Thursday, February 17, 2011

Rejected Perfumes

Koleksi perfume ku. Hihi

Salam semua. Apa khabar semua? Hope semua sihat lah hendaknya ek. Alhamdulillah sekarang Maxis Broadband aku dah okay sikit. Nak masuk mana-mana website pun dah tak berat sangat macam dulu. Maybe dulu sebab aku banyak sangat surf internet kot. Tambah lagi aku ada banyak download lagu and akibatnya aku punya broadband limit overloaded. Maybe ni lah punca yang menyebabkan internet connection aku slow nak mampus macam kura-kura yang dah nyawa-nyawa ikan sampaikan nak buka search engine Google yang punya lah ringan pun tak larat. Dugaan... Dugaan...

Okay aku tak nak merapu-rapu lagi. Korang dah baca tajuk entri ni kan? So apa yang korang agak-agak aku nak cerita? Gambar pun aku dah letak awal-awal sekali nak bakar line korang. Hehehe. Seperti apa yang korang tengok gambar kat atas tu, itulah antara rejected perfumes yang aku ada. Tapi semua ni bukan aku guna okay. Ini semua untuk korang lah. Tapi ini semua bukan percuma okay! Hahaha.

Perfume-perfume yang dalam gambar kat atas tu belum digunakan lagi. Tujuan gambar ni di ambil adalah untuk promosi. Dengan kata lain, sekarang aku nak jual perfume lah! Hehehe. Yang best nya pasal perfume ni, korang tak perlu nak keluarkan duit banyak-banyak pergi Parkson, I-Setan, Sasa and wat-so-eva tu lah yang seangkatan dengannya. Perfume aku pun sama dengan perfume kat kedai-kedai yang aku sebut tadi tu. Cuma beza perfume aku dengan perfume kat kedai ni satu je. Yang kat kedai tu, perfume yang Finish Good dari kilang and perfume yang aku jual ni perfume reject.

Sebelum korang judge perfume reject ni tak bagus, biar aku terus-terang dulu kat sini. Perfume reject adalah perfume yang dibuang dari output yang ditarget oleh sesebuah kilang yang dipanggil production output. Production output adalah perfume yang keluar dari production cukup sifat untuk dipasarkan kepada pengguna. Manakala perfume reject pula adalah perfume yang tidak menepati ciri-ciri piawaian yang ditetapkan untuk dipasarkan. Reject di sini terbahagi kepada tiga kategori.

Kategori pertama adalah factory reject. Means kat sini, perfume tu dah awal-awal lagi reject dekat kilang before ship to customer. Perfume-perfume ni di reject bukanlah disebabkan kualiti perfume tersebut. Perfume-perfume ni di reject sebab mungkin tutup botol longgar atau pecah, botol sumbing, cat pada botol pudar, label pada botol etc etc. Semua penyebab perfume dalam kategori ni di reject adalah disebabkan faktor luaran perfume, bukan pada cecair perfume tersebut. Oleh sebab itu, kualiti dan bau perfume ni tidak akan terjejas.

Kategori kedua adalah after shipment reject. Kategori ni lebih menjurus kepada packaging perfume tersebut. After shipment means perfume sudah selamat dan selesai dengan jayanya menjadi Finish Good untuk production output. Jika korang dapat perfume dalam kategori ni, korang mungkin tak akan nampak cela pada botol perfume ni. Reject ni mungkin terjadi disebabkan kotak koyak atau terbuka dan mungkin juga sebab sealing plastic tak ada. Semua ni akan menjadikan perfume reject. Biasa lah customer mana nak beli perfume yang mahal-mahal tapi kotak koyak kan? Beli pulak kat butik-butik perfume lagi lah customer nak yang terbaik. Betul tak?

Play last kategori adalah expiry. Hah korang ingat makanan je ke ada expired date? Perfume pun ada expired date okay! Mesti korang takut bila dengar ni kan? Hahaha. Okay mari aku explain. Cerita dia macam ni, expiry date untuk perfume ni bukan expiry date untuk makanan tau. Expiry date kat sini means perfume yang dah siap jadi Finish Good production, tapi tak berjaya dikeluarkan untuk shipment kepada customer dalam masa-masa tertentu yang ditetapkan, mungkin 8 bulan, so bagi sesebuah kilang untuk menjaga kualiti perfume yang dipasarkan, mereka terpaksa reject perfume-perfume ni. Bukan aku cakap perfume ni tak tahan lama. Aku pun ada perfume yang dah dekat tiga tahun tak abis-abis lagi still lagi bau yang sama. Langsung tak berubah. Dengan kata lain, expiry date ni cuma salah satu spec yang dikeluarkan oleh kilang tersebut untuk menjaga kualiti produk mereka.

Okay, korang semua dah faham fakta tentang perfume reject ni? Kalau dah paham bagus. Tapi kalau tak paham lagi, korang baca balik dari A samapi Z bagi paham. Tak paham lagi, pergi kilang perfume tanya dorang. Kekeke. Korang berminat? Kalau berminat apa susah, boleh lah order dari saya! Hehehe. Opps, sebelum terlupa aku nak bagitau satu lagi perkara pasal perfume reject ni. Perfume reject tidak akan datang bersama kotak. Perfume reject hanya didatangi bersama poach bag sahaja okay! So, kalau ada orang claim cakap dorang jual perfume reject dalam kotak tu, berhati-hati lah anda. Anda mungkin ditipu bulat-bulat. Mungkin dalam seribu, ada satu yang datang dalam kotak. Tapi mostly, >90% perfume reject datang dengan poach bag sahaja. Satu lagi perkara, kalau korang bernasib baik korang mungkin akan dapat perfume yang demo or tester set =)
Set perfume dalam poach bag

Berminat? Nak order? Boleh drop comment kat sini or visit this blog okay! Kat dalam blog ni mungkin tak ada banyak choice lagi sebab blog ni still lagi dalam proses pembikinan. So kalau korang nak perfume yang tak tersenarai lagi dalam blog tu, korang bolehlah request okay. Korang just bagi brand and apa model perfume yang korang nak. Insya'Allah semua yang korang nak akan ada. Kalau tak ada, mungkin kehabisan stok =)

Saturday, February 12, 2011

Cerita Hantu Seksyen 2

Salam semua. Lama betul aku tak update blog ni. Memang dah bersawang gila blog aku ni. Huhuhu... Actually bukan aku tak nak update blog aku ni, tapi masalahnya ntah kenapa la broadband aku ni teruk sangat connection. Lembab nak mampus! Tapi hari ni laju pulak, so aku ambil kesempatan nak update lah hari ni =)

Sekarang dah masuk bulan 2, and hari ni dah 12 hari bulan. Since aku last update blog aku ni 12 Disember, maknaya masuk hari ni dah genap 2 bulan lah aku tak update. Wow!!! Lama gak ek blog aku ni dibiarkan. Orang lain dah berpuluh-puluh cerita keluar, tapi aku baru nak keluarkan first entry untuk tahun baru 2011 ni. Huhuhuhu. Masih tak terlambat lagi kan kalau aku nak ucap "Selamat Tahun Baru 2011" kepada semua kan? Kan?? Hehe

Selamat Tahun Baru kepada semua rakan-rakan blogger!

Actually banyak benda yang aku nak cerita ni. Tapi aku rasa nak berkongsi cerita pasal satu kisah HANTU. Cerita ni pun aku dapat daripada geng-geng blogger lain gak. Kisah ni dah lama berlalu. Tapi agak menyeramkan juga lah. Lokasi adalah Seksyen 2 di Shah Alam, berdekatan dengan Wet World. Sebut pasal Seksyen 2 ni kan, aku tetibe teringat zaman belajar di UiTM dulu. Aku juga pernah menyewa di Seksyen 2 masa mula-mula kitorang tidak mendapat tempat di kolej. Maklumlah pelajar UiTM ni berpuluh ribu. Memang tak cukup lah nak tampung semua pelajar untuk tinggal di kolej. Okay, jom kita layan cerita hantu ni. Cerita ni memang agak menyeramkan, so diingatkan kepada yang lemah semangat jangan baca kisah ni sorang-sorang tengah malam. Kang ada je yang takut nak pergi toilet nanti. Keh keh keh.



CERITA HANTU SEKSYEN 2


9 tahun lepas aku dpt smbung bljar kt uitm shah alam. So,perkara pertama yg kna fikir ialah aku nk duk mn sbb ak xdpt hostel. Oleh sbb kerajinan & keperihatinan yg ada kt aku n kwn2,maka dpt le aku ngn kwn2 aku umah sewa.....dekat2 area seksyen 2. Berhampiran ngan wet world [kalo korang tau la].

Uma tu bunglow 2 tingkat ngan 4 bilik. 3 bilik kt atas n 1 bilik kt bwh. Kitorg semua berlapan,kiranya 2 org utk 1 blk la. Aku ringkaskan je la,kitorg msuk umah tu ngan perasaan berbelah bahagi. best, suke, pelik, rimas, takut semua ada.

Pertama,tuan umah hanya amik rm50 je sbg deposit n sewa prtama hanya byr bile msuk bln kedua kami duduk uma tu. Kiranya bln prtama ni free la....[?]

Kedua,tuan umah x bg kitorg bwk brg bnyk2 sbb nnt pnat nk angkat blk katanya...

Ketiga,pokok ara tepi umah tu bsr sgt smpai dahan dia bleh msuk kt tingkap blk atas.

Mlm pertama duk uma tu kitorg xtido sbb sibuk punggah n kemas brg+lyan dvd korea . Citer seramnya start ms hari kedua. xpayah nk tunggu mlm,siang2 pon kitorg dah kna kacau. Azmi "dagu" org first kena.

Ms tu br kol 10.30pg [anggaran aku la], si Azmi ni bgun nk memerut. So dia g la toilet bwh tu tp dlm toilet ada org [sbb pintu tutup]. Toilet atas plak rosak, tuan umah kta nnt dia btulkan. Tunggu punye tunggu, xkuar-kuar org dlm tandas ni. Jd Azmi ni memekik la soh cpt sket kuar sbb dia xtahan. Akibat jeritan c azmi ni, abis satu umah bgun gi tengok peehal. Yg peliknya, kitorg berlapan smua ada, abih tu sape yg kt dlm tandas ni? Pintu toilet lak berkunci siap ada bunyi org flush jamban lg.... Dlm reramai ni,Lan sorg je yg berani sket [mgkin psl dia ni keturunan bugis kot], dia g rentap pintu toilet tu smpai trbukak. Xde org tp dr kesan yg ad,pintu tu mmg dikunci dr dlm. Last2 si azmi xjdk berak...mngkin psl takut kot.




Mlm tu kitorg kna lg teruk.

Ms aku nyenyak tdo mlm tu tetiba jek ad org tarik dua2 belah kaki auk sampai jatuh dr katil. Kepala aku terhentak dulu kt lantai!! Ape lg,hangin la aku sbb ingat bdk2 nk wt pedajal kt ak tp bl aku bangun xde org plak. Yg ad cume c Lan yg ngah membuta kt katil atas. Ak x rs Lan yg buat sbb confirm dia tdo mati. Bl ak kuar bilik, ak dgr bdk2 ngah ketawe. Rupenya diorg ngah layan dvd kt hall bwh. Ak pon msuk blk balik sbb still bingung lg tp br ak terperasan ms ak ngah jengah kebawah td ak perasan Lan ada!! Bukan ke td ak nmpk dia ngah membute dlm bilik? Ahh suda...

Dgn perasaan berani2 takut ak tgok atas katil Lan ada bonjol bwh selimut,kiranya mcm ad org la. Ak tarik kain selimut tu n guess what? ad batu nisan yg da retak2 dn otomatiknya blk ak diselubungi bau hapak+hanyir yg sgt2 kuat.




Ms ni korg jgn tnya ak la ape aku buat sbb kalo menda ni jdk kt korg pon xkan korg nk stay lg dlm blk tu btol x? Ak rs kaki ak da x jejak tanah da sbb lari laju sgt. Aku lari kuar dr bilik tu & g ke hall sbb nk gtau member2 ak la kononnya tp yg mcm haram jadahnya member ak sorg pon da xde kt hall. Nk tau diorg kt ner? semua da duduk kt luar umah!! Rupanya diorg awal2 lg da kna kacau. Yg lakhanat nye, xde sorg pon kejutkan ak....taik betol diorg ni.

Lepas diorg tenangkan aku, kitorg decide nk buat ape skang sbb skang ni da pkul 3 pg. Nk mtk tlg tok imam,umah tok imam pon kitorg xtau. Nk mtk tlg jiran, kiri kanan umah kitorg cina. Last2 salleh ajk lepak restoran hakim jek smpai pg. Bunyinya mcm senang tp memasing semua xpakai baju pastu pakai boxer ngan kain pelikat jek. Mau x mau trpaksalah jgk kitorg msuk uma tu balik sbb nk amik suar, wallet n kunci motor.

Oleh sbb bilik c Bob ngan Naim je yg kt bwh, maka kitorg decide le nk pinjam baju n suar dia. Masing2 tkut nk naik tingkat atas. Wallet pn ak tinggal. Masing2 pakat gn duit naim lu. Nasib baik kunci motor kitorg sangkut kt dinding [tmp penyangkut]. Ms nk kuar dr rumah tu, Wak plak perasan ad bdk pompuan kt pintu dapur ngah senyum sambil babai tgn kt dia. Yg ak plak bole trperasan bdk tu jgk sbb ak tgk muka wak da kejung+pucat lesi. Sekali bdk tu senyum rs mcm nk trkincit dlm suar la... Kepala lutut ak menggigil sampai kt restoran hakim!!!!



Lepas smp kt restoran hakim tu,memasing sibuk buka cerita trmasuk ngan ak skali la. Memula Wak cerita la,mlm tu lebih kurang kol 12 lebih,dia sibuk download lagu tetiba ad bunyi mcm org baling batu kt tingkap bilik dia. Bl dia jengah,dia nmpk ad sorang pompuan duk kt atas pokok kayu ara sblh umah tu,pakai bju putih + kekuningan+ koyak2+ rambut panjang. Yg sadisnya,pompuan huduh tu boleh senyum kt dia plak. Wak ni ape lg tutup tingkap bilik dia n terus nk kuar g bilik ak la kononnya. Malangnye, lg sekor plak hantu duk kt dpn pintu bilik dia tp kali ni antu budak. So dia amik keputusan terjun dr tingkap bilik dia ke bawah. Akibatnya, kaki dia terkehel. Nasib baik jek xpatah.

Azmi "dagu" plak cter la yg dia nmpk ad bdk pompuan babai tgn kt dia[yg ni, ak pon kna gak ok]. Ak confirm yg bdk ni bkn manusia sbb ak tgk kaki dia xde!! Sam plak cter dia nmpk hantu tu kt siling umah! Bile buka mate jek, antu tu bebetol "eye to eye" ngan dia. Kiranya memasing semua kena kacau la ni. Dan ak org yg last cerita.

Ak ckp la yg aku kna tarik dua2 kaki ms tido smp kepala ak terhentak kt lantai. Pastu ak ckp le yg ak nmpk diorg ngah layan dvd kt hall tp c Azmi tetiba nyampuk "bile ms plak kitorg tgk dvd ni?". Rerupanya xde sorg pon yg tgk dvd pg tu!! Dah tu, sape yg ak nmpk? haru betol.....kaki aku yg dr td menggigil makin brtambah kuat menggigil.

Ngah sibuk2 berborak,aku terbau sesuatu yg kurang enak. member2 ak yg lain pon bau gak. Rupanya si Azmi ni td da terkencing dlm suar sbb takut sgt. Nasib baik mlm tu xramai sgt org kt Restoran Hakim tu. Malu betol. Ak plak bleh ternampak si Sam pakai selipar sebelah lain. Dr sibuk2 cter seram terus jdk cter klakar plak.

Tengah sibuk2 ketawe, br kitorg perasan yg si Salleh ngan Naim xde ngan kitorg. Yg ad cume kami berenam. Ak, Azmi dagu, Sam banjar,Wak, Bob ngan Lan. Dlm ramai2 tu cuma Bob sorg jek yg bwk hp, so kitorg try call Naim tp xde org angkat. try call Salleh plak, sama gak xde org angkat. Pastu Lan amik hp Bob tu, dia bc apa ntah agaknye pastu dia soh Bob call naim lg skali. Bob call n bukak loud speaker. Korang tau ape jd? ad suare pompuan ngilai. Gila2 punye ngilai la sampai meremang bulu roma aku. Kami berenam terus terdiam. Last2 kitorg sepakat akan tunggu smpai pg esok br blk umah tu semula n cari Naim ngan Salleh. Lepas dgr suare pompuan ngilai kt hp tu, xde sorang pon antara kitorg brckp....smp subuh!!

Pukul 7.30pg br kitorg blah dr Hakim. Hati aku masih lg kuat berdebar-debar.Yg lelain ak xtau la. Smp kt dpn umah, ak tgk pintu umah ngan gate da trbukak seluas-luas nye. Ni kalo pencurik masuk ni, memang dia kaye sbb laptop,wallet ngan hp kitorg semua tinggal camtu aje. Bulu tengkuk aku masih lg meremang.Xde sape berani msk umah tu dulu...Aku ingat, ada la 20-30 minit kitorg duk tercanggak kt dpn umah sbb xde sape berani masuk. Ntah camne agaknye hp Bob berbunyi. Hati aku da x sedap. Jgn la kate antu tu call kitorg soh msuk umah. Lan yg angkat. Sebenarnya dlm reramai geng ak ni, Lan la yg paling berani tp kekadang dia jd penakut jgk la. Pihak hospital call, katanya Naim ad kt wad emergency hospital klang. Eksiden katanya. Pihak hospital kata, ada miss call dr no.hp Bob ni, tu yg dia call no.hp Bob ni...ooo00 br ak phm. Yg peliknya Naim eksiden?

Memasing da serba salah jadinya. Bingung pon iye jgk. Xtau samada nk melawat Naim kt hospital klang or cari Salleh yg hilang. Akhirnya kitorg call tuan rmh utk tgk ape yg patut. Ak ngan Sam plak g hospital klang tgk keadaan naim cmne. Kalo mmg tenat sgt, ak inform yg lelain soh dtg la. Yg lain ak soh cari salleh kt keliling umah, takut2 dia kna sorok. Kami masing2 tawakal aje. Ms otw g hspital klang ni, ak xtau la c sam pecut smpai berape tp hati ak masih lg kuat ckp yg hal ni x abis lg.

Smp hospital,aku terus cr Naim. Sebak betol hati ak tgk Naim serius parah. Kaki dia teruk. Doktor kata kena lenyek ngn keta or something else la. Kes dia ni langgar lari. Naluri ak kuat ckp yg umor Naim ni x panjang sbb darah bnyk gile kuar. Sam plak xsanggup tengok, air mata dia da berjurai-jurai cam air terjun. Doktor pon ckp yg dia ni da nyawa2 ikan,xdpt nk tlg bnyk. Ak duduk kt tepi Naim, dia bole brckp lg tp sangkut2. Dia mntk maap sbb buatkan kitorg jdk susah. Berulang-ulang kali dia mntk maap tp ak msh lg xdpt tangkap ape yg dia ckp ni. Akhirnya dia meninggal gak...Ak gagahkan hati ak tepon kengkawan lain gtau psl Naim da meninggal. Ak tgk Sam da trduduk kt tepi balkoni ngan mata merah sbb nangis bnyk sgt. X lama pastu parrents Naim dtg. Ak x sanggup nk tunggu lg n ajak sam balik shah alam.

Smpai kt umah, aku tgk ramai gler org ngah cari salleh tp xjumpe. Abis satu umah dia geledah. Lastly,ad org tua kt situ mntk tlg ngan sorang ustaz. Ak tak ingt pe name ustaz tu tp lepas asar br kitorg jumpe salleh duduk kt atas busut blkg umah. Yg herannya, da 5,6 kali org cari tp xde plak jumpe dia kt situ. x kisah la janji jumpe balik salleh ni. Kitorg pnye la suke jumpe c salleh ni blk. Memasing amik keputusan pindah dr umah tu haritu jgk. Kebetulan plak kt sek7 [pintu blkang uitm] ad satu umah utk disewa, kitorg pindah situ la. Brg2 naim kitorg angkut skali. Terus terang ak ckp, mmg ak hangin gile tgk muke tuan umah sbb xgtau yg umah ni "keras".ptut la dia soh byr rm50 jek dl pastu xbg bwk brg bnyk2. Chisss......

Aku demam 3 hari.

Jenazah naim selamat dikebumikan kt Raub,Pahang.


Seminggu lepas tu,keadaan da ok sket cume salleh jek yg sakit2 bdn. Akhirnya mulut aku trgerak nk tny salleh pe yg brlaku sbnrnye sbb sblm naim meninggal tu dia ada ckp kt aku soh tnya salleh satu rahsia. Rupenya ms hari 1st day kitorg msuk umah tu, Naim ngn salleh da wt hal. Dia g cangkulnya busut kt blkg umah tu. C naim plak boleh kuis2 ngan kaki dia. Mgkin psl tu la kaki dia eksiden kot [dlm hati aku la]. Pastu salleh cter la,kn ada mlm yg kitorg satu uma kna kacau tu dia ngn naim pon kna gak. Tp antu tu siap kejar diorg lg smp kt jln. Diorg punya la cuak smp lari ke tengah jln. Ntah mn dtgnya keta tetiba da hentam diorg. naim trcmpak kt tgh jln, yg dia plak kt tepi. Dtg keta lain terus lenyek kaki naim. Pastu,salleh kata dia terus xsedar pape smpailah kitorg jmpe dia atas busut tu. Yg peliknya,cmne dia boleh duk kt atas busut sedangkan dia kata dia da lari kt tgh jln bsr? Nape naim sorg yg kna teruk sgt tp salleh x?

Akhirnya aku dpt jawapan sbnr. X lama lpas salleh cter ngn aku, dia jatuh sakit. Xtau la sakit pe tp 3 bln pastu dia meninggal. Famili dia sndiri bingung sbb doktor pon xtau sakit c salleh. Tp ak yakin, kes ni ada kaitan ngn busut yg diorg gi gali tu. Ak ngan geng2 ak yg lain smpat ziarah arwah salleh. Paling xbole tahan Bob sbb dia roomate ngan Naim. Mmg ak tau dia sedih sgt......Yg xbole ak lupe, kitorg semua nangis masa angkat jenazah salleh. Rs sedih sgt ms tu..

Aku, Azmi dagu, Sam banjar,Wak, Bob ngan Lan, semua skali slmt abiskan pgajian kt uitm ni. Buat naim ngn salleh, kitorg tetap akn ingat ko smp bebila...al-fatihah ..



Amacam cerita ni? Menyeramkan? Agak menyeramkan gak lah kan. Masa aku menyewa kat Seksyen 2 tiga tahun lepas, memang aku perasan ada sebijik banglo kat situ. Tengok banglo tu memang nampak horror gak lah. Sepanjang satu semester aku merantau kat sana, memang aku tak pernah nampak sorang pun keluar masuk rumah tu. Memang ada satu pokok besar kat rumah tu. Tapi aku tak perasan lak ada dahan dia masuk sampai dalam tingkap atas rumah tu. Tapi housemate aku lepas baca kisah ni, dia pergi tengok balik rumah ni. Memang betul ada dahan masuk sampai dalam bilik atas rumah ni. Fuhh!!

Untuk pengetahuan korang, masa kitorang duk Seksyen 2 dulu, kitorang pun pernah gak lah terasa macam ada "benda" kat rumah tu. Tapi "benda" tu takde lah kacau kitorang. Cuma ada satu hari tu, kitorang "diusik" oleh "benda" tu. Masa tu aku duk dalam bilik and roomate aku tengah syok tidur. Bilik aku kat belakang, lepas dapur. Seingat aku, sorang lagi housemate aku duk dalam bilik kat depan. Masa tu dua orang housemate aku baru je keluar dari rumah. Baru keluar dari pintu rumah lebih tepat lagi. Kipas kat ruang tamu memang dah tutup and langsung tak pusing. Kat luar rumah pulak masa tu tak ada angin langung. Tingkap pun tertutup. Tiba-tiba housemate aku kat pintu terdengar bunyi kertas yang ditiup angin. Bila dorang balik dorang tanya housemate aku kat bilik depan tu. Dia pun ada dengar bunyi kertas tu, tapi dia cakap dia ingatkan kipas or angin masuk dari tingkap tiup kertas tu. Pastu semua terdiam. Gulp! Telan air liur and semua buat dek je. Rasa takut ada gak, tapi "benda" tu tak kacau so takde lah nak taku sangat.

Korang pernah ada cerita hantu? Kalau ada, kongsi-kongsi kan lah ek =)

Sponsor Links

Learn Photoshop In Just 2 Hours
Master The Basics Of Adobe Photoshop In Under 2 Hours With Easy To Follow Instantly Accessible Online Video Tutorials!
Need to see to believe!
http://www.learnphotoshopnow.com

The CopyCat Cookbooks: Fast Food Recipes
Over 500 Recipes From All Of America's Most Popular Restaurants And Fast Food Chains
Great Sales Page - Great Value - Wide Open Niche!
http://www.fastfoodrecipes.net

Complete Guide To Making Money While You Sleep
330-page EBook (over 115,000 Words)
Absolutely Packed With Info And Ideas On All Aspects Of Making Money While You Sleep!
http://www.money-while-you-sleep.biz/complete-guide.html