukup bulan terus aku POTONG! HAHAHA! Okay dah pasal Maxis Broadband. Bincang punya bincang, tengok pro and cons between Streamyx and Unifi, then kitorang decide nak subscribe Unifi. Alasan nya sebab kitorang plan nak amek Streamyx 16 Mbps tp tak digalakkan sebab cabinet dorang jauh and nanti boleh cause connection tak stabil. So sebab tu lah kitorang amek Unifi pakej paling rendah 5 Mbps, 60 Gb quota volume.


Speed? Hmmmmmm.... Okay kot.. Hahaha... Ntah la tadi aku test cam tak stabil... Housemate aku try kat Galaxy Tab die tak stabil... Tengok komen-komen kat Facebook pun tak leh. No komen. Tapi aku try Speed Test die not bad la..... Korang judge lah sendiri. Tengok kat bawah ni.


Sunday, July 10, 2011

Ajal maut di tangan Tuhan

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Hari ni aku nak cerita pasal ajal maut di tangan Tuhan. Aku terdetik nak kongsikan cerita ni sebab aku ada pengalaman yang mungkin susah untuk dilupakan. Aku ada seorang kawan, tapi belum sempat nak rapat dengan dia, Tuhan lagi dulu menjemputnya.

Kawan yang dimaksudkan adalah rakan sekerja. Tapi kitorang bukan lah bekerja di department yang sama. Aku di bahagian Final Test, arwah di bahagian Assembly. Aku dah kenal arwah dah lama, tapi masa tu kitorang kenal sebab ada unit yang aku perlu pass kat dia. Actually aku cuma kenal nama and rupa dia jelah. Setelah hampir setahun aku kadang-kadang lepak kat belakang kilang teman kawan aku 'bunuh diri' a.k.a hisap rokok (pada smoker jangan marah ek...hehehehe), dia pun ada lah sekali. Tapi just tegur-tegur camtu jela.

Nak dijadikan cerita, 2 hari sebelum arwah pergi (Selasa), aku dan kawan-kawan aku main ping pong kat bawah sebelah parking basement. Hari-hari sebelum ni, arwah tak pernah join, tapi pada hari ni arwah mula nak join kitorang main sama-sama. Sebab aku pun tak kenal sangat arwah so aku tak tau lah yang arwah ni ada asthma. Kitorang pun main macam biasa jela. Main suka-suka. Lepas main, aku mintak kawan aku sorang ni hantar aku ke parking motor kat depan dah alang-alang dia park kereta dia kat basement. OTW ke kereta tu kawan aku ni ada lah cakap yang arwah ni ada asthma. Sebab tu arwah nampak semput sikit lepas main. Tapi aku memang tak perasan arwah semput lepas main sebab masa tu aku kemas-kemas meja ping pong.


Keesokan hari nya (Rabu), petang lepas kerja aku nak terus balik. Tapi bila sampai office, kawan aku ajak main ping pong lagi. Masa tu arwah pun ada sekali dan arwah lah orang yang paling excited nak main. Serius aku cakap muka arwah masa tu berseri-seri gila, memang arwah nampak sangat ceria nak main ping pong. Dia ajak semua yang main semalam main sekali. Tapi sorang lagi kawan aku tak dapat nak join sebab anak dia demam and wife dia lak kerja shift malam. Takpe lah sorang tak ada pun dah cukup 4 orang untuk main regu so kitorang pun turun lah pergi main. Hari ni memang aku nampak arwah semput. Masa last game kitorang main aku memang nampak sangat arwah semput. Actually last game tu arwah dah tak nak main and aku pun okay la nak stop tapi kawan aku sorang lagi ni ajak habiskan lagi satu game sebab game tu draw. So arwah pun cakap okay lah habiskan lagi satu game. Last game ni memang aku nampak arwah lemah lah. And of course sebab arwah dah tak larat, dorang kalah last game.

Khamis. Kehidupan diteruskan seperti biasa macam tak ada pape berlaku. Aku pergi kerja macam biasa lah. Tapi hari ni aku half day sebab ada hal nak diuruskan di Sentul. So dah tak cukup sorang, dorang pun tak ada cakap pape lah nak main ping pong. Malam ni aku keluar makan dengan awek aku. Lepas makan, hantar awek aku balik, then aku pun balik rumah lah. Sampai je aku kat rumah, aku dapat SMS. SMS ni yang buat aku SANGAT TERKEJUT dan membuatkan aku TERKEDU. SMS dari kawan aku ***, cakap simple je. SMS yang berbunyi; fyi, ****** dah kembali ke rahmatullah. Memang aku sangat terkejut dan tergamam hingga tak tau apa nak cakap. Aku terus call kawan aku ni tanya cerita sebenar.

Menurut nya, arwah tak datang kerja hari ni. Hantar SMS tak ada reply. Call? Pun tak angkat. Banyak kali call pun sama tak ada jawapan. Okay lah mungkin sebab penat or tak nak diganggu kot arwah tak angkat telefon. Kawan aku si *** pun bukak facebook arwah nak tengok status update tapi page arwah tak ada apa-apa update. Status facebook pun tak berubah. Kawan aku dah makin pelik dan rasakan macam ada sesuatu yang tak kena. Bila dah lewat petang masih lagi tak dapat nak hubungi arwah, kawan aku dah makin risau. Dia call tunang arwah, tapi tunangnya pun tak tau arwah kat mana. SMS tak reply, call tak angkat. Bila dah banyak kali call, telefon arwah pun mati. Terus tak dapat nak contact arwah. Kawan aku ni tak dapat nak keluar sebab wife dia kerja shift malam lagi and anak dia demam terus contact kawan baik arwah mintak pergi ke rumah arwah. Kereta arwah ada, bermakna arwah ada kat rumah. Tapi bila ketuk-ketuk pintu tak ada jawapan. Banyak kali ketuk pun still tak ada jawapan. Buntu. Then kawan aku mintak kawan baik arwah call polis dan bomba dalam ~8pm. Bomba dan polis sampai, pintu rumah dupecahkan. Sangat terkejut dan menyayat hati bila dapati arwah dah tak ada. Jenazah dihantar ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) untuk bedah siasat. Arwah meninggal semalam selepas keluar makan dengan tunangnya. Bila dah dapat berita ni, aku pun roger lah 2 orang kawan aku yang main ping pong sama-sama semalam. Semua terkejut dengar berita ni. Dan kebetulan pulak minggu ni kawan aku yang sorang lagi tu belum balik ke kampung dia lagi. So semua setuju nak pergi ziarah arwah buat kali terakhir keesokan hari nya.

Jumaat, hari pengebumian. Memang nasib baik ditakdirkan hari ni cuti umum, cuti ganti untuk cuti Agong keesokan hari. Berita pemergian arwah dah disebarkan ke semua staff. Ramai rakan-rakan sekerja dan saudara-mara datang pada hari pengebumian. Semua berkumpul di Masjid Al-Falah, USJ 9. Kat sini lah cerita sebenar pemergian arwah diceritakan. Dikatakan arwah menghidapi asthma tahap teruk dah. Dalam bilik arwah belakang katilnya ada mesin untuk asthma. Bukan pam biasa yang kecik boleh masuk poket tu, bukan jugak pam besar macam telefon antik tu. Tapi mesin yang dikatakan besar. Aku sendiri tak pernah tengok macam mana mesin ubat untuk asthma tu. Arwah boleh dikatakan setiap malam akan diserang asthma dan malam tu merupakan malam paling teruk. Arwah dah ambik ubat dari mesin tu tapi still tak cukup. Arwah dikatakan meninggal ketika ingin mengambil ubat yang tak jauh dari katilnya tapi tak sempat. Paling memilukan, arwah pergi tanpa keluarga di sisi. Pada hari pemergian, arwah berseorangan di rumah kerana keluarga arwah sedang bercuti di luar negara.  Keluarga arwah jugak tak sempat pulang pada hari pengebumian. Arwah tak ikut keluarganya bercuti sebab tangah kumpul duit dan cuti untuk bulan madu selepas majlis pernikahan yang dijadualkan hujung tahun ni. Arwah juga dah beli tiket flight untuk bulan madu untuk awal tahun depan.

Disebabkan ramai yang meninggal semalam, so post-mortem untuk jenazah arwah pun lambat siap. Pada asalnya jenazah akan dikebumikan sebelum Solat Jumaat, tapi jenazah tiba lebih lambat. Dalam pukul 4 petang, jenazah tiba. Solat jenazah didirikan sekali lagi kat masjid ni. Selepas selesai solat jenazah, jenazah dibawa ke Tanah Perkuburan Islam USJ 22. Jenazah selamat dikebumikan pada jam 5.30 petang.


Itulah sedikit sebanyak kisah yang boleh dijadikan iktibar untuk kita semua. Pengajaran kat sini, kalau kita ada menghidapi penyakit macam asthma ni, jangan lah kita tinggal sorang-sorang kat rumah. Ajak lah kawan tinggal sekali dengan kita kalau tak ada orang kat rumah. Seriously, aku sangat terkilan bila dapat berita arwah dah pergi sebab aku baru je nak kenal arwah dan kitorang baru je berseronok sama-sama main ping pong petang sebelum arwah pergi. Marilah sama-sama kita sedekahkan al-Fatihah untuk arwah. Sekian.

Pindah rumah

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Mak aih lama gila aku tak update blog aku nih... Dah bersawang dah ni... Maklum la before ni aku pakai Maxis Broadband atau lebih dikenali sebagai Maxis BERUK-BAN! kan so memang tak ada apa la... Aku nak buka facebook pun lembab cam haram... Jangan kan facebook, kadang-kadang aku nak google pun tak boleh... Memang tak boleh blah betul la Maxis BERUK-BAN! ni... So tu lah sebab utama aku tinggalkan "rumah" aku ni.... Sedih kan?? Huhuhu... Hari ni aku boleh update blog aku ni sebab aku kat kampung and streamyx don't have any problem :)


Okay, balik pada topik asal. Aku sebenarnya nak cerita pasal pindah rumah ni. Motif utama kitorang satu rumah pindah adalah sebab rumah yang sebelum ni rumah flat a.k.a Pangsapuri Rimba Jaya 2. Bukan apa, duduk rumah flat ni faham-faham la keadaan macam mana kan. Dengan budak-budak nakal yang main kat bawah rumah tu bukan kita nampak pun kan. Nak tinggal motor kat bawah pun takut. Nasib baik lah motor aku ni motor biasa je kalau tak risau lah jugak aku ni. Tapi biasa tak biasa pun tak sampai 2 hari aku tukar penutup tiub motor aku, dah hilang kena rembat dengan budak-budak yang mak bapak diorang tak ajar supaya jangan ambik barang orang. Dapat kat aku memang kena potong lah tangan budak-budak celaka ni. Nak dijadikan cerita, pada hari terakhir, hari perpindahan kitorang, housemate aku tengah jalan nak pergi kat kereta dia, tiba-tiba ada lah sebatang mop jatuh dari langit tak tahu tingkat berapa jatuh depan mata dia. Ingat kan kena kereta orang lain, padahal kereta sendiri. Habis pecah cermin depan. Tak pasal-pasal melayang RM 400++.


Destinasi rumah kediaman yang baru di Seksyen 26, Shah Alam, kat Taman Bukit Saga. Ha tengok map kat bawah ni kalau korang tak tau mana taman ni.


Mana rumah aku? Ha korang cari lah sendiri, klu kat bawah awan nano tu. Hahaha... Okay so far setakat ni okay la rumah ni. Tapi bezanya sebelah kiri dan kanan adalah rumah famili. So kitorang tak leh lah kalau nak pasang lagu or main game pasang kuat-kuat. Takpe lah tu tak menjadi masalah yang penting selamat. Kawasan rumah ni pun guarded dan guard pun adalah ronda-ronda waktu malam.

Okay dah pindah rumah baru ni, plan untuk pasang internet mesti lah ada kan. Korang ingat tak sebelum ni aku ada post pasal Unifi??? Kalau korang tak ingat or tak pernah baca, korang tengok sini. Ha sebut pasal Unifi ni pun satu hal la. Hari terakhir kitorang dekat rumah lama tu boleh pulak malam hari perpindahan kitorang nak ambik sisa-sisa barang yang belum habis pindah, ada 2 3 orang ejen Unifi parking depan depan lif blok kitorang. Menyirap gak lah sebab masa kitorang nak subscribe dulu dorang tak nak pasang lagi kabel TM kat blok kitorang. Dan dan kitorang nak pindah time tu jugak lah dorang datang promote. Hampeh betul lah! Tapi takpe lah nak buat macam mana kan dah bukan rezeki kitorang. So sekarang sebagai balas dendam kesumat yang terpahat dalam hati ni, kitorang bertekad untuk subscribe jugak Unifi ni. Inya'Allah dalam bulan depan rumah kitorang akan dilengkapi dengan satu lagi kemudahan berteknologi tinggi ni.

Okay dah, aku dah tak ada pape lagi dah nak tulis pasal ni. Adios amigos! Jaa!

Sponsor Links

Learn Photoshop In Just 2 Hours
Master The Basics Of Adobe Photoshop In Under 2 Hours With Easy To Follow Instantly Accessible Online Video Tutorials!
Need to see to believe!
http://www.learnphotoshopnow.com

The CopyCat Cookbooks: Fast Food Recipes
Over 500 Recipes From All Of America's Most Popular Restaurants And Fast Food Chains
Great Sales Page - Great Value - Wide Open Niche!
http://www.fastfoodrecipes.net

Complete Guide To Making Money While You Sleep
330-page EBook (over 115,000 Words)
Absolutely Packed With Info And Ideas On All Aspects Of Making Money While You Sleep!
http://www.money-while-you-sleep.biz/complete-guide.html