Thursday, September 2, 2010

Nasi Bukhari Hasnah

Ingat lagi tak entri sebelum ni berkaitan dengan Rempah Nasi Bukhari Hasnah? Mesti ingat lagi kan. Kalau tak ingat atau pun belum lagi membacanya boleh lah tengok kat sini okay. Okay kalau sebelum ini saya ada bercakap pasal Rempah Nasi Bukhari Hasnah, kali ini saya nak bercakap pulak pasal Nasi Bukhari Hasnah. 

Sebenarnya saya tak nak bercakap banyak sangat pun sebab kat entri Rempah Nasi Bukhari Hasnah pun saya dah cerita sedikit sebanyak pasal nasi yang special ni. Ha kalau sebelum ni korang just tengok rempah semata-mata dalam packaging yang cantik tu kan, so kali ni saya akan bagi korang semua tengok sendiri hasil yang terjadi daripada rempah tersebut. Fuh! time-time puasa ni kalau korang tengok mesti meleleh lah air liur korang..hehe

Set Nasi Bukhari Hasnah

Ha amacam? Dah tengok set tuh apa pendapat korang? Nampak memang best kan?hehe.. Okay mari saya explain sedikit sebanyak pasal set hidangan Nasi Bukhari Hasnah ni. Menu utama semestinya Nasi Bukhari Hasnah la. Dah ada nasi mesti nak ada kuah kan baru menarik. So tambah lah hidangan kuah dalca untuk menyedapkan lagi hidangan ini =) Sebagai sampingan boleh lah ditambah dengan acar timun. Boleh jugak kalau nak gantikan dengan acar rampai ataupun acar nenas. Itu optional lah mengikut cita rasa selera masing-masing la. Untuk menambahkan sedikit rasa pedas-pedas masam bolehlah hidangkan sekali dengan air lada (ni panggilan yang ktorang panggil, nama saintifiknya saya tak tahu lah..hehe). Air lada ni dibuat dengan cili merah dikisar dan dicampur dengan cuka ataupun limau nipis dengan sedikit gula mengikut cita rasa masing-masing. Kalau nak lagi pedas berasap gunalah cili api =)

Okay saya rasa macam sedikit kecil la gambar kat atas ni. So apa kata saya tunjukkan satu persatu hidangan set Nasi Bukhari Hasnah ni okay? Ah peduli lah, aku tanya aku pun sendiri jawab gak. Macam lah korang nak tolong jawabkan untuk aku..LOL Okay jom layan menu istimewa ni =)

Nasi Bukhari Hasnah

Okay tengok pada nasi ni kan sekali pandang macam nasi goreng biasa je kan. Dua kali pandang nampak macam nasi Beriyani pun ade gak kan. Actually nasi Bukhari ni sama je lebih kurang cara nak buat dengan nasi Beriyani cuma cara penyediaan nasi Beriyani agak leceh kalau nak dibandingkan dengan penyediaan nasi Bukhari ni. Dengan resepi dan panduan dari Rempah Nasi Bukhari Hasnah, insyaAllah lagi mudah cara penyediaan untuk nasi Bukhari ni. Lagi satu, kalau korang tengok ayam ni colour pun lebih kurang sama dengan nasi kan. Kenapa? Sebabnya ayam ni dimasak sekali dengan nasi =)

Kuah dalca

Di mana tidak tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi? Itulah pepatah Melayu yang mengaitkan hubungan nasi dengan kuah tidak dapat dipisahkan. Actually kalau nasi Bukhari ni especially Nasi Bukhari Hasnah ni, makan bersahaja tanpa kuah pun dah okay. Tapi kurang nutrisi lah kan so kita kena la add-up some sayur-sayuran kan melalui kuah dalca. Barulah makanan yang kita ambil ni seimbang. Betul tak? =)

Acar timun

Okay acar timun ni boleh dikatakan penyeri taman la (pandai lak aku ni bermadah pujangga..hik3) kan. Dengan adanya acar timun ni, kita bolehlah menambahkan rasa masam-masam manis untuk menambah selera makan.

Air lada

Okay lastly ialah "air lada" (panggilan orang Terengganu). Air lada ni untuk menambahkan sedikit rasa pedas bagi penggemar masakan pedas. So bagi siapa-siapa yang tak suka makanan pedas boleh lah tinggalkan kat tepi meja ataupun boleh abaikan sahaja hidangan ni.

Ha sekarang korang dah tengok set hidangan Nasi Bukhari Hasnah, Rempah Nasi Bukhari Hasnah pun korang dah tengok gak kan. So apa perlu ditunggu-tunggu lagi? Anda berminat untuk mencuba resepi baru? Boleh lah order melalui saya dengan meninggalkan komen anda di ruangan komen berserta alamat email anda. Ataupun anda juga boleh menghubungi kami melalui laman Facebook kami untuk mendapatkan info-info terkini, sebarang pertanyaan dan juga untuk tempahan. Sekian saja buat masa ini. Selamat mencuba =)

Sponsor Links

Learn Photoshop In Just 2 Hours
Master The Basics Of Adobe Photoshop In Under 2 Hours With Easy To Follow Instantly Accessible Online Video Tutorials!
Need to see to believe!
http://www.learnphotoshopnow.com

The CopyCat Cookbooks: Fast Food Recipes
Over 500 Recipes From All Of America's Most Popular Restaurants And Fast Food Chains
Great Sales Page - Great Value - Wide Open Niche!
http://www.fastfoodrecipes.net

Complete Guide To Making Money While You Sleep
330-page EBook (over 115,000 Words)
Absolutely Packed With Info And Ideas On All Aspects Of Making Money While You Sleep!
http://www.money-while-you-sleep.biz/complete-guide.html