Thursday, February 17, 2011

Rejected Perfumes

Koleksi perfume ku. Hihi

Salam semua. Apa khabar semua? Hope semua sihat lah hendaknya ek. Alhamdulillah sekarang Maxis Broadband aku dah okay sikit. Nak masuk mana-mana website pun dah tak berat sangat macam dulu. Maybe dulu sebab aku banyak sangat surf internet kot. Tambah lagi aku ada banyak download lagu and akibatnya aku punya broadband limit overloaded. Maybe ni lah punca yang menyebabkan internet connection aku slow nak mampus macam kura-kura yang dah nyawa-nyawa ikan sampaikan nak buka search engine Google yang punya lah ringan pun tak larat. Dugaan... Dugaan...

Okay aku tak nak merapu-rapu lagi. Korang dah baca tajuk entri ni kan? So apa yang korang agak-agak aku nak cerita? Gambar pun aku dah letak awal-awal sekali nak bakar line korang. Hehehe. Seperti apa yang korang tengok gambar kat atas tu, itulah antara rejected perfumes yang aku ada. Tapi semua ni bukan aku guna okay. Ini semua untuk korang lah. Tapi ini semua bukan percuma okay! Hahaha.

Perfume-perfume yang dalam gambar kat atas tu belum digunakan lagi. Tujuan gambar ni di ambil adalah untuk promosi. Dengan kata lain, sekarang aku nak jual perfume lah! Hehehe. Yang best nya pasal perfume ni, korang tak perlu nak keluarkan duit banyak-banyak pergi Parkson, I-Setan, Sasa and wat-so-eva tu lah yang seangkatan dengannya. Perfume aku pun sama dengan perfume kat kedai-kedai yang aku sebut tadi tu. Cuma beza perfume aku dengan perfume kat kedai ni satu je. Yang kat kedai tu, perfume yang Finish Good dari kilang and perfume yang aku jual ni perfume reject.

Sebelum korang judge perfume reject ni tak bagus, biar aku terus-terang dulu kat sini. Perfume reject adalah perfume yang dibuang dari output yang ditarget oleh sesebuah kilang yang dipanggil production output. Production output adalah perfume yang keluar dari production cukup sifat untuk dipasarkan kepada pengguna. Manakala perfume reject pula adalah perfume yang tidak menepati ciri-ciri piawaian yang ditetapkan untuk dipasarkan. Reject di sini terbahagi kepada tiga kategori.

Kategori pertama adalah factory reject. Means kat sini, perfume tu dah awal-awal lagi reject dekat kilang before ship to customer. Perfume-perfume ni di reject bukanlah disebabkan kualiti perfume tersebut. Perfume-perfume ni di reject sebab mungkin tutup botol longgar atau pecah, botol sumbing, cat pada botol pudar, label pada botol etc etc. Semua penyebab perfume dalam kategori ni di reject adalah disebabkan faktor luaran perfume, bukan pada cecair perfume tersebut. Oleh sebab itu, kualiti dan bau perfume ni tidak akan terjejas.

Kategori kedua adalah after shipment reject. Kategori ni lebih menjurus kepada packaging perfume tersebut. After shipment means perfume sudah selamat dan selesai dengan jayanya menjadi Finish Good untuk production output. Jika korang dapat perfume dalam kategori ni, korang mungkin tak akan nampak cela pada botol perfume ni. Reject ni mungkin terjadi disebabkan kotak koyak atau terbuka dan mungkin juga sebab sealing plastic tak ada. Semua ni akan menjadikan perfume reject. Biasa lah customer mana nak beli perfume yang mahal-mahal tapi kotak koyak kan? Beli pulak kat butik-butik perfume lagi lah customer nak yang terbaik. Betul tak?

Play last kategori adalah expiry. Hah korang ingat makanan je ke ada expired date? Perfume pun ada expired date okay! Mesti korang takut bila dengar ni kan? Hahaha. Okay mari aku explain. Cerita dia macam ni, expiry date untuk perfume ni bukan expiry date untuk makanan tau. Expiry date kat sini means perfume yang dah siap jadi Finish Good production, tapi tak berjaya dikeluarkan untuk shipment kepada customer dalam masa-masa tertentu yang ditetapkan, mungkin 8 bulan, so bagi sesebuah kilang untuk menjaga kualiti perfume yang dipasarkan, mereka terpaksa reject perfume-perfume ni. Bukan aku cakap perfume ni tak tahan lama. Aku pun ada perfume yang dah dekat tiga tahun tak abis-abis lagi still lagi bau yang sama. Langsung tak berubah. Dengan kata lain, expiry date ni cuma salah satu spec yang dikeluarkan oleh kilang tersebut untuk menjaga kualiti produk mereka.

Okay, korang semua dah faham fakta tentang perfume reject ni? Kalau dah paham bagus. Tapi kalau tak paham lagi, korang baca balik dari A samapi Z bagi paham. Tak paham lagi, pergi kilang perfume tanya dorang. Kekeke. Korang berminat? Kalau berminat apa susah, boleh lah order dari saya! Hehehe. Opps, sebelum terlupa aku nak bagitau satu lagi perkara pasal perfume reject ni. Perfume reject tidak akan datang bersama kotak. Perfume reject hanya didatangi bersama poach bag sahaja okay! So, kalau ada orang claim cakap dorang jual perfume reject dalam kotak tu, berhati-hati lah anda. Anda mungkin ditipu bulat-bulat. Mungkin dalam seribu, ada satu yang datang dalam kotak. Tapi mostly, >90% perfume reject datang dengan poach bag sahaja. Satu lagi perkara, kalau korang bernasib baik korang mungkin akan dapat perfume yang demo or tester set =)
Set perfume dalam poach bag

Berminat? Nak order? Boleh drop comment kat sini or visit this blog okay! Kat dalam blog ni mungkin tak ada banyak choice lagi sebab blog ni still lagi dalam proses pembikinan. So kalau korang nak perfume yang tak tersenarai lagi dalam blog tu, korang bolehlah request okay. Korang just bagi brand and apa model perfume yang korang nak. Insya'Allah semua yang korang nak akan ada. Kalau tak ada, mungkin kehabisan stok =)

Sponsor Links

Learn Photoshop In Just 2 Hours
Master The Basics Of Adobe Photoshop In Under 2 Hours With Easy To Follow Instantly Accessible Online Video Tutorials!
Need to see to believe!
http://www.learnphotoshopnow.com

The CopyCat Cookbooks: Fast Food Recipes
Over 500 Recipes From All Of America's Most Popular Restaurants And Fast Food Chains
Great Sales Page - Great Value - Wide Open Niche!
http://www.fastfoodrecipes.net

Complete Guide To Making Money While You Sleep
330-page EBook (over 115,000 Words)
Absolutely Packed With Info And Ideas On All Aspects Of Making Money While You Sleep!
http://www.money-while-you-sleep.biz/complete-guide.html