Wednesday, November 17, 2010

Salam Aidil Adha


Salam semua. Bercerita tentang raya, setiap agama mempunyai perayaan tersendiri untuk disambut oleh penganutnya. Baru-baru ini kaum India khususnya yang beragama Hindu telah menyambut perayaan Deepavali. Tidak terkecuali umat Islam juga mempunyai perayaan tersendiri. Dua bulan lepas, seluruh umat Islam di serata dunia telah menyambut kedatangan Aidil Fitri. Dan pada hari ini, 17 Nov 2010 bersamaan 10 Zulhijjah 1431 H, umat Islam khususnya di Malaysia menyambut pula kedatangan Aidil Adha. Tetapi, di negara luar seperti Mekah dan England, umat Islam di sana telah menyambut Aidil Adha pada 16 Nov 2010, bersamaan 10 Zulhijjah 1431 H, iaitu semalam. Dan dikesempatan ini, saya ingin mengucapkan selamat menyambut hari raya Aidil Adha kepada semua umat Islam.

Berkenaan dengan perbezaan tarikh, saya tidak mendapat info yang khusus. Tetapi, seperti apa yang saya dimaklumkan, perbezaan tarikh menyambut perayaan umat Islam di Malaysia selalunya akan lewat satu hari berbanding di Mekah. Mungkin disebabkan oleh kemunculan anak bulan untuk menentukan tarikh 1 Syaawal dan 1 Zulhijjah setiap tahun.


Seperti yang semua maklum, Aidil Adha sering kali dikaitkan dengan haji dan ibadah korban. Setiap tahun, berjuta-juta umat Islam di serata pelusuk dunia akan memenuhi kota Mekah untuk menunaikan idabat haji. Bagi yang tidak berkemampuan atau tidak berkesempatan, mereka akan menyambut kedatangan Aidil Adha di kampung halaman masing-masing. Golongan yang berkemampuan akan membuat ibadah korban dengan menyembelih lembu atau kerbau dan tidak terkecuali juga kambing. Tujuan ibadah korban ini dilakukan adalah untuk mengingati golongan fakir miskin dengan mengagihkan daging-daging korban kepada mereka.

Dalam pada masa yang sama juga, ada juga sesetengah umat Islam yang mengadakan aqiqah bagi mereka yang belum berkesempatan mengadakan aqiqah ketika bayi sebaik-baiknya ketika bayi berumur 7 hari. Salah satu tujuan aqiqah ini adalah sebagai tanda syukur terhadap Allah S.W.T. atas pengurniaan anak. Daging penyembelihan aqiqah adalah disunatkan untuk dimasak dan dijamu atau disedekahkan masakan tersebut kepada orang lain. Berbeza dengan ibadah korban, daging korban hendaklah disedekahkan keseluruhannya.

Sekian saja coretan saya buat kali ini. Untuk maklumat yang lebih jelas berkaitan ibadah haji, korban dan aqiqah, sila lah bertanya dengan orang yang lebih arif. Sekian.

Sponsor Links

Learn Photoshop In Just 2 Hours
Master The Basics Of Adobe Photoshop In Under 2 Hours With Easy To Follow Instantly Accessible Online Video Tutorials!
Need to see to believe!
http://www.learnphotoshopnow.com

The CopyCat Cookbooks: Fast Food Recipes
Over 500 Recipes From All Of America's Most Popular Restaurants And Fast Food Chains
Great Sales Page - Great Value - Wide Open Niche!
http://www.fastfoodrecipes.net

Complete Guide To Making Money While You Sleep
330-page EBook (over 115,000 Words)
Absolutely Packed With Info And Ideas On All Aspects Of Making Money While You Sleep!
http://www.money-while-you-sleep.biz/complete-guide.html