Tuesday, November 30, 2010

Cerita hujung minggu

Salam semua. Entri kali ini aku nak bercerita sedikit pasal kempunan nak tengok wayang. Actually semalam housemate aku ajak tengok wayang ramai-ramai kat TGV Jusco Bukit Raja, Klang.

[Note: Entri kali ini sedikit panjang]

Ahad, 28hb Nov 2010

Al-kisah nya bermula masa kitorang gi breakfast kat Khalifah, Seksyen 7. Tengah duk makan sambil borak-borak tetiba keluar lah cerita pasal Ngangkung. Mula asal nya dorang ni cakap macam main-main je nak tengok so aku pun tak kisah sangat lah. Lepas makan Lan terus balik rumah. Siap-siap nak tunggu awek dia ajak gi kenduri kawan dia kat celah mana ntah aku lupa dah. Klang kot. Tak kisah lah, tak penting pun. Kamal lak pergi masuk UiTM. Lepak kat Kolej Teratai, main internet sambil download movie. Ntah apa movie dia download aku tak ingat dah. Nanti lah aku cek balik ngan dia.

Gambar hiasan

Aku, Amynul and Afu pulak jalan-jalan sekitar Seksyen 7. Banyak pulak orang menjaja bunga-bungaan kat tepi jalan. Al-maklum lah sekarang ni musim konvokesyen UiTM. Ramai lah orang singgah beli bunga nak bagi hadiah pada graduan-graduan UiTM yang berjaya menamatkan pelajaran mereka. Hujung minggu ni giliran kitorang budak-budak engineering konvo. So kitorang pun turut serta lah usha-usha bunga nak bagi kat awek masing-masing. Memang ada yang berkenan di hati nak beli tapi tunggu lah minggu depan. Kalau beli sekarang kang layu pulak bunga tu nanti. Kitorang ronda-ronda untuk survey harga je dulu kali ni. Elok je kitorang nak balik, gerimis pun datang mengundang. Ini bermakna kitorang kena balik cepat-cepat kalau tak nak basah kuyup! Maklum lah kitorang ni tak ada kereta lagi so merempit jelah. Sampai rumah badan letih. Rehat kejap. Baring-baring atas tilam terus lesap. Sedar-sedar dah dekat pukul 4 petang.

Alamak! Terlupa pulak. Aku nak jumpa kawan aku ni. Ada hal penting yang nak diuruskan. Cepat-cepat aku mesej kawan aku. Dah janji nak jumpa pukul 6.30 petang kat Pak Li Kopitiam. Tetiba Lan datang cakap nak tengok wayang. Ceh serius rupanya diorang ni. Takpe lah layan jelah.


Dorang cakap nak tengok pukul 9 malam cerita Ngangkung. Tak clash ngan jadual aku so aku ON jelah nak ikut dorang tengok cerita tu. Tengok iklan macam best cerita ni. Tambah pulak ada pelakon favorite aku, Shaheizy Sam, berlakon. Boleh lah layan cerita ni walaupun aku kurang sikit kalau nak tengok cerita melayu kat wayang ni. Maklum lah, kalau tengok cerita melayu kat wayang ni selalu nya akan mengecewakan. Inilah hakikat dunia perfileman di Malaysia. Bukan tak nak sokong filem-filem tempatan, tapi hakikatnya filem tempatan sendiri tak mampu untuk memikat hati para peminat filem tanah air.

Jam dah hampir 6.30 petang. Kawan aku dah mesej cakap dia dah nak dekat sampai. Aku cepat-cepat siap nak jumpa dia. Urusan yang sememang nya sangat lama aku nanti-nantikan selama ini. Dan akhirnya, hari ini bakal menjadi kenyataan. Sampai kat Pak Li, aku tunggu jap sementara dia sampai. Lebih kurang 5 minit, dia pun sampai. Kelihatan dia membawa "benda" yang diidam-idamkan oleh aku selama ini. Nak tau apa "benda" tu? Okay tunggu kejap. Biar aku habis membebel dulu okay. Dia ajak lepak minum dulu jap kat Pak Li. Aku order air mangga, dia order chocolate blended. Lepak-lepak sambil tengok majalah yang dia bawak. Hati aku amat bergelora tika ini. Perasaan tidak sabar untuk memiliki "benda" ini semakin membuak-buak. Dan seperti yang dijanjikan, "benda" ini telah dilepaskan sepenuhnya kepada aku. Dan "benda" ini sebenarnya adalah... Jeng... Jeng... Jeng

Canon EOS 40D
Tada!! Hah ini lah dia "benda" yang diidam-idamkan oleh aku selama ini. Akhirnya dapat jugak aku milikinya. Hehehe. Pakej yang ditawarkan oleh kawan aku ni termasuklah body, kit lens 18 - 55 mm, strap kulit, 1 bateri, charger, USB cable, TV cable, CD driver and DIGIeye tripod 1335 mm. Dengan kata lainnya full set lah. Cuma flash-light je takde. Harga? Tak nak lah aku nyatakan kat sini. Cukup lah aku cakap 4 angka je. Hehe. Dan aku amatlah tidak sabar untuk memulakan aksi "tembak-menembak" untuk yang pertama kalinya. Selesai urusan jual-beli, masing-masing pulang ke rumah memandangkan hari sudah semakin lewat.

7.50 p.m. Aku sampai rumah. Afu orang pertama yang nampak aku bawa DSLR ini. Apa lagi, terus serbu lah dia nak tengok. Haha. Hari dah makin lewat. Aku pass set DSLR aku kat Afu. Solat Maghrib and then sambung balik tengok DSLR baru aku ni. Amynul and Lan dah pergi JJ Bukit Raja. Dorang nak jalan-jalan cuci mata dulu kat sana. Afu dah suruh dorang awal-awal belikan tiket tapi dorang tak nak. Nak beratur beli sekali kata dorang. Selesai solat Isya', aku, Afu and Kamal pun gerak pergi JJ Bukit Raja yang jaraknya tak sampai 5 minit naik motor. Dengan kata lainnya kitorang bertiga gamble lah pergi ni. Kalau ada tiket dapat lah kitorang tengok cerita tu. Dan dengan keterujaan aku yang teramat sangat ni, aku pun bawak sekali DSLR aku ni. Sampai sana dalam 8.40 malam. Jumpa Amynul and Lan kat kaunter. Pergh! Tak nak ramai pulak yang beratur malam ni. Perasaan bimbang dah mula meresap dalam jiwa. Kitorang tetap beratur mengharapkan tiket masih lagi ada. Dan pada masa yang sama, Amynul and Lan masih lagi terkejut dengan gajet yang aku bawak ni. Masih lagi tidak percaya! Hahaha.

Amynul and Lan
Sempat lagi snap masa tengah beratur nak beli tiket. Punya lah lama aku tak jejak kaki kat JJ Bukit Raja ni sampai tak tahu ada renovation sikit dekat panggung wayang ni. Kaunter dah berubah, tak ada LCD screen yang memaparkan jadual tayangan disebabkan oleh renovation ini lah. So kitorang memang tak tahu berapa lagi kekosongan untuk cerita yang Ngangkung jam 9 malam. Semakin dekat dengan kaunter, tetiba Kamal bersuara. Tiket 9 malam dah habis! Hah inilah padahnya bila datang panggung wayang weekend setengah jam sebelum tayangan. Memang dah agak. Perasaan kecewa mulai terasa. Tapi terubat disebabkan aku bawak DSLR ni. Nasib baik, kalau tak memang balik terus lah. Huhu

Disebabkan kekecewaan itu, maka kitorang berlima berjalan sekitar JJ ni. Pusing sana, pusing sini. Masuk kedai itu, masuk kedai ini. Sambil-sambil berjalan ke sana ke mari, tangan aku dengan gatalnya "menembak" ke sana sini. Hehe. Dan hasil "pemburuan" pada malam itu di JJ Bukit Raja ni boleh lah kalau nak tengok. Hasil dari tangan seorang beginner. Gambar ni aku upload yang web size je sebab broadband yang aku pakai ni sangat lah lembab malam ni.

Maxis Broadband
Antara hasil "buruan" di sekitar JJ Bukit Raja:

Pasangan Amynul and Lan

Dari kiri: Kamal, Afu, Amynul, Lan

Amynul

Memikirkan back-up plan setelah tiket Ngangkung sold-out

Request dari Afu suruh snap gambar kuda ni

Apa ntah yang difikirkan oleh Afu ni

Pasu bermata-air. Pandai je aku bagi nama. Hahaha

Puncak poko Krismas. Menarik pulak gambar ni :)

Phone strap

Sexy Girl

Amynul bajet macho!

Ntah aku pun tak tau pe benda ni

Mata masuk habuk!

Tank Korea Utara nak tembak Korea Selatan!

The late MJ

Khusyuk dengan item di S&J

Control macho siot!

Lan tengah tilik CD Rock Kapak

Konon baca majalah

Mencari sushi!

Muka frust sebab sushi sangat mahal di sini okay!

Kamal dengan aksi "peace!"

Jam Casio tak silap aku

Lan nak sangat amek gambar jam merah tu!

Setelah penat berjalan, Kamal pulak ajak makan. Kamal ni aku tak tahu lah perut dia ni ada apa. Baru je belasah nasi kandar Hakim pukul 7 petang tadi dah lapar balik. Ada jin ke apa lah dalam perut dia ni. Katanya dia pernah kena gastrik and sejak dari hari tu dia cepat lapar. Dia ajak makan McDonald tapi semua orang tak nak. Amynul and Lan still lagi nak berjalan-jalan kat JJ tu. Nak cari barang Amynul cakap. So aku, Afu and Kamal balik dulu. Destinasi seterusnya ke Restoran Amin Thai kat Seksyen 7. Dan sesi "tembak-menembak" diteruskan pula di Restoran Amin Thai. Tapi aksi kat sini tak banyak. Hasil yang diperolehi tidaklah sebanyak aksi di JJ tadi. Disebabkan semua kelaparan, maka aksi lebih banyak dihabiskan untuk melahap. Hahaha.

Pilih menu untuk disantap

Kamal sangat haus!

Kamal dengan muka kelaparan

Menu sup sayur

Zoom sikit sup ni. Oh! Rasanya kurang garam

Brader ni cakap boleh buat saving 4 angka sehari. Betol ke??

Afu terpengaruh dengan brader kat atas tuh!

Dan begitu lah berakhirnya cerita malam hujung minggu dengan kekecewaan sebab tak dapat tengok wayang. So moral of the story, kalau rasa nak tengok wayang tu jangan lah datang kurang setengah jam dari waktu tayangan. Kalau pun nak datang lewat, book lah dulu tiket sebelum datang. Apa guna teknologi kalau tidak dimanfaatkan kan. And kalau ada kawan yang pergi awal, ringan-ringankan lah tulang anda untuk tolong belikan dulu tiket. Kalau tak, kempunan lah jawabnya bila tiket dah SOLD OUT!

Saturday, November 20, 2010

Pizza Hut Kuala Terengganu


Salam semua. Hari ni aku nak bercakap sikit pasal Pizza Hut. Lokasi franchise ni di Kuala Terengganu. Ya, Kuala Terengganu negeri kelahiranku. Aku tak kisah lah negeri kelahiran aku ke mana-mana lah tapi benda yang aku nak cakap ni mengenai keselamatan pelanggan. Tengah hari tadi, aku keluar gi makan pizza kat bandar Kuala Terengganu sebab aku dah janji dengan sepupu aku nak belanja dia makan sempena hari lahir dia. So, aku bawak lah dia makan kat pizza ni.

Okay, sekarang aku tak nak cakap banyak tentang menu apa yang aku makan atau apa yang diborakkan etc etc lah. Sekarang aku nak straight to the point pasal keselamatan pelanggan. Lepas makan sementara tunggu nak bayar kat kaunter, tiba-tiba aku rasa nak ke tandas. So, apa lagi aku terus lah ke tandas. Sampai kat pintu masuk tandas tiba-tiba aku rasa pelik. Eh, aku nak tanya kat mana-mana restoran ada jugak ke tahap kebersihan tandas di ukur sama A, B, C atau D. Setahu aku tahap kebersihan restoran je ada. Dan selama ni aku pergi mana-mana restoran Pizza Hut ke KFC ke McDonald ke mana-mana lah, tak ada pulak label tahap kebersihan tandas ni.


Selalunya apabila kita pergi ke mana-mana restoran atau kedai makan, kita akan dapat lihat tahap kebersihan kedai tersebut dari label yang dikeluarkan oleh Jabatan Kesihatan. Tapi kali ini, aku dapati label tersebut juga digunakan untuk tahap kebersihan tandas. Aku pandang kat dinding, tengok, oh! B je ke? Pizza Hut nama besar kot tak kan lah kebersihan tandas dia B je. Tapi memang betol, kebersihan dia tak teruk cuma kurang bersih. Tambahan lagi, pintu tandas dia. Aku cakap pasal tandas lelaki sebab aku masuk tandas lelaki je. Tandas perempuan aku tak masuk. Memang orang cakap tak leh blah lah pintu dia ni. Kat bawah tu boleh pulak dia cover dengan kepingan besi je. Dah lah buat kerja tak kemas. Habis luka kaki aku di buatnya! Maaf, gambar tak ada nak tunjuk bukti sebab kamera handphone aku gambar tak cantik.


Aku rasa memang wajar lah tandas tu ada label tahap kebersihan. At least, bila orang nak masuk boleh lah nak bajet tahap kebersihan dia. Dan aku rasa, Jabatan Kesihatan perlu perluaskan lagi penguatkuasaan label tahap kebersihan tandas di restoran-restoran atau kedai makan. Dan aku sangat-sangat patut dan WAJIB Jabatan Kesihatan pantau tahap kebersihan di tandas-tandas awam terutama di food court dan stesen bas. Selalunya tahap kebersihan di mana-mana stesen bas amat lah TERUK! Kalau disebabkan dah tak tahan nak buang apa yang tersimpan, aku boleh jamin tak akan ada orang masuk ke dalam tandas-tandas awam ni. Yang aku pelik bin hairan nya lah kan, sekali nak masuk tandas dah kena bayar sekurang-kurangnya 20 sen. Dan ada juga sesetengah tandas awam mengenakan caj sebanyak 30 sen sekali masuk. Duit yang dikutip tu tak kan lah tak boleh nak guna buat beli sabun dan peralatan mencuci tandas kan. Berapa sen lah sangat kalau beli kat Mydin or Giant or Tesco kan. Tak luak nya duit korang tu. Kalau tandas bersih lagi lah ramai orang nak masuk. Nak "bekerja" pun senang, tak ada masalah.

Kepada mana-mana pihak yang membaca coretan aku ni, terutama yang ada kaitan dengan apa yang aku cakap terutamanya pihak pengurusan Pizza Hut cawangan Kuala Terengganu atau kakitangan, harap kesulitan ini dapat diperbetulkan atau dibaiki secepat mungkin sebelum ramai lagi pelanggan yang tercedera ketika keluar dari tandas terutamanya tandas lelaki. Sekian, terima kasih kerana sudi baca luahan perasaan aku yang entah apa-apa ini.

Wednesday, November 17, 2010

Salam Aidil Adha


Salam semua. Bercerita tentang raya, setiap agama mempunyai perayaan tersendiri untuk disambut oleh penganutnya. Baru-baru ini kaum India khususnya yang beragama Hindu telah menyambut perayaan Deepavali. Tidak terkecuali umat Islam juga mempunyai perayaan tersendiri. Dua bulan lepas, seluruh umat Islam di serata dunia telah menyambut kedatangan Aidil Fitri. Dan pada hari ini, 17 Nov 2010 bersamaan 10 Zulhijjah 1431 H, umat Islam khususnya di Malaysia menyambut pula kedatangan Aidil Adha. Tetapi, di negara luar seperti Mekah dan England, umat Islam di sana telah menyambut Aidil Adha pada 16 Nov 2010, bersamaan 10 Zulhijjah 1431 H, iaitu semalam. Dan dikesempatan ini, saya ingin mengucapkan selamat menyambut hari raya Aidil Adha kepada semua umat Islam.

Berkenaan dengan perbezaan tarikh, saya tidak mendapat info yang khusus. Tetapi, seperti apa yang saya dimaklumkan, perbezaan tarikh menyambut perayaan umat Islam di Malaysia selalunya akan lewat satu hari berbanding di Mekah. Mungkin disebabkan oleh kemunculan anak bulan untuk menentukan tarikh 1 Syaawal dan 1 Zulhijjah setiap tahun.


Seperti yang semua maklum, Aidil Adha sering kali dikaitkan dengan haji dan ibadah korban. Setiap tahun, berjuta-juta umat Islam di serata pelusuk dunia akan memenuhi kota Mekah untuk menunaikan idabat haji. Bagi yang tidak berkemampuan atau tidak berkesempatan, mereka akan menyambut kedatangan Aidil Adha di kampung halaman masing-masing. Golongan yang berkemampuan akan membuat ibadah korban dengan menyembelih lembu atau kerbau dan tidak terkecuali juga kambing. Tujuan ibadah korban ini dilakukan adalah untuk mengingati golongan fakir miskin dengan mengagihkan daging-daging korban kepada mereka.

Dalam pada masa yang sama juga, ada juga sesetengah umat Islam yang mengadakan aqiqah bagi mereka yang belum berkesempatan mengadakan aqiqah ketika bayi sebaik-baiknya ketika bayi berumur 7 hari. Salah satu tujuan aqiqah ini adalah sebagai tanda syukur terhadap Allah S.W.T. atas pengurniaan anak. Daging penyembelihan aqiqah adalah disunatkan untuk dimasak dan dijamu atau disedekahkan masakan tersebut kepada orang lain. Berbeza dengan ibadah korban, daging korban hendaklah disedekahkan keseluruhannya.

Sekian saja coretan saya buat kali ini. Untuk maklumat yang lebih jelas berkaitan ibadah haji, korban dan aqiqah, sila lah bertanya dengan orang yang lebih arif. Sekian.

Sunday, November 14, 2010

Unifi


Apa? Unifi lah! Okay, sebut pasal unifi ni membuatkan darah aku menyirap sikit lah. Sikit je tak banyak okay! Sebenarnya aku dan rakan-rakan serumah aku ingin sangat melanggan unifi dari TM ni. Yela siapa tak nak kan kalau TM offer perkhidmatan internet yang sangat laju kan. Al maklum lah speed yang paling rendah yang TM offer untuk servis unifi ni paling kurang 5Gbps. Mak aih, laju betul! Macam tak percaya je. Sebenarnya unifi ni baru lagi di Malaysia ni dan kawasan yang boleh diakses servis unifi ni hanyalah di kawasan-kawasan bandar Lembah Klang sahaja buat masa ini. Itu pun tidak lagi menyeluruh di semua kawasan Lembah Klang, hanya di kawasan-kawasan tertentu sahaja boleh mendapatkan khidmat ini.

Pangsapuri Rimba Jaya

Okay, nak dijadikan cerita macam ni. Bulan lepas, rakan serumah aku pergi ke Uptown Shah Alam. Dan dalam diorang duk berjalan-jalan kat Uptown tu, diorang ternampak lah satu booth TM yang buka kat depan kat entrance Uptown Shah Alam. Booth ni dikhususkan untuk memperkenalkan unifi kepada masyarakat setempat lah. Kawan aku ni pun tanya itu ini kat ejen TM tu dan memang berminat sangat lah nak langgan unifi ni. So, kawan aku tinggalkan lah contact number dia kat ejen TM tu sebab brader tu cakap dia nak cek liputan @ coverage unifi di kawasan tempat tinggal kitorang dulu. Dua tiga hari selepas tu, ejen ni pun telefon lah kawan aku cakap dekat kawasan rumah aku memang ada coverage unifi. Kawasan Rimba Jaya 1 okay.

Pelan unifi

Dengar je jawapan dari ejen TM tu, apalagi senorok tak ingat lah kitorang. Terus konpem kat brader tu cakap memang nak langgan unifi. Dulu pada mulanya kitorang memang plan nak pindah rumah. Maklum lah rumah yang kitorang tinggal sekarang rumah flat. Kitorang plan nak cari rumah teres. Tapi bila dah TM cakap kawasan Rimba Jaya ni ada unifi, terus tak jadi kitorang nak pindah rumah. Terus je nak stay kat rumah flat ni. Flat pun flat lah, janji ada unifi. Nak akses internet konpem tak kan ada delay. Buffer or streaming? Jangan harap lah. Dengan kelajuan 5 Gbps, guna pulak fiber optik bukan kabel yang biasa pakai untuk streamyx. Memang syok tak ingat lah kalau dapat unifi ni.


Tapi, impian tak menjadi kenyataan. Punah segala impian nak tengok movie online. Nak download movie banyak-banyak. Semalam, 13 Nov 2010, masa yang dijanjikan oleh ejen TM kat Uptown tu. Kontraktor TM akan datang ke rumah kitorang untuk pasang unifi. Apa lagi, seronok melompat-lompat lah kitorang dengar. Akhirnya setelah sebulan menanti, unifi akan dipasang juga di rumah kitorang. Aku pun tak payah lagi pakai Maxis Broadband ni yang kadang-kadang laju dan kadang-kadang nak load page boleh siap buat air milo dulu segelas. Harapan musnah apabila ejen TM sampai rumah kitorang (at first dorang pergi ke blok Rimba Jaya 1 dulu okay!) terus cakap blok ni tak ada coverage unifi. Bukan setakat unifi sahaja, malahan line telefon pun tak ada! Dengan kata lain, apa-apa perkhidmatan internet dari TM (walaupun dial-up!) tak akan dapat masuk blok kitorang! Streamyx pun tak dapat! Argh!!!! Tension nya aku! And F.Y.I blok yang kitorang diami adalah blok Rimba Jaya 2. Blok yang baru siap 4 5 bulan lepas baru orang masuk duduk. Sabar jelah. Nasib baik aku masih lagi ada Maxis Broadband ni. Slow pun slow lah janji boleh akses internet. Tak jadi lah aku nak bagi broadband ni kat adik adik aku. Minta maaf lah ye wahai adikku.

Megamind 3D


Gambar hiasan


Salam semua. Hai sebut pasal wayang kan, memang dah lama betol lah aku tinggalkan dunia wayang ni. Sejak aku mula bekerja sampai sekarang dah lebih empat bulan dah aku tak tengok wayang. Haish bosan betul kan hidup aku sekarang ni. Nak kata dekat kawasan rumah aku tak ada panggung wayang tak jugak. Rumah aku ni tak sampai 5 minit pun nak ke Jaya Jusco Bukit Raja kat Klang ni. Orang cakap bila-bila masa boleh pergi lah. Tapi nak buat macam mana kan, nak tengok wayang tak kan nak tengok sorang-sorang pulak kan. Buang tabiat pulak orang cakap nanti. Bukan tak ada kawan tapi semua orang asyik pergi tengok wayang dengan awek-awek diorang je. Tak nak lah aku ganggu orang dating kan. Huhu



Setelah sekian lama menunggu untuk tengok wayang akhirnya semalam sempat jugak aku tengok wayang. Tapi kali ni memang berbeza sikit lah sebab kali ni aku tengok wayang 3D. Pergh first time ni tengok wayang 3D walaupun dah lama aku teringin nak tengok 3D ni. Hehe. Poster kat atas tu dah cukup untuk beritahu korang cerita apa yang aku tengok kan. Megamind 3D. Ye memang cerita ni cerita kartun. Tapi bagi aku tak kisah lah kartun pun kartun lah asalkan cerita 3D. Semalam yang ada kat cerita 3D yang ada kat wayang cerita ni je. So, apa lagi layan gak la. Tapi serius aku cakap memang tak rugi tengok cerita ni. Jalan cerita pun menarik. Tambah lagi tengok 3D lagi lah menarik habaq hang. Hehe.

Dari kiri: Megamind, Metro Man

Okay secara ringkas cerita ni mengisahkan dua orang (eh ke dua ekor? Ah lantak la) makhluk asing a.k.a alien jatuh ke Bumi ketika dorang masih lagi bayi. Sorang nama Megamind dan sorang lagi nama Metro Man. Kisahnya bermula sejak kedua-duanya masih kecil dan belajar di sekolah yang sama. Ketika di sekolah Metro Man amat popular di kalangan rakan-rakan dengan kepantasannya yang luar biasa dan keupayaannya untuk terbang serta boleh dikatakan baik lah. Baik ke? Korang nilai lah sendiri okay! Manakala si Megamind ni pulak seorang yang boleh dikategorikan sebagai 'spoiler' lah. Bukan spoiler kereta ye. Jangan salah paham pulak okay. 'Spoiler' yang dimaksudkan kat sini adalah seorang yang melakukan sesuatu tetapi selalu tak menjadi. So, disebabkan ini, Metro Man sering mendapat pujian dari guru sekolah.


Megamind sering dikaitkan dengan kejahatan manakala Metro Man sering dikaitkan dengan kebaikan sehingga satu hari masyarakat Metro City mendirikan sebuah muzium Metro Man. Dan pada hari pelancaran muzium tersebut, Megamind juga terlepas dari penjara dengan kebijaksanaannya mencipta satu jam yang membolehkannya mengubah wajahnya. Pada hari itu juga, Megamind telah mencabar Metro Man dengan menculik seorang wartawan yang bernama Roxanne. Dan pada hari tersebut juga, berakhirlah kegemilangan seorang hero yang bernama Metro Man setelah berjaya di tewaskan oleh Megamind. Megamind akhirnya berjaya menakluki kota Metro City.

Roxanne


Apa akan terjadi apabila penjahat di dunia ini tidak lagi mempunyai lawan untuk menandinginya? Pastinya kehidupan seorang penjahat kesepian kerana tiada orang yang menghalang perbuatan jahatnya. Itulah yang terjadi kepada Megamind setelah hero Metro Man tidak lagi wujud. Akhirnya Megamind dengan bantuan sahabat karibnya, Minion, bersepakat untuk menghasilkan seorang hero untuk menentangnya. Hero yang bakal diciptakan adalah berdasarkan DNA Metro Man.

Minion
Akhirnya, dengan bantuan Minion, Megamind akhirnya berjaya menghasilkan seorang superhero yang dinamakan Titan. Tetapi, setelah banyak masa dihabiskan untuk melatih Titan, akhirnya Titan berubah menjadi seorang penjahat besar yang sangat agresif dan ingin menghancurkan dunia. Megamind pun mengalami dilema, apakah dia perlu bertindak baik dan menjadi hero untuk menyelamatkan dunia? Atau kah tetap menjadi penjahat?

Titan

Saksikan trailer Megamind di bawah. Kalau korang nak trailer 3D korang cari lah sendiri ye :p

Sponsor Links

Learn Photoshop In Just 2 Hours
Master The Basics Of Adobe Photoshop In Under 2 Hours With Easy To Follow Instantly Accessible Online Video Tutorials!
Need to see to believe!
http://www.learnphotoshopnow.com

The CopyCat Cookbooks: Fast Food Recipes
Over 500 Recipes From All Of America's Most Popular Restaurants And Fast Food Chains
Great Sales Page - Great Value - Wide Open Niche!
http://www.fastfoodrecipes.net

Complete Guide To Making Money While You Sleep
330-page EBook (over 115,000 Words)
Absolutely Packed With Info And Ideas On All Aspects Of Making Money While You Sleep!
http://www.money-while-you-sleep.biz/complete-guide.html