Monday, December 6, 2010

Pre Konvokesyen


Salam semua. Setiap seorang yang bergelar mahasiswa semestinya akan ternanti-nanti detik paling bersejarah setelah berjaya bergelar seorang graduan. Detik yang dimaksudkan di sini adalah detik konvokesyen. Walaupun hari ini dah lepas dua hari aku berjaya menaiki pentas di Dewan Sri Budiman, UiTM Shah Alam, tapi entri kali ini khas aku coretkan untuk detik-detik bersama rakan seperjuangan sebelum tiba hari yang dinanti-nantikan.

Setelah empat tahun berjuang bersama rakan-rakan di Fakulti Kejuruteraan Elektrik, UiTM Shah Alam, akhirnya aku berjaya bergelar seorang graduan. Dan aku amat bersyukur ke hadrat Allah Taala kerana dimurahkan rezeki bagi aku untuk tidak menganggur. Walaupun aku menunggu selama lebih kurang sebulan setengah untuk mendapatkan pekerjaan, tetapi masa ini aku kirakan tidak bagi aku untuk dikategorikan menganggur kerana aku mengisi masa yang terluang ini untuk mengikuti kursus IC Design yang dikendalikan oleh SyMMiD Corp dan di'sponsor' oleh kerajaan. Rezeki aku murah setelah sebulan aku mengikuti kursus ini aku mendapar tawaran untuk bekerja di kilang Freescale Semiconductor. Okay, aku tak nak bercerita panjang lebar kisah tu kat sini. Kalau nak tahu lebih lanjut sila la baca entri ini ye. Tak panjag pun, pendek je.

Jumaat, 3 Dec 2010

Hari ini merupakan salah satu hari yang dinanti-nantikan. Tetapi hari yang paling dinanti-nantikan adalah hari esok, Sabtu 4 Dec 2010. Hari ini merupakan hari pengambilan jubah untuk konvokesyen. Di UiTM, hanya hari Jumaat sahaja merupakan hari pengambilan jubah kerana pada hari ini, pihak UiTM tidak melangsungkan sidang konvokesyen. Biasa lah, hari Jumaat merupakan hari yang "pendek". Maksud aku, hari Jumaat ada solat Jumaat dan para Muslimin diwajibkan untuk mendirikan solat Jumaat.

Untuk hari ini, aku dah apply cuti dari manager aku lebih kurang sebulan yang lepas dan aku juga telah mencari engineer lain untuk cover aku saat percutian aku pada hari ini. Tetapi walaupun dah ada engineer backup aku, tanggungjawab aku tetap tidak lari. Bukan semua kerja aku yang boleh backup aku cover. Hari ini hari yang paling banyak aku terima panggilan dari Product Tech aku. Hampir lima aku telefon aku berdering. Masalahnya berpunca dari salah satu targeting unit yang dibekalkan kepada production telah patah kaki. Aku tak nak blame mana-mana pihak yang patahkan kaki unit tu, tapi salah aku jugak sebab bekalkan bilangan unit yang paling minimum. Dan disebabkan perkara ini lah aku diganggu. Gambar kat bawah ni salah satu saat di mana aku diganggu ketika sedang bersama rakan untuk mengambil gambar pre konvokesyen ni. Susah tau tak jadi engineer ni. Huhuhu.

Tetap diganggu production walaupun cuti
Hari ni, macam-macam hal berlaku. Pening aku dibuatnya. Bila dah sampai UiTM, dah beratur nak ambil cop untuk borang jubah tiba-tiba baru aku sedar yang aku terlupa bawak resit pembayaran untuk konvokesyen. Apa lagi, kelam-kabut lah aku dibuatnya. Nasib baik PTAR (Perpustakaan Tun Abdul Razak) kat menara SAAS ni bukak. Boleh jugak aku masuk Pusat IT untuk print borang pengesah pembayaran dari laman web UiTM. Dan memang nasib baik sebab kad matrik aku masih boleh pakai lagi. Tetapi malang sekali borang tu tak boleh nak akses! Penat aku berlari. Nak balik rumah dah lambat. Aku pun gamble jelah pergi ambil cop. Sampai sana diorang just mintak page depan borang ambil jubah dan kad pengesahan survey KPT je. Penat aku berlari ke hulu ke hilir nak print borang tu. Huhuhu

Dah setel semua, aku pergi beratur nak ambil jubah pulak. Nasib baik orang dah tak ramai. So, kejap jelah aku beratur. Sampai kaunter, entah pak cik mana tak puas hati ngan aku cakap jubah saiz S dah habis. Bapak tipu gile pakc cik ni. Aku tengok beribu lagi jubah kat belakang tu. Brader yang jaga kaunter tu pun iya kan je apa yang pak cik tu cakap. Memang aku tak puas hati. Dah la time tu product tech aku sibuk nak call. Tension je aku. Aku malas nak cakap banyak so aku ambik je. Turun bawah jumpa awek aku. Dia tunggu aku ngan kawan-kawan yang lain. Semua tengah try jubah masing-masing. Jubah awek aku tak ada butang untuk butangkan hood. Dia nak naik tukar jubah dan aku pun ikut sekali. Hah ada pulak jubah saiz yang aku nak ni. Tipu punya pak cik!

Okay aku malas nak pikir pasal pak cik ni. Buang masa aku je. 2 group ajak ambik gambar di 2 lokasi berlainan. 1 group di dataran air pancut depan menara SAAS and lagi 1 group dekat Restoran Pak Su, dekat rumah lama aku. Memikirkan masa yang terhad, aku pilih untuk join group dekat menara ni je. Lagipun awek aku lebih selesa dengan group ni. Tambahan lagi group ni semua budak-budak Elektronik. Satu kelas je semua dan ramai kawan-kawan perempuan. Group lagi 1 just ada sorang je perempuan, so awek aku kurang selesa. Sesi bergambar pun bermula di sini.








Yang ni tak termasuk dalam geng kitorang.
Ni senior aku masa sekolah dulu.

Hasmadi a.k.a Madi bergaya dengan hood aku







Selesai bergambar dekat menara ni, diorang semua ajak pergi tasik Shah Alam dekat Seksyen 14. Nak bergambar kat sana pulak. Awek aku pun setuju nak join diorang so kitorang semua beredar. Tengah jalan nak pergi kat parking kereta, terserempak pulak dengan dengan bekas housemate awek aku dengan bf dia. Tersangkut kejap kat sini. Dorang nak ambik gambar la apa lagi.





Perjalanan diteruskan. Ingat nak pergi klinik jap coz awek aku nak ambik MC. Maklum lah cuti tak ada terpaksa la kan. Huhuhu. Sekali lagi, masa amat mencemburui kitorang, so kitorang ambil keputusan untuk terus ke tasik jumpa diorang semua. Ingatkan kitorang dah lewat, tapi paling awal lah pulak. Terpaksa tunggu diorang sampai. Kalau pergi klinik dulu pun sempat tadi. Lepas lebih kurang 10 minit, semua sampai. Tapi tak ramai macam dalam perancangan la. Hanya ada 8 orang je. Orang ke-9 datang time semua dah nak balik. Nak solat Jumaat pulak okay.





















Sekian sahaja coretan untuk kali ini. Nanti aku creat entri pada hari konvokesyen pulak okay :)

Sponsor Links

Learn Photoshop In Just 2 Hours
Master The Basics Of Adobe Photoshop In Under 2 Hours With Easy To Follow Instantly Accessible Online Video Tutorials!
Need to see to believe!
http://www.learnphotoshopnow.com

The CopyCat Cookbooks: Fast Food Recipes
Over 500 Recipes From All Of America's Most Popular Restaurants And Fast Food Chains
Great Sales Page - Great Value - Wide Open Niche!
http://www.fastfoodrecipes.net

Complete Guide To Making Money While You Sleep
330-page EBook (over 115,000 Words)
Absolutely Packed With Info And Ideas On All Aspects Of Making Money While You Sleep!
http://www.money-while-you-sleep.biz/complete-guide.html