Wednesday, December 1, 2010

Nasi lemak Rimba Jaya 2

Nasi lemak Rimba Jaya 2
Salam. Apa yang korang nampak kat atas tu? Ha tipu lah kalau cakap tak tahu kan. Rakyat Malaysia sememangnya familiar sangat dengan nasi lemak terutamanya kaum Melayu. Mana-mana pergi di serata pelusuk tanah air, tak kira di utara, selatan, timur dan barat semua akan ada nasi lemak. Bermacam-macam jenis lauk boleh didapati untuk menu tradisional ini seperti ayam goreng, paru, sotong, hati dan pedal. Berbeza pula di negeri Terengganu, nasi lemak di sana hanya menyediakan dua jenis lauk sahaja iaitu ikan tongkol (dikenali sebagai ikan aya di Terengganu) atau pun sambal bilis. Walaupun tidak banyak pilihan tetapi sekali rasa pasti hendak lagi =).

Nasi lemak ikan tongkol. Gambar dicuri di blog Lady Arween
Haish jauh pulak melencong sampai ke Terengganu. Rindu kampung halaman lah pulak. Huhu. Okay, sekarang ni aku tak bercerita panjang lebar pasal nasi lemak di Terengganu. Malam ni aku nak membebel pasal nasi lemak yang dijual di sebelah tapak surau Pangsapuri Rimba Jaya 2. Gambar nasi lemak tu aku dah letak paling atas sekali kat atas tu. Korang scroll lah balik ke atas kalau nak tengok balik. Menarik bukan? Menarik itu hanyalah pada gambar. Aku rasa kalau aku upload gambar ni kat Hot FM pasal makanan tradisional mungkin boleh menang kot. Hahaha.

Gelak, gelak jugak tapi jangan lupa pasal aku nak membebel ni. First of all aku nak komen pasal tuan punya gerai. Penyediaan bagi aku agak kurang memuaskan. Nasi masuk dalam mangkuk tu biasa lah nak buat sukatan kan. Bila dah masuk bab lauk pauk ni (aku beli nasi lemak biasa je) lah yang aku nak komen. Firstly, sudu ada letak dalam bekas bilis/kacang goreng tapi tidak digunakan. Apakah fungsi sudu yang diletakkan dalam bekas tu? Adakah sekadar hiasan? Timun pun diambil menggunakan tangan. Sudu tak ada, pengepit pun tak ada. Failed! Lauk terakhir, telur. Amatlah kedekut pak cik ni. Tak pernah-pernah aku beli nasi lemak biasa dengan harga yang sama, RM 1 sebungkus, orang bagi telur dadar (kosong tanpa sebarang erti bawang dan perencah Knor pasti sedap) yang dipotong halus kecik-kecik. Korang tengok balik gambar tadi. Ada potongan telur yang sangat kecik di sebelah hirisan timun. Sekurang-kurangnya bagi lah 1/4 telur rebus.

Dibungkus dengan daun pisang
Next. Tengok packaging, pergh! Terbaik lah. Bungkus pakai daun pisang. Nak nampak tradisional. Okay fine boleh terima. Tapi bagi aku tak ada beza pun bungkus pakai daun pisang atau kertas di alas dengan plastik. Mungkin pak cik ni aware tentang penggunaan plastik terhadap Bumi (think positive ni...hahaha). Packaging dah cantik. Jom kita cerita pasal rasa dia pulak. Hah yang ni paling aku tak boleh blah! Suapan pertama telah mengecewakan aku. Sangat mengecewakan. Rasanya seperti makan nasi putih berlaukan sambal nasi lemak. Sambal dia pun out! Serba tak kena lah dengan gerai ni. Yang peliknya, housemate aku cakap kelmarin dia beli okay. Memang sedap lah katanya. Tapi hari ni memang out. Mungkin kelmarin hari pertama pak cik tu mulakan perniagaan dia. Nak tarik pelanggan kot, sebab tu lah hari pertama penjualan rasanya okay. Tapi agak-agak lah pak cik. Berniaga pun tak sampai seminggu dah nak tipu pelanggan ke? Apa-apa jelah pak cik. Semua orang perlu cari rezeki.

Mamee SLLRRRP Kari Berapi
Disebabkan tidak berpuas hati dengan menu nasi lemak tadi, maka Mamee SLLRRRP ini menjadi habuan. Walaupun nasi lemak tadi telah habis, tapi kepuasan makan malam tidak tercapai. Dan untuk mencapai kepuasan maksima, terpaksalah aku masak megi hanya untuk memenuhi nafsu makan. Haish aku ni, makan je banyak tapi badan tak jugak besar-besar. Haish!

Banyak pulak aku membebel malam-malam ni. Sudah lah, malas dah aku nak membebel pasal pak cik ni. Aku cuma nak tinggalkan pesan je sikit kat sini. Kepada para peniaga kat luar sana, terutama perniagaan makanan, tolonglah pentingkan kebersihan dan kualiti makanan. Bila kebersihan terjaga, pelanggan tidak teragak-agak untuk singgah di kedai anda. Dan apabila kualiti makanan terjaga, Insya'Allah esok pelanggan yang sama akan bertandang kembali ke kedai anda.

Sekian.

Sponsor Links

Learn Photoshop In Just 2 Hours
Master The Basics Of Adobe Photoshop In Under 2 Hours With Easy To Follow Instantly Accessible Online Video Tutorials!
Need to see to believe!
http://www.learnphotoshopnow.com

The CopyCat Cookbooks: Fast Food Recipes
Over 500 Recipes From All Of America's Most Popular Restaurants And Fast Food Chains
Great Sales Page - Great Value - Wide Open Niche!
http://www.fastfoodrecipes.net

Complete Guide To Making Money While You Sleep
330-page EBook (over 115,000 Words)
Absolutely Packed With Info And Ideas On All Aspects Of Making Money While You Sleep!
http://www.money-while-you-sleep.biz/complete-guide.html