Monday, September 20, 2010

Futsal punye pasal!

Gambar hiasan

Uih lame dah tinggal blog ni. Lupa nak update..haha.. Pejam celik pejam celik dah lebih seminggu dah raya. Orang lain semua dah start kerja tapi aku still lagi terperuk kat dalam rumah ni..wahaha.. Bukan pe bukan aku tak nak or malas nak gi kerja tapi ni semua kes aku main futsal time raya hari tu. Nasib baik la aku tak main malam raya kalau tak konpem aku tak raya tahun ni..huhu

Nak di jadikan cerita, raya pertama seperti tahun-tahun sudah semestinya aku beraya ke rumah atuk-nenek dan sedara-mara, sepupu-sepapat la. Rumah ke-5 aku beraya ialah rumah tuk saudara aku. Dekat je tak jauh pun dari rumah aku. Sampai sana, lepak-lepak, borak-borak, tetiba abang aku duk bersembang ngan salah sorang dua pupu aku pasal futsal and dua pupu aku ni ajak lah main futsal. Hari Isnin dia cakap. So abang aku terus cakap okay la. Aku ni dengan kasut pun takde kat kampung ni pun on la jugak. Bukan senang nak gather sedara-mara yang jauh and jarang sangat-sangat nak jumpa ni kan. So dengan main futsal ramai-ramai ni boleh lah jugak kenal-kenal balik ngan sedara-mara terutama dua pupu aku yang kecik-kecik yang kebanyakannya aku tak tau nama dorang..haha

Pada asalnya game ni nak main ngan budak-budak kecik je since dorang tak pernah main futsal so ajak lah dorang semua main skali. Abang aku ajak dua orang member dia. Okay tiba hari Isnin so kitorang pun gi lah main futsal. Ambek ko tengok-tengok penuh ngan orang tua..haha.. Takde lah tau sangat tapi golongan bapak-bapak la ade 4 orang, baru kahwin sorang and 2 orang budak sekolah menengah. Game start ngan golongan-golongan 'tua' dulu main 6 orang sebelah. Hah time ni lah aku kena. Tengah-tengah duk syok main aku tak tau time bila aku terjatuh tetiba time aku nak keluar padang nak tukar kasi budak-budak masuk tengok-tengok kaki aku dah tercalar kena ngan karpet padang futsal neh. Tengah main tak nak rasa lak sakitnya dah keluar padang baru terasa. Hah ambek kau sape suruh main futsal tak pakai kasut!

Habis cerita main futsal. Balik rumah aku dah pening cam mana aku nak mandi ni. Kaki ni kalau kena air konpem menjerit lah. Pedih siot! Nak tak nak kena mandi gak lah. Tahan lah sikit sakit ni. Dah mandi sapu minyak gamat, tengok-tengok Facebook jap. Tido. Esoknya hari Selasa aku dah janji nak beraya rumah member-member aku so dengan kaki yang tak berapa nak sihat ni aku keluar jugak gi jumpa member-member beraya rumah dorang. Habis satu hari berjalan tak ingat. Balik rumah solat magrib je pastuh keluar balik jumpa member lain lak. Ha jumpa member aku yang sorang lagi ni untung sikit la. Laku jugak 4 peket Rempah Nasi Bukhari Hasnah yang aku duk cerita sebelum ni..hehe

Next day, hari Rabu 15 hb Sept 2010. Hari ni keluarga aku bakal melakar sejarah. Pertama kali sepanjang hidup, family aku dan family mak saudara aku pergi beraya di luar kampung halaman, iaitu di kota raya Kuala Lumpur. Actually bukan betul-betul kat KL pn, kat Selangor je. Kitorang bertolak dalam pukul 9.15 a.m. Semua ni gara-gara adik aku yang nak melanjutkan pelajaran di Sunderland, England. Orang pertama di kalangan keluarga belah ayah aku dalam generasi aku melanjutkan pelajaran ke luar negara. Kitorang bertolak beramai-ramai sebanyak 6 buah kereta. Tapi kaki aku masih lagi sakit. Kesan calar-calar dah jadi luka yang agak besar disebabkan aku balut luka aku masa beraya ke rumah member-member aku semalam..huhu.. Dan pada hari ni jugak, kaki aku bukan setakat luka, tapi membengkak. Nak berjalan terhinjut-hinjut..huhu


Khamis, 16 hb Sept 2010. Hari ini merupakan hari paling bersejarah dalam keluarga aku. Adik aku bakal meninggalkan kami sekeluarga selama setahun untuk melanjutkan pelajaran dalam ijazah Manufacturing di Sunderland. Flight pukul 9.20 p.m. So, sementara tunggu malam, kitorang beraya dulu ke rumah sedara-mara di PJ, Rawang and Sunway Kayangan. Dah penat beraya, kitorang semua balik lah rumah makcik aku kat Shah Alam. Jam pukul 5.30 p.m. kitorang sekeluarga bertolak ke KLIA. Adik aku perlu sampai kat sana pukul 6.30 p.m. sebab ada briefing sikit dari organizer yang bawak diorang pergi Sunderland. Dah settle semua, adik aku takleh nak lepak lame-lame sebab diorang kena gerak pukul 8.30 p.m. naik tren gi ke departure area. Dorang cakap jauh sikit, tapi tak tau lah kat mana. Dah pergi sorang adik aku. Tunggu lah tahun depan baru dapat jumpa dia balik..huhu

Fuh! Jauh melencong aku ni dari tajuk ni..haha.. Motif utama post ni, aku nak cakap disebabkan futsal aku tak gi kerja hari ni je. Tapi tak pe, doktor bagi MC 2 hari kat aku! Hahaha! So moral of the story, kalau nak main futsal tu, pastikan PAKAI KASUT! Kalau takde kasut jangan main! Kalau tak, hah camni lah jadi nye.. Bubye!!

Sponsor Links

Learn Photoshop In Just 2 Hours
Master The Basics Of Adobe Photoshop In Under 2 Hours With Easy To Follow Instantly Accessible Online Video Tutorials!
Need to see to believe!
http://www.learnphotoshopnow.com

The CopyCat Cookbooks: Fast Food Recipes
Over 500 Recipes From All Of America's Most Popular Restaurants And Fast Food Chains
Great Sales Page - Great Value - Wide Open Niche!
http://www.fastfoodrecipes.net

Complete Guide To Making Money While You Sleep
330-page EBook (over 115,000 Words)
Absolutely Packed With Info And Ideas On All Aspects Of Making Money While You Sleep!
http://www.money-while-you-sleep.biz/complete-guide.html