Saturday, August 21, 2010

Bintang Kertas


Bintang Kertas. Bagi siapa-siapa yang pernah dengar nama Salleh Gregor Samsa semestinya pernah dengar nama Bintang Kertas yang disebut-sebutkan ni. Bintang Kertas merupakan laman blog yang dimiliki oleh Salleh Gregor Samsa. Sejak akhir-akhir ni semua orang sibuk menceritakan tentang mamat ni dek kerana provokasi yang dilemparkan olehnya di laman sosial Facebook miliknya mengenai umat Islam yang berpuasa di bulan yang mulia ini bulan Ramadhan. Tapi sekarang ni, laman blog Bintang Kertas tidak lagi dapat diakses mungkin sudah di'delete'?

Bintang Kertas dicoretkan sendiri oleh Salleh Gregor Samsa tentang perjalanan hidupnya yang kehilangan arah tujuan. Dalam kekecohan yang rata-rata orang hangat mengutuk si Salleh ni, tiba-tiba aku dapat tahu yang penulisan Bintang Kertas sudah mula berada di pasaran. Luahan hati yang ditulis penuh kejujuran yang menceritakan kisahnya yang mula hanyut dengan keasyikan dunia. Kerosakan akhlak remaja-remaja akhir zaman sekarang dengan dunia Punkrock, dadah dan minuman keras.

Kemunculan Bintang Kertas di pasaran bagi aku tidak boleh dibiarkan begitu sahaja kerana ideologi-ideologi yang bakal dikeluarkan oleh Salleh Gregor Samsa mungkin boleh memesongkan akidah umat-umat Islam yang lain yang juga lalai dengan keasyikan dunia. Seperti yang disebut-sebut oleh Salleh Gregor Samsa dalam laman Facebook nya yang kini sudah di'deactivated'kan, yang ingin mengeluarkan ajaran baru (ajaran sesat).


Kalau ditengok dari keratan di atas, Salleh Gregor Samsa sekarang ni mungkin sedang memikirkan isi "Kitab" yang diperkatannya. Aku dapat rasakan yang Salleh Gregor Samsa seorang yang akan buat apa yang dia inginkan. Jadi tak mustahil dia betul-betul maksudkan apa yang diperkatan di atas. Umat Islam sekarang patut risau dengan ancaman yang bakal kita hadapi. Ancaman yang menggugat keamanan umat Islam. Ancaman yang boleh merosakkan akidah umat Islam. Umat Islam harus bersatu untuk mengelakkan dari semua ini berlaku. Bukan bersatu mengutuk dan menyumpah tindakan Salleh Gregor Samsa sahaja, tapi kita perlu bersatu untuk memulihkan akidahnya yang sudah jauh terpesong. Sama-sama lah kita doakan agar Salleh Gregor Samsa mendapat hidayah dari Allah SWT dan dibuka pintu taubat dan kembali ke pangkal jalan.

Sponsor Links

Learn Photoshop In Just 2 Hours
Master The Basics Of Adobe Photoshop In Under 2 Hours With Easy To Follow Instantly Accessible Online Video Tutorials!
Need to see to believe!
http://www.learnphotoshopnow.com

The CopyCat Cookbooks: Fast Food Recipes
Over 500 Recipes From All Of America's Most Popular Restaurants And Fast Food Chains
Great Sales Page - Great Value - Wide Open Niche!
http://www.fastfoodrecipes.net

Complete Guide To Making Money While You Sleep
330-page EBook (over 115,000 Words)
Absolutely Packed With Info And Ideas On All Aspects Of Making Money While You Sleep!
http://www.money-while-you-sleep.biz/complete-guide.html