Sunday, November 14, 2010

Megamind 3D


Gambar hiasan


Salam semua. Hai sebut pasal wayang kan, memang dah lama betol lah aku tinggalkan dunia wayang ni. Sejak aku mula bekerja sampai sekarang dah lebih empat bulan dah aku tak tengok wayang. Haish bosan betul kan hidup aku sekarang ni. Nak kata dekat kawasan rumah aku tak ada panggung wayang tak jugak. Rumah aku ni tak sampai 5 minit pun nak ke Jaya Jusco Bukit Raja kat Klang ni. Orang cakap bila-bila masa boleh pergi lah. Tapi nak buat macam mana kan, nak tengok wayang tak kan nak tengok sorang-sorang pulak kan. Buang tabiat pulak orang cakap nanti. Bukan tak ada kawan tapi semua orang asyik pergi tengok wayang dengan awek-awek diorang je. Tak nak lah aku ganggu orang dating kan. Huhu



Setelah sekian lama menunggu untuk tengok wayang akhirnya semalam sempat jugak aku tengok wayang. Tapi kali ni memang berbeza sikit lah sebab kali ni aku tengok wayang 3D. Pergh first time ni tengok wayang 3D walaupun dah lama aku teringin nak tengok 3D ni. Hehe. Poster kat atas tu dah cukup untuk beritahu korang cerita apa yang aku tengok kan. Megamind 3D. Ye memang cerita ni cerita kartun. Tapi bagi aku tak kisah lah kartun pun kartun lah asalkan cerita 3D. Semalam yang ada kat cerita 3D yang ada kat wayang cerita ni je. So, apa lagi layan gak la. Tapi serius aku cakap memang tak rugi tengok cerita ni. Jalan cerita pun menarik. Tambah lagi tengok 3D lagi lah menarik habaq hang. Hehe.

Dari kiri: Megamind, Metro Man

Okay secara ringkas cerita ni mengisahkan dua orang (eh ke dua ekor? Ah lantak la) makhluk asing a.k.a alien jatuh ke Bumi ketika dorang masih lagi bayi. Sorang nama Megamind dan sorang lagi nama Metro Man. Kisahnya bermula sejak kedua-duanya masih kecil dan belajar di sekolah yang sama. Ketika di sekolah Metro Man amat popular di kalangan rakan-rakan dengan kepantasannya yang luar biasa dan keupayaannya untuk terbang serta boleh dikatakan baik lah. Baik ke? Korang nilai lah sendiri okay! Manakala si Megamind ni pulak seorang yang boleh dikategorikan sebagai 'spoiler' lah. Bukan spoiler kereta ye. Jangan salah paham pulak okay. 'Spoiler' yang dimaksudkan kat sini adalah seorang yang melakukan sesuatu tetapi selalu tak menjadi. So, disebabkan ini, Metro Man sering mendapat pujian dari guru sekolah.


Megamind sering dikaitkan dengan kejahatan manakala Metro Man sering dikaitkan dengan kebaikan sehingga satu hari masyarakat Metro City mendirikan sebuah muzium Metro Man. Dan pada hari pelancaran muzium tersebut, Megamind juga terlepas dari penjara dengan kebijaksanaannya mencipta satu jam yang membolehkannya mengubah wajahnya. Pada hari itu juga, Megamind telah mencabar Metro Man dengan menculik seorang wartawan yang bernama Roxanne. Dan pada hari tersebut juga, berakhirlah kegemilangan seorang hero yang bernama Metro Man setelah berjaya di tewaskan oleh Megamind. Megamind akhirnya berjaya menakluki kota Metro City.

Roxanne


Apa akan terjadi apabila penjahat di dunia ini tidak lagi mempunyai lawan untuk menandinginya? Pastinya kehidupan seorang penjahat kesepian kerana tiada orang yang menghalang perbuatan jahatnya. Itulah yang terjadi kepada Megamind setelah hero Metro Man tidak lagi wujud. Akhirnya Megamind dengan bantuan sahabat karibnya, Minion, bersepakat untuk menghasilkan seorang hero untuk menentangnya. Hero yang bakal diciptakan adalah berdasarkan DNA Metro Man.

Minion
Akhirnya, dengan bantuan Minion, Megamind akhirnya berjaya menghasilkan seorang superhero yang dinamakan Titan. Tetapi, setelah banyak masa dihabiskan untuk melatih Titan, akhirnya Titan berubah menjadi seorang penjahat besar yang sangat agresif dan ingin menghancurkan dunia. Megamind pun mengalami dilema, apakah dia perlu bertindak baik dan menjadi hero untuk menyelamatkan dunia? Atau kah tetap menjadi penjahat?

Titan

Saksikan trailer Megamind di bawah. Kalau korang nak trailer 3D korang cari lah sendiri ye :p

Sponsor Links

Learn Photoshop In Just 2 Hours
Master The Basics Of Adobe Photoshop In Under 2 Hours With Easy To Follow Instantly Accessible Online Video Tutorials!
Need to see to believe!
http://www.learnphotoshopnow.com

The CopyCat Cookbooks: Fast Food Recipes
Over 500 Recipes From All Of America's Most Popular Restaurants And Fast Food Chains
Great Sales Page - Great Value - Wide Open Niche!
http://www.fastfoodrecipes.net

Complete Guide To Making Money While You Sleep
330-page EBook (over 115,000 Words)
Absolutely Packed With Info And Ideas On All Aspects Of Making Money While You Sleep!
http://www.money-while-you-sleep.biz/complete-guide.html