Friday, August 20, 2010

Hujung minggu!


Sebut pasal hujung minggu ni kan, mesti semua orang rasa seronok gile terutama bagi orang-orang yang bekerja tak terkecuali diri aku sendiri lah. Kalau hari minggu, hari yang dinanti-nantikan tak lain tak bukan mesti hari Jumaat. Kenapa? Jawapan mudah, sebab esok hari Sabtu. Hahaha Dengar macam kelakar kan jawapan die. Tapi itu lah hakikat bagi setiap insan yang berada di alam pekerjaan. Hari Sabtu merupakan hari yang sangat bermakna, bagi aku la. Kenapa? Sebab hari ni la aku boleh tidur sepuas-puasnya di pagi hari yang indah ni.

Tapi sejak berada di alam pekerjaan ni hidup di hujung minggu ni aku rasakan sangat la bosan. Bukan ape, lepas je habis belajar di UiTM, banyak kawan2 yang dah balik kampung halaman masing-masing. Ade gak yang bekerja luar dari Lembah Klang ni. Memang la sekarang aku tinggal kat umah sewa ngan kawan2 same belajar dulu. Tapi sekarang tak lagi macam dulu. Kalau dulu housemate aku ramai, sepuluh orang. Tapi sekarang tinggal tiga orang je termasuk aku. Sorang sibuk dgn awek die. Tiap2 hari keluar ngan awek die. Kalau hujung minggu lagi la, lewat malam baru balik. Memang jarang nampak die kat umah ni. Tapi sejak bulan puasa ni selalu gak la nampak die kt umah. Lagi sorang ni selalu balik kerja lambat. Bulan puasa je balik awal. Kalau weekend selalu la tak de kat umah. So tinggal la aku sorang2 kat umah ni kebosanan. Nasib baik la ade tv walaupun hitam putih boleh gak la hilang kan kebosanan yang melanda jiwa yang lara ni..huhu


Kalau diingatkan dah lame gak aku tak hang out mane2 kat luar sana ni. Tgk wayang? Last movie yang aku tgk movie Karate Kid. Ni zaman bila punye cerita la. Cerita ni last aku tgk ngan member2 aku time aku belum lagi start kerja. Masa tu aku tgh ikut program IC Design under Symmid Corp. Tapi tak sempat aku habiskan program ni, Freescale dah panggil aku untuk kerja dengan dorg. Dah rezeki aku so aku tak leh lah nak tolak2. Bila dah start kerja, pindah umah baru hidup aku dah berubah. Aku tak lagi enjoy bila weekend. Nak keluar ngan girlfren aku pun susah sekarang ni sebab die pun dah balik umah. Lagi la kebosanan hidup aku ni..huhu

Kadang-kadang bila weekend je aku rase macam nak balik kampung. Tapi nak buat macam mana, kampung aku jauh di timur semenanjung. Apa lah nasib aku di hujung minggu ni. Tapi walau bosan macam mana pun, kehidupan perlu diteruskan. Rezeki mesti dicari, yang halal semestinya. Weekend ni, maybe Sabtu atau Ahad member aku sorang lagi nak masuk umah ni sebab die baru dapat kerja kat Klang. Bulan depan pun sorang lagi bakal menghuni sekali di umah ni. Bertambah jugak la penghuni umah sewa aku ni. Harap2 tak kebosanan lagi la aku di hujung minggu lepas ni.

Macam ni lah hidup aku tiap2 minggu. Dah la, sekarang dah lewat. Mata dah ngantuk. Aku mau tidur lah pulak. Jaa mata ne. Oyasumi =]

Sponsor Links

Learn Photoshop In Just 2 Hours
Master The Basics Of Adobe Photoshop In Under 2 Hours With Easy To Follow Instantly Accessible Online Video Tutorials!
Need to see to believe!
http://www.learnphotoshopnow.com

The CopyCat Cookbooks: Fast Food Recipes
Over 500 Recipes From All Of America's Most Popular Restaurants And Fast Food Chains
Great Sales Page - Great Value - Wide Open Niche!
http://www.fastfoodrecipes.net

Complete Guide To Making Money While You Sleep
330-page EBook (over 115,000 Words)
Absolutely Packed With Info And Ideas On All Aspects Of Making Money While You Sleep!
http://www.money-while-you-sleep.biz/complete-guide.html