Monday, September 20, 2010

Futsal punye pasal!

Gambar hiasan

Uih lame dah tinggal blog ni. Lupa nak update..haha.. Pejam celik pejam celik dah lebih seminggu dah raya. Orang lain semua dah start kerja tapi aku still lagi terperuk kat dalam rumah ni..wahaha.. Bukan pe bukan aku tak nak or malas nak gi kerja tapi ni semua kes aku main futsal time raya hari tu. Nasib baik la aku tak main malam raya kalau tak konpem aku tak raya tahun ni..huhu

Nak di jadikan cerita, raya pertama seperti tahun-tahun sudah semestinya aku beraya ke rumah atuk-nenek dan sedara-mara, sepupu-sepapat la. Rumah ke-5 aku beraya ialah rumah tuk saudara aku. Dekat je tak jauh pun dari rumah aku. Sampai sana, lepak-lepak, borak-borak, tetiba abang aku duk bersembang ngan salah sorang dua pupu aku pasal futsal and dua pupu aku ni ajak lah main futsal. Hari Isnin dia cakap. So abang aku terus cakap okay la. Aku ni dengan kasut pun takde kat kampung ni pun on la jugak. Bukan senang nak gather sedara-mara yang jauh and jarang sangat-sangat nak jumpa ni kan. So dengan main futsal ramai-ramai ni boleh lah jugak kenal-kenal balik ngan sedara-mara terutama dua pupu aku yang kecik-kecik yang kebanyakannya aku tak tau nama dorang..haha

Pada asalnya game ni nak main ngan budak-budak kecik je since dorang tak pernah main futsal so ajak lah dorang semua main skali. Abang aku ajak dua orang member dia. Okay tiba hari Isnin so kitorang pun gi lah main futsal. Ambek ko tengok-tengok penuh ngan orang tua..haha.. Takde lah tau sangat tapi golongan bapak-bapak la ade 4 orang, baru kahwin sorang and 2 orang budak sekolah menengah. Game start ngan golongan-golongan 'tua' dulu main 6 orang sebelah. Hah time ni lah aku kena. Tengah-tengah duk syok main aku tak tau time bila aku terjatuh tetiba time aku nak keluar padang nak tukar kasi budak-budak masuk tengok-tengok kaki aku dah tercalar kena ngan karpet padang futsal neh. Tengah main tak nak rasa lak sakitnya dah keluar padang baru terasa. Hah ambek kau sape suruh main futsal tak pakai kasut!

Habis cerita main futsal. Balik rumah aku dah pening cam mana aku nak mandi ni. Kaki ni kalau kena air konpem menjerit lah. Pedih siot! Nak tak nak kena mandi gak lah. Tahan lah sikit sakit ni. Dah mandi sapu minyak gamat, tengok-tengok Facebook jap. Tido. Esoknya hari Selasa aku dah janji nak beraya rumah member-member aku so dengan kaki yang tak berapa nak sihat ni aku keluar jugak gi jumpa member-member beraya rumah dorang. Habis satu hari berjalan tak ingat. Balik rumah solat magrib je pastuh keluar balik jumpa member lain lak. Ha jumpa member aku yang sorang lagi ni untung sikit la. Laku jugak 4 peket Rempah Nasi Bukhari Hasnah yang aku duk cerita sebelum ni..hehe

Next day, hari Rabu 15 hb Sept 2010. Hari ni keluarga aku bakal melakar sejarah. Pertama kali sepanjang hidup, family aku dan family mak saudara aku pergi beraya di luar kampung halaman, iaitu di kota raya Kuala Lumpur. Actually bukan betul-betul kat KL pn, kat Selangor je. Kitorang bertolak dalam pukul 9.15 a.m. Semua ni gara-gara adik aku yang nak melanjutkan pelajaran di Sunderland, England. Orang pertama di kalangan keluarga belah ayah aku dalam generasi aku melanjutkan pelajaran ke luar negara. Kitorang bertolak beramai-ramai sebanyak 6 buah kereta. Tapi kaki aku masih lagi sakit. Kesan calar-calar dah jadi luka yang agak besar disebabkan aku balut luka aku masa beraya ke rumah member-member aku semalam..huhu.. Dan pada hari ni jugak, kaki aku bukan setakat luka, tapi membengkak. Nak berjalan terhinjut-hinjut..huhu


Khamis, 16 hb Sept 2010. Hari ini merupakan hari paling bersejarah dalam keluarga aku. Adik aku bakal meninggalkan kami sekeluarga selama setahun untuk melanjutkan pelajaran dalam ijazah Manufacturing di Sunderland. Flight pukul 9.20 p.m. So, sementara tunggu malam, kitorang beraya dulu ke rumah sedara-mara di PJ, Rawang and Sunway Kayangan. Dah penat beraya, kitorang semua balik lah rumah makcik aku kat Shah Alam. Jam pukul 5.30 p.m. kitorang sekeluarga bertolak ke KLIA. Adik aku perlu sampai kat sana pukul 6.30 p.m. sebab ada briefing sikit dari organizer yang bawak diorang pergi Sunderland. Dah settle semua, adik aku takleh nak lepak lame-lame sebab diorang kena gerak pukul 8.30 p.m. naik tren gi ke departure area. Dorang cakap jauh sikit, tapi tak tau lah kat mana. Dah pergi sorang adik aku. Tunggu lah tahun depan baru dapat jumpa dia balik..huhu

Fuh! Jauh melencong aku ni dari tajuk ni..haha.. Motif utama post ni, aku nak cakap disebabkan futsal aku tak gi kerja hari ni je. Tapi tak pe, doktor bagi MC 2 hari kat aku! Hahaha! So moral of the story, kalau nak main futsal tu, pastikan PAKAI KASUT! Kalau takde kasut jangan main! Kalau tak, hah camni lah jadi nye.. Bubye!!

Tuesday, September 7, 2010

Selamat Hari Raya 1431H

Klik untuk besarkan

Salam semua..Haish pejam celik pejam celik sedar-sedar dah nak habis dah Ramadhan. Cepat betul masa berlalu. Apa-apa pun semoga Ramadhan tahun ini lebih baik dari tahun-tahun sudah.

Okay lah saya tak nak bercerita panjang, just straight to the point okay. First of all saya ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Maaf Zahir dan Batin sekiranya terdapat salah dan silap sama ada secara terang lagi bersuluh ataupun secara tak sengaja. Kalau ada terkutuk atau termengumpat tu harap dimaafkan lah yek. Dan juga harap dihalalkan segala makan dan minum andai kata pernah terbelanja atau apa-apa jelah senang cerita 0-0 lah kita yek =)

Okay nak komen sikit pasal e-kad kat atas tu. Ha amacam? Okay tak? Ni lah hasil kreatif tangan seorang insan yang bajet kreatif...hahaha Walaupun takde idea sangat nak buat kad ni, tapi demi untuk mendedikasikan kad ni untuk rakan-rakan sempena Syawal yang hanya muncul setahun sekali ni, aku bertungkus-lumus juga untuk menyiapkan sekeping e-kad ni. Hasil intipan dari web ke web untuk mencari idea dan hasilnya terjadi lah sekeping kad seperti yang di atas ni. Sekali tengok biasa je, tapi bila tengok balik rasa macam kreatif gak aku ni ek...hoho Okay lah bagi aku kad ni simple dan cukup untuk sampaikan mesej daripada kad ni =)

Okay I think that's all lah untuk kali ni, aku dah takde idea sangat nak bercerita panjang lebar ni. Malam esok aku nak balik kampung. So pesanan aku untuk diri aku dan rakan-rakan di luar sana di alam maya ini, hati-hati lah di jalan raya. Pandu lah mengikut undang-undang, jangan mengikut perasaan. Walau apa pun jua kenderaan yang korang gunakan tak kira lah kereta, motor mahupun kenderaan awam beringatlah. Berdoalah agar kita semua dapat pulang berhari raya dengan selamat di samping keluarga tercinta.

Thursday, September 2, 2010

Nasi Bukhari Hasnah

Ingat lagi tak entri sebelum ni berkaitan dengan Rempah Nasi Bukhari Hasnah? Mesti ingat lagi kan. Kalau tak ingat atau pun belum lagi membacanya boleh lah tengok kat sini okay. Okay kalau sebelum ini saya ada bercakap pasal Rempah Nasi Bukhari Hasnah, kali ini saya nak bercakap pulak pasal Nasi Bukhari Hasnah. 

Sebenarnya saya tak nak bercakap banyak sangat pun sebab kat entri Rempah Nasi Bukhari Hasnah pun saya dah cerita sedikit sebanyak pasal nasi yang special ni. Ha kalau sebelum ni korang just tengok rempah semata-mata dalam packaging yang cantik tu kan, so kali ni saya akan bagi korang semua tengok sendiri hasil yang terjadi daripada rempah tersebut. Fuh! time-time puasa ni kalau korang tengok mesti meleleh lah air liur korang..hehe

Set Nasi Bukhari Hasnah

Ha amacam? Dah tengok set tuh apa pendapat korang? Nampak memang best kan?hehe.. Okay mari saya explain sedikit sebanyak pasal set hidangan Nasi Bukhari Hasnah ni. Menu utama semestinya Nasi Bukhari Hasnah la. Dah ada nasi mesti nak ada kuah kan baru menarik. So tambah lah hidangan kuah dalca untuk menyedapkan lagi hidangan ini =) Sebagai sampingan boleh lah ditambah dengan acar timun. Boleh jugak kalau nak gantikan dengan acar rampai ataupun acar nenas. Itu optional lah mengikut cita rasa selera masing-masing la. Untuk menambahkan sedikit rasa pedas-pedas masam bolehlah hidangkan sekali dengan air lada (ni panggilan yang ktorang panggil, nama saintifiknya saya tak tahu lah..hehe). Air lada ni dibuat dengan cili merah dikisar dan dicampur dengan cuka ataupun limau nipis dengan sedikit gula mengikut cita rasa masing-masing. Kalau nak lagi pedas berasap gunalah cili api =)

Okay saya rasa macam sedikit kecil la gambar kat atas ni. So apa kata saya tunjukkan satu persatu hidangan set Nasi Bukhari Hasnah ni okay? Ah peduli lah, aku tanya aku pun sendiri jawab gak. Macam lah korang nak tolong jawabkan untuk aku..LOL Okay jom layan menu istimewa ni =)

Nasi Bukhari Hasnah

Okay tengok pada nasi ni kan sekali pandang macam nasi goreng biasa je kan. Dua kali pandang nampak macam nasi Beriyani pun ade gak kan. Actually nasi Bukhari ni sama je lebih kurang cara nak buat dengan nasi Beriyani cuma cara penyediaan nasi Beriyani agak leceh kalau nak dibandingkan dengan penyediaan nasi Bukhari ni. Dengan resepi dan panduan dari Rempah Nasi Bukhari Hasnah, insyaAllah lagi mudah cara penyediaan untuk nasi Bukhari ni. Lagi satu, kalau korang tengok ayam ni colour pun lebih kurang sama dengan nasi kan. Kenapa? Sebabnya ayam ni dimasak sekali dengan nasi =)

Kuah dalca

Di mana tidak tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi? Itulah pepatah Melayu yang mengaitkan hubungan nasi dengan kuah tidak dapat dipisahkan. Actually kalau nasi Bukhari ni especially Nasi Bukhari Hasnah ni, makan bersahaja tanpa kuah pun dah okay. Tapi kurang nutrisi lah kan so kita kena la add-up some sayur-sayuran kan melalui kuah dalca. Barulah makanan yang kita ambil ni seimbang. Betul tak? =)

Acar timun

Okay acar timun ni boleh dikatakan penyeri taman la (pandai lak aku ni bermadah pujangga..hik3) kan. Dengan adanya acar timun ni, kita bolehlah menambahkan rasa masam-masam manis untuk menambah selera makan.

Air lada

Okay lastly ialah "air lada" (panggilan orang Terengganu). Air lada ni untuk menambahkan sedikit rasa pedas bagi penggemar masakan pedas. So bagi siapa-siapa yang tak suka makanan pedas boleh lah tinggalkan kat tepi meja ataupun boleh abaikan sahaja hidangan ni.

Ha sekarang korang dah tengok set hidangan Nasi Bukhari Hasnah, Rempah Nasi Bukhari Hasnah pun korang dah tengok gak kan. So apa perlu ditunggu-tunggu lagi? Anda berminat untuk mencuba resepi baru? Boleh lah order melalui saya dengan meninggalkan komen anda di ruangan komen berserta alamat email anda. Ataupun anda juga boleh menghubungi kami melalui laman Facebook kami untuk mendapatkan info-info terkini, sebarang pertanyaan dan juga untuk tempahan. Sekian saja buat masa ini. Selamat mencuba =)

Sponsor Links

Learn Photoshop In Just 2 Hours
Master The Basics Of Adobe Photoshop In Under 2 Hours With Easy To Follow Instantly Accessible Online Video Tutorials!
Need to see to believe!
http://www.learnphotoshopnow.com

The CopyCat Cookbooks: Fast Food Recipes
Over 500 Recipes From All Of America's Most Popular Restaurants And Fast Food Chains
Great Sales Page - Great Value - Wide Open Niche!
http://www.fastfoodrecipes.net

Complete Guide To Making Money While You Sleep
330-page EBook (over 115,000 Words)
Absolutely Packed With Info And Ideas On All Aspects Of Making Money While You Sleep!
http://www.money-while-you-sleep.biz/complete-guide.html