Friday, December 3, 2010

"Conan" sebuah company?

Salam semua. Hari ni aku nak bercerita pasal sijil. Sijil apa? Dengar dulu bagi aku habis membebel dulu. Kisah bermula bila aku isi borang survey KPT untuk konvokesyen aku Sabtu nanti. Sebenarnya aku isi borang ni kira last minute jugak la. Maklum la busy sekarang. Hahahahaha. Sebut pasal busy ni kan, memang sekarang aku sangat busy bila hari bekerja. Masuk office awal tapi balik lambat. Minggu ni paling awal aku balik pun dah pukul 7 lebih. Haish betul-betul busy aku ni sampai operator and technician yang shift malam masuk dah suruh aku balik cepat-cepat. Kalau ikut hati memang aku nak balik je tapi bila fikir pasal tenggungjawab kena lah berkorban sikit. Mencari rezeki yang halal katakan. Okay hari ini aku tak nak bercerita panjang lebar berjela-jela pasal "busy" ni. Kang tak pasal-pasal out topik pulak. Lain kali lah aku cerita pasal kehidupan seorang engineer.


Back to the topic. Kenapa aku nak cakap sangat pasal sijil ni? Seperti yang aku cakap kat atas atas tadi, aku perlu isi borang survey KPT. Mak aih memang banyak tak ingat lah benda yang dorang nak tanya ni. Sampai 3 4 kali jugak lah aku kena tekan button "Simpan dan teruskan". Penat betul isi borang ni tapi aku tetap teruskan jugak untuk memenuhi permintaan KPT ni lah. Dan bila sampai satu part, aku terpaksa bukak balik folder sijil aku. Kenapa? Sebab aku lupa alamat tempat praktikal aku. Tak daya aku nak hafal alamat dorang.

Aku dulu praktikal kat Canon. Aku dapat masuk praktikal kat sini pun sebab pakai cable. Actually memang last minute jugak lah aku apply untuk praktikal kat Canon. Banyak company lain yang aku dah hantar awal-awal lagi resume aku tapi bukan Canon. Bila dah dekat sebulan sebelum aku sepatutnya mulakan latihan industri aku, baru lah aku apply untuk menjalani latihan praktikal dekat Canon. Dan cable yang aku gunakan adalah pak cik aku. Thanks uncle! I lap you so much la! (Bodek ni...hahaha). Aku apply kat Canon sebab pak aku cakap praktikal kat sana dapat elaun RM 500 sebulan. Memang nak sangat lah aku kalau dapat elaun ni. Dan aku dapat offer diterima untuk buat praktikal kat sana pun last minute. Serba kelam kabut jugak lah aku dibuatnya. Hmm aku ni macam dah nak out topic pulak ni. Okay okay aku patah balik. Lain kali aku cerita pasal praktikal kat Canon ni.

Berbalik pasal sijil. Sebenarnya aku bukan nak cari sijil. Aku nak cari business card engineer Canon tu bagi kat aku masa aku praktikal. Sebabnya pun sama lah aku nak tengok alamat. Aku pun tak terlintas di kotak pemikiran aku yang sangat geliga ni (mode: perasan). Hahaha. Apa yang ada dalam otak aku business card and report latihan praktikal je. Business card aku dah lupa mana aku letak so terpaksa kena cari report. Tapi report tu aku dah bungkus elok-elok masuk dalam kotak and simpan kat rumah makcij aku. Clueless. Soft copy tak ada sebab aku dah bawak balik PC kesayangan aku ke kampung. Tetiba je aku teringat pasal sijil yang fakulti aku sediakan untuk pelajar yang sudah complete industrial training diorang. Dan lantas aku bukak balik folder sijil aku. Tak banyak pun sijil aku so folder tak ada lah tebal sangat. Dan satu kejutan budaya telah berlaku di mana tidak pernah aku sedari selama ini yang sijil kedua yang diberi pihak fakulti yang dikatakan yang telah dibetulkan sebenarnya "DISALAHKAN" bukan "DIBETULKAN". Dan hasil dari pembetulan yang dibuat oleh pihak fakulti adalah seperti berikut.

Perhatikan betul-betul apa yang ditaip di situ
Hah! Apa yang korang nampak? Tak perasan? Tengok lah lagi sekali. Tengok betul-betul. Tenung rapat-rapat gambar tu. Dah nampak? Kalau korang tak nampak jawabnya anak luar nikah lah korang kata nujum Pak Belalang. Kui kui kui. Okay lah, kalau korang tak nampak jugak nak buat macam mana. Biar aku perjelaskan lah lagi senang. Kalau korang perhatikan betul-betul alamat dia tu, perkataan "CANON" sepatutnya telah bertukar menjadi "CONAN". Ini lah kenapa aku nak bercerita pasal sijil hari ini. Aku pun tak tahu lah apa yang difikirkan oleh kerani yang taip sijil ni sampai boleh tertukar "CANON" dengan "CONAN". Barangkali dia tengah asyik bercerita pasal "CONAN" dengan rakan setugas dia kot. Kot jelah kan aku tak cakap betul-betul pun. Hahaha.

Yang aku peliknya lah kan, sijil ni sebenarnya sijil yang kedua yang dikeluarkan oleh pihak fakulti. Alasan yang diberikan oleh mereka adalah sijil yang pertama dikeluarkan salah alamat. Aku sangat pasti ini sijil yang kedua sebab aku tak suka tengok sijil ni bila aku dapat. Aku tak suka sebab alamat yang ditulis menggunakan font Comic Sans MS. Aku bukan anti dengan font ni, tapi bagi aku font ni tak formal dan tak sesuai jika diletakkan di mana-mana sijil. Sijil merupakan satu dokumen yang formal, jadi perlu ditaip dan disediakan dalam format yang formal. Aku hanya sedari hal ini tadi bila aku belek-belek folder sijil aku, sijil ni yang terpampang untuk sijil praktikal. Dan aku amat terkejut sambil gelak terbahak-bahak memikirkan kesilapan yang tak boleh diterima akal dengan alasan untuk pembetulan tetapi sebenarnya "perosakan". Hahahaha.

Kepada staff FKE UiTM Shah Alam terbabit, jika anda membaca entri ini sila lah gelak besar bersama orang sekeliling anda OKAY! Hahaha! Aku minta maaf kalau ada yang terasa terutamanya kepada orang yang bertanggungjawab menyediakan sijil ini. Niat aku sebenarnya hanya satu iaitu untuk memberi kesedaran kepada semua pembaca dan tak lupa juga kepada diri aku sendiri supaya sentiasa membuat semakan kedua sebelum melepaskan sesuatu seperti contoh di atas. Moral of the story, jangan leka ketika membuat sesuatu perkara dan sentiasa berwaspada dengan keputusan/perbuatan anda.

Sponsor Links

Learn Photoshop In Just 2 Hours
Master The Basics Of Adobe Photoshop In Under 2 Hours With Easy To Follow Instantly Accessible Online Video Tutorials!
Need to see to believe!
http://www.learnphotoshopnow.com

The CopyCat Cookbooks: Fast Food Recipes
Over 500 Recipes From All Of America's Most Popular Restaurants And Fast Food Chains
Great Sales Page - Great Value - Wide Open Niche!
http://www.fastfoodrecipes.net

Complete Guide To Making Money While You Sleep
330-page EBook (over 115,000 Words)
Absolutely Packed With Info And Ideas On All Aspects Of Making Money While You Sleep!
http://www.money-while-you-sleep.biz/complete-guide.html