Tuesday, August 31, 2010

Kemerdekaan ke-53 Malaysia


Merdeka! Satu perkataan yang cukup bermakna kepada semua orang tak kira apa jua bangsa. Sebagai rakyat Malaysia kita seharusnya bersyukur dengan kemerdekaan yang telah kita capai selama 53 tahun. Kita seharusnya menghargai perjuangan para pejuang kemerdekaan tanahair kita, terutamanya kepada Bapa Kemerdekaan kita tak lain tak bukan Tunku Abdul Rahman.


Tahun ini sekali lagi kita menyambut Hari Kemerdekaan negara di bulan Ramadhan. Seharusnya kita di bulan yang penuh berkat ini, sama-sama lah kita berdoa agar kemerdekaan negara kita berkekalan. Kemerdekaan bukan sahaja bermakna negara kita bebas dari penjajahan bala tentera British dan sebagainya. Tetapi pada zaman sekarang, kita seharusnya memerdekakan jiwa kita dari penjajahan minda dari Barat yang boleh merosakkan akhlak kita.

Seperti yang kita semua maklum, malam menyambut Hari Kemerdekaan negara akan diadakan bermacam-macam pesta untuk menyambut kedatangan hari yang penuh makna ini. Tetapi di keasyikan pesta ini, ada segelintir di kalangan masyarakat kita yang lupa akan erti kemerdekaan yang sebenar. Kemerdekaan bukan bermakna kita bebas untuk melakukan apa sahaja yang kita suka seperti seks bebas.

Banyak didengari dari banyak pihak yang mengatakan setelah berakhirnya sambutan malam kemerdekaan, kondom-kondom ditemui bertaburan di Dataran Merdeka. Bukan di sini sahaja bahkan rata-rata tempat yang mengadakan pesta malam menyambut kemerdekaan mengalami masalah yang sama. Ini bermakna fikiran, perilaku kita masih lagi dijajah secara tidak langsung oleh cara hidup Barat.


Akhir kata dari saya, sama-samalah kita menghargai kemerdekaan yang kita capai hari ini. Dan sama-samalah kita menjaga keamanan negara dari segala aspek termasuklah penjajahan minda agar negara kita sentiasa aman, makmur dan sejahtera. MERDEKA!!

Saturday, August 28, 2010

Rempah Nasi Bukhari Hasnah


Salam semua warga Malaysia dan segala warga negara di seluruh dunia tak kira lah di mana korang berada. Entri kali ni aku nak promote rempah nasi Bukhari yang dihasilkan oleh mak aku sendiri dinamakan Rempah Nasi Bukhari Hasnah =) Rempah ni sebenarnya berasal dari Arab Saudi di mana mak aku dapat dari seorang chef yang bekerja di istana di negara tersebut. Tapi mak aku takde lah ambek bulat-bulat je resepi chef tu. Mak aku topup-topup lah sikit-sikit rempah tu. Then jadi lah rempah yang special ni..hehe


Okay buat pengetahuan korang semua rempah ni dah lame dah berada di pasaran secara kecil-kecilan terutama di negeri kelahiranku Negeri Terenganu Darul Iman. Rempah ni dah berada di pasaran Kuala Terengganu sejak tahun 2002 lagi iaitu tahun pertama mak aku start jual rempah ni. Sehingga sekarang, semua maklum balas yang kitorang terima adalah positif. So, korang yang belum pernah try lagi resepi ni tak perlu lah ragu-ragu lagi kerana dah sedia maklum rempah ni sangat-sangat diterima ramai.


Pada awal perniagaan mak aku hanya menjual kepada kenalan dan sedara-mara sahaja. Tapi bila musim perayaan ada sedara-mara yang tinggal di luar Terengganu pulang ke kampung beli secara borong. Sejak tu, mula lah perkembangan perniaagaan rempah ni di luar Terengganu. Antara sedara aku yang selalu beli secara borong adalah yang berada di Rawang, Selangor dan juga Alor Setar, Kedah. So pada siapa-siapa yang berada di sekitar dua kawasan ni, aku rasa tak hairan lah kalau korang pernah jumpa rempah ni yek =)

Buat pengetahuan korang lagi, rempah ni selalu mendapat tempahan yang banyak di musim perayaan terutamanya perayaan Hari Raya Aidilfitri dan Hari Raya Aidil Adha. Hah apa lagi, raya pun dah nak dekat ni, so korang jangan lah lepaskan peluang untuk hidangkan menu baru di hari yang mulia nanti =) Kebiasaannya di musim perayaan mak aku akan buat lebih lah sikit rempah ni untuk mengelakkan kehabisan stok.


Resepi ni juga disertakan sekali cara penyediaannya. So pada siapa-siapa yang belum pernah atau tak pandai menyediakan Nasi Bukhari Hasnah ni tak perlu lah risau dan ragu-ragu lagi kerana semua orang boleh menyediakannya secara jayanya. So pada siapa-siapa yang nak order boleh lah PM aku via Facebook aku or just leave your comment here with your email yek =)

Thursday, August 26, 2010

Lawak untuk difikirkan



Solat Jumaat. Semua sedia maklum yang umat Islam terutama golongan Muslimin, solat Jumaat merupakan perkara wajib bagi mereka. Tapi berapa orangkah yang betul-betul menghayati solat Jumaat ni? Ok tu kite cerita lain hari. Sebelum solat, adakah kite ni beriman? Semestinya lah kite semua beriman kan. Tapi sekuat mana iman kite? Jom kite renungkan artikel di bawah ni. Artikel ni dah lama aku dapat. Aku dah ade share kat Facebook. Tapi bagi orang yang takde lam friend list aku mesti lah tak tau kewujudan artikel ni kat Facebook aku. Mungkin dah ada yang pernah baca artikel ni tapi takpe lah, baca banyak kali pun tak salah kan. Jom layan sama-sama.


kalau anda fikir anda masih islam...bacalah Kalau anda pikir anda masih islam bacalah...kalau tidak......Allah saja yang tahu...
Message: Tolonglah ambil masa 2 minit untuk membaca ini....kalau lebih dua minit tu bukan membaca la tu..tapi mengeja.. ;-)



Dengan Nama ALLAH yg Maha Pemurah lagi Maha Pengasih...

Bayangkan benda ini berlaku pada anda..... Suatu hari pada masa Sembahyang jumaat yang di hadiri oleh lebih kurang 1,000 jemaah...tiba-tiba masuk dua orang lelaki yang menutupi seluruh tubuhnyer dgn pakaian hitam.. tak nampak apa cuma dua biji mata and membawa mesin gun... lalu salah seorang lelaki tu bertempik "Sesiapa yang sanggup MATI kerana ALLAH sila berdiri di tempat kamu" Selepas mendengar amaran lelaki itu maka segeralah bertempiaran lari para jemaah itu utk menyelamatkan diri.... daripada jumlah yang 1,000 tadi tu hanya tinggal lebih kurang 20 orang sahaja yang masih berdiri di tempat masing-masing termasuk Pak Imam tu... Lelaki yang bertempik tadi segera membuka tutup mukanya lalu melihat ke arah Pak Imam sambil berkata: "Ok Pak Imam, saya dah halau SEMUA yang hipokrit, sekarang bolehlah Pak Imam mulakan sembahyang Jumaat".... Lalu kedua lelaki tersebut berpaling dan meninggalkan jemaah....



Macammana.. adakah anda rasa lawak dgn cerita di atas, selain terhibur anda fikirlahlah...

" Lawak kan , dari 1,000 org yg mengaku dia Islam hanya 20 yg betul-betul beriman... "

" Lawakkan berapa banyak manusia yang mudah lupakan ALLAH bila menghadapi bahaya... kedua lelaki hanya membawa mesin-gun.. dia tak kata pun nak bunuh.. tapi generasi skrang.. amat lemah..baru kena ugut terus lari lintang pukang.. lupa yg dia tak sembahyang jumaat lagi..."

"Lawak, ada juga yang agamanya cuma seminggu sahaja.. tu pun bila time sembahyang jumaat.. tunjuk muka kat org kampung.. ada tu lagi dashyat setahun 2 kali aje.. bile time sembahyang raya..."

"Lawakkan, ramai orang percaya kepada gosip dan apa yang di tulis oleh surat khabar daripada apa yang tercatit dalam al Quran"

"Lawak kan , berapa ramai yg percaya dunia hanya sementara, akhirat adalah tempat yang kekal, tapi berlumba-lumba mengejar dunia"

"Lawak, kita boleh bersembang dgn boyfriend atau girlfriend berejam-rejam tapi nak berdoa kepada ALLAh alahai.. tak cukup masa..

Dan lebih lawak lagi, bila kita boleh post banyak thread atau email yang berunsur lawak jenaka dan lucah kesemua tempat tapi merasa berat nak berkongsi dan nak hantar artikel2 yang berunsur agama

Lawak kan ???/ Kenapa gelak/ tu kan realiti.. tapi yg paling lawak sekali.. berapa orang yang lepas baca benda ni akan sampaikan kat orang lain... berapa orang yang akan buka email ni untuk luangkan masa membaca? berapa banyak????
wallahuaallam


Sama ada betul atau hanya rekaan semata-mata kisah ni tapi sama-samalah kite mengambil iktibar dari kisah ni. Sama-samalah kite kuatkan iman kite semua agar tidak terpesong akidah kita seperti apa yang telah berlaku pada seorang "rakan" kite yang heboh diperkatakan sejak umat Islam mula menyambut bulan Ramadhan baru-baru ini.

Wednesday, August 25, 2010

Warkah untuk kekasih


Dalam kesuraman ultra lembayung tika tujuh bulan menumpahkan cahaya dibawah kaki langit khirmizi, tiba-tiba aku terkenangkan eurika nostalgia cinta lama yang kita palitkan berdua. Kehadiranmu bersama molekul-molekul hidrogen menerjang segala kekusutan yang membelit tali perutku. Dan kehadiranmu itu mengajar aku erti rindu gelora dan shahdu.

Kau juga mengajarku erti cinta, singa laut, beruang kutub, penguin, kambing salji, mee rebus, cendol, koridor, kotak pensil, tali kasut dan pasu bunga. Kala itu, kita bagaikan Nobita dan Sizuka. Kau dan aku umpama Kurt Cobain dan Rafeah Buang yang tidak dapat dipisahkan. Malangnya percintaan yang mendapat liputan meluas hingga ke planet Ziku itu telah mengundang perpisahan yang akhirnya telah mengecewakan seluruh penternak lipan di Burma. Kau pergi jua ketika Kuala Lumpur sedang bersiap sedia menjadi tuan rumah Sukan Komanwel 1998.

Sesungguhnya perpisahan itu berpunca daripada penebangan pokok getah secara besar-besaran di Lembah Klang. Pemergianmu menyebabkan aku menghidap penyakit resdung dan hepatitis-Q secara mengejut. Ketiadaanmu memaksa aku memakai topi keledar setiap masa sebagai langkah keselamatan. Aku seperti tidak percaya dengan apa yang telah terjadi. Aku bagaikan tergelincir dari orbit bumi dan terpelanting ke ruang angkasa, apabila daya tarikan graviti terhadapku tiada lagi berfungsi setelah aku tersungkur dalam percintaan yang berlarutan hingga ke rubber-set. Seluruh perjalanan hidupku menjadi gelita bagaikan terperangkap di dalam gua yang gelap dan ditemani stlagit dan stlagmit yang bagai sembilu.

Kondominium cinta yang kita bina dari makgat basikal dan kipas helikopter akhirnya musnah setelah kau berpaling tadah. Ternyata sikapmu mulai berubah bila Malaysia mula melancarkan satelit MEASAT-1 ke ruang angkasa raya. Sejak itu kau sering melarikan diri bila terserempak dengan abang iparku. Akhirnya aku menyedari bahawa diri ini tidak diperlukan lagi.Sejak kau tiada, aku sering menyendiri berbual-bual dengan pokok betik untuk mengisi masa lapang. Kadang-kadang aku mengikat botol oren pada tiang rumah agar nampak lebih cantik. Saban hari aku termenung di dalam peti sejuk mengenangkan dirimu yang entah kemana menghilang. Aku cuba bermain badminton sambil makan mi hailam untuk melupakanmu, tetapi aku tak berdaya. Lalu aku membakar mesin basuh dan membelasah empat ekor itik serati jiran sebelah sebagai tanda aku tidak bersalah.

Mengapa? Mengapa sayang? Mengapa ini semua bisa terjadi? Mengapa setelah kau curi hatiku, kau rompak cintaku lantas kau bunuh cintaku sehingga kau terbunuh dalam kemalangan cinta yang ngeri. Aku bagaikan terhimpit dan dihimpit oleh guni-guni batu yang kau timpakan di atas belakangku. Derita yang kautimpakan itu adalah bebanan yang terlalu berat untuk ku tanggung bagaikan mendukung 75 ekor biawak dan 386 ekor anak beruk. Dan kini segala harapanku hancur berkecai bagaikan aku terjatuh dari Menara Kuala Lumpur dan dihempap oleh Menara Berkembar Petronas lalu tersangkut di celah landasan LRT dan kemudiannya digilis pula keretapi Komuter hingga aku hancur berkecai. Oh! terlalu berat dugaan yang kutempuhi kini.Kini segalanya telah pun berakhir. Aku sedar siapa aku. Aku hanya insan biasa yang suka makan mi segera. Aku bukan McGyver, McDonald’s, Superman atau Kesatria Baja Hitam. Aku juga bukanlah Ultraman seperti yang kau idam-idamkan. Aku menyedari kekurangan diri dan kekurangan kemudahan awam di tempat sendiri. Tak perlu dikesali lagi kerana nasi telah menjadi capati dan tin sardin yang ku genggam ini telah pun luput tarikhnya. Segalanya sungguh mengharukan dan semua hadiah pemberianmu termasuk enjin kapal selam telah pun aku cincang untuk dibuat makanan lembu.

Walaupun segalanya telah pun berakhir, disini, diatas pokok getah ini aku tetap menunggu kau akan kembali. Selagi ada nafas ini, selagi ada kompleks membeli-belah SOGO, selagi ada kedai kasut selipar di sekitar Argentina, selagi kumpulan Metallica tidak berpecah, aku tetap menunggumu sehinggalah mentari terbelah lapan. Namun aku menyedari bahawa penantianku hanyalah sia-sia belaka. Akhirnya aku mengambil keputusan mektamad untuk menunggu tiang elektrik dihadapan rumahku berbuah. kalau tiang elektrik berbuah nanti, aku poskan buahnya kepadamu. Nak tak?”

Tuesday, August 24, 2010

Ribena ada arak!


Ribena ada arak?? Mesti semua tertanya-tanya kan? Cerita nya macam ni. Semalam time aku nak gi solat Zuhur kat kat tempat kerja aku tengah-tengah tunggu turn nak amek air sembahyang aku terbaca satu artikel pasal ari Ribena ni. Artikel ni datang daripada sape tu aku tak tau lak kan. Cuma yang aku tau artikel ni datang dari emel berangkai. Emel yang orang ramai duk forward sana forward sini lah. Ini cerita zaman bila pun aku tak tau lah. So untuk mendapatkan kepastian aku pun Google lah sana sini untuk cari maklumat tentang artikel ni. Actually kisah ni berlaku kat London so kesahihan di Malaysia aku tak pasti lah. Harap-harap Ribena keluaran Malaysia 100% halal lah. Ok jom layan artikel ni:


LONDON : Pemimpin Islam di Birmingham menggesa diadakan rombakan menyeluruh dalam undang-undang pengguna selepas kemunculan berita menggemparkan bahawa dua minuman ringan kegemaran mengandungi arak. Birmingham Post semalam melaporkan ramai peniaga membuang stok Ribena dan Lucozade selepas penggun! a mendapati ramuan perisa air minuman itu mengandungi arak meskipun pada paras yang rendah. Peraturan makanan tidak mensyaratkan pengeluar produk itu, Glaxo-SmithKline menyenaraikan arak pada bungkusan minuman itu kerana kandungan arak itu pada! kadar yang rendah. Bagaimanapun, umat Islam yang diharamkan daripada meminum arak mendakwa semua minuman ringan seharusnya dilabelkan dengan jelas jika ada ramuan yang bercampur arak meskipun amat sedikit. Empat tahun lalu, Walkers, sebuah syarikat makanan, menukar label pada bungkusan kerepeknya selepas akhbar Birmingham Post mendedahkan snek keju dan bawangnya mengandungi ekstrak lembu tidak sembelih. Kandungan arak dalam Ribena dan Lucozade adalah kurang daripada 0.1 peratus tetapi umat Islam memberitahu Birmingham Post bahawa mereka kecewa selepas mengetahui bahawa mereka sejak sekian lama meminum arak meskipun pada paras yang teramat rendah. Pengerusi Masjid Jamik Birmingham, Dr Mohammed Naseem menyuarakan rasa terkejutnya kerana undang-undang itu masih membenarkan kandungan dalam makanan atau minuman tidak dinyatakan dengan jelas pada label.. 'Kita amat kecewa kerana sebelum ini umat Islam menganggap minuman ringan seperti Ribena dan Lucozade ini halal tetapi sebaliknya,' katanya. Pekedai yang juga anggota Persatuan Peniaga Ladypool, Mohammed Zaman Khan berkata penjualan Ribena dan Lucozade jatuh mendadak sejak beberapa minggu lalu dan beliau memastikan produk itu tiada pada rak kedainya. Jurucakap Glaxo-SmithKline memberi alasan label minuman dan makanan pasti tidak dapat dibaca jika peraturan mensyaratkan semua komponen bagi penyediaan makanan itu dinyatakan. 'Sesetengah bahan perasa mengandungi lebih 50 komponen. Kami amat sensitif dengan keperluan budaya pengguna dan cuba menangani isu itu jika ia dimaklumkan kepada kami,' katanya. Beliau mengakui minuman tenaga Lucozade berperisa asli, limau, tropika dan sitrus mengandungi paras rendah arak begitu juga deng! an lima perasa yang disediakan untuk Ribena.. - Agensi


So bagi penggemar minuman Ribena ni harap lebih berhati-hati lah. Tapi kalau tak silap aku Ribena kat Malaysia ni ada je kan logo Halal keluaran Jakim. Kalau kita yakin dengan sijil Halal yang dikeluarkan oleh Jakim maka bolehlah kita minum air ni. Tapi kalau was-was baik jangan lah. Tepuk dada tanya selera. Wallahualam.

Monday, August 23, 2010

New look!


Yeah! Akhirnya lepas lebih kurang 3 bulan blog aku terpampang gambar awek yang aku sendiri tak kenal sekarang sudah pun berubah wajah! Hehehe Fuh! Penat aku carik gambar mane lah yang cam menarik sikit nak wat header akhirnya aku jumpa gak la satu gambar masa aku and housemates aku gi panjat Bukit Broga lepas habis Final Exam bulan May baru-baru ni.

Dengan menggunakan sedikit kepakaran (chewah mcm la hebat sangat!hahaha) dalam editing guna Photoshop, akhirnya inilah hasilnya. Tada! Hehehe


Setakat ni, ini jelah yang termampu aku buat dalam masa setengah jam. Aku malas nak pening-pening kepala carik idea. Lain kali kalau aku dapat idea yang lagi menarik aku update balik la aku punya "rumah" ni..hehe

Ok lah aku mau tido. Chowz!

Sunday, August 22, 2010

Sakit Perut!


Aduh bangun pagi-pagi dah sakit perut. Ni sume mesti pasal berbuka semalam ni. Semalam aku gi bazar kat Seksyen 7 depan Hailam Koptiam yang baru bukak. Sampai je sana aku pun ronda-ronda lah pusing satu bazar. Biasa la bile gi bazar sume benda nampak sedap and sume benda nak beli kan. Pusing punya pusing pastu aku benti kat satu gerai beli lah ayam goreng sambal harga 2 ringgit. Baru satu lauk. Aku pun jalan lagi la. Ok stop kat next station aku beli sayur lak singgit. Nak dijadikan cerita, makcik yang jual sayur ni bagi pajeri nenas percuma. Aku pun terkejut gak la kan. Tapi aku amek jelah sebab die dah siap bungkus masuk lam plastik skali ngan sayur tadi.

Ok perjalanan masih diteruskan. Baru dua lauk aku beli plus percuma satu lauk. Jalan-jalan pastu aku tertarik lak dengan popia 3 bijik singgit. Aku pun beli lah. Lagipun dah lama aku tak makan popia, teringin lah pulak nak makan kan. Nafsu punya pasal tak cukup lagi apa yang dah aku beli ni. Haish dugaan bulan puasa macam ni lah tak leh nak tengok makanan lagi-lagi bila gi bazar. Aku tengok jam. Owh awal lagi baru 6.40 pm. Jalan lah dulu. Pastu aku ternampak paru goreng yang macam menarik perhatian aku. Apa lagi sambar lah singgit. Ok aku dah nak balik. Tetiba ternampak lak satu gerai yang jual roti boom. Singgah lah dulu jap. Tengok. Ah tak nak pikir panjang beli lah seketul. Haish banyak betul juadah berbuka aku malam ni. Baru habis 6 ringgit. Murah gak ek aku pikir. Tapi takpe lah aku dah nak balik.

Sampai umah dalam pukul 7 lebih. Lambat lagi nak masuk waktu berbuka. Aku pun siap-siap lah dulu. Tengok nasi housemate aku dah siap masak. Aku pun bukak peti ais cari oren. Hah ade sebijik je lagik. Takpe never mind. Aku kupas then potong. Ape lagi cari blender lah buat jus oren. Lagi best dari beli jus oren kat kedai..hehe


Gambar hiasan

Jam dah 7.26 pm. Aku pelik nape lah tv kat umah aku ni tak keluar-keluar lagi azan Maghrib. Aku tengok balik jam then tengok tv balik. Ciss rupa-rupanya budak-budak ni duk layan ntv-7. Patut lah takde azan. Aku suruh dorang tukar tv3. Hah ambek ko! Orang dah nak habis azan dah. Aku cepat-cepat baca doa and terus sambar kurma. Pastu aku makan roti boom dulu. Makan punya makan pastu ambek rasa lah pajeri nenas yang percuma tu. Aku mula-mula rasa was-was gak nape makcik ni senang-senang je bagi free. Ni lauk semalam yang tak habis ke? Aku elak kan pikir negatif, so aku anggap je ni rezeki. Bila dah nak habis makan ni lah kan aku rasa lain macam je rasa paru goreng ni. Rasa macam dah nak basi pun ada gak lah. Haish aku pun benti makan paru. Aku terdiam sekejap. Then habiskan nasi dalam pinggan.

Satu malam berjalan dengan lancar. Takde apa-apa petanda aku sakit perut. Dah lewat malam aku pun rasa nak tido. Ntah apa mimpi malam tadi pun aku dah lupa dah. Tetibe aku terjaga pukul 4 pagi. Eh awal lagi ni. Nak bangun sahur dah ke? Ah tido dulu lah. Aku pun sambung tido. Tengah duk lena diulik mimpi tetiba aku terjaga. Aku tengok jam. Ah dah 5.48 dah. 5 minit lagi nak subuh. Tetiba perut aku sakit lak. Memang tak sempat lah aku nak sahur walaupun dengan minum air. Sakit perut punya pasal. Sahur pagi ni sahur aku niat puasa je..huhu

Dah selesai solat Subuh aku bukak Facebook jap. Aku terbaca satu post member aku. Die cakap beg laptop die hampir diragut oleh 2 orang mat rempit. Nasib baik die sempat melawan. Sempat gak lah die tumbuk muka mat rempit tu. Pastu mat rempit tu blah macam tu je. Dah takut kan. Takpe lah member aku selamat. Takde cedera apa-apa cuma tangan die je calar sikit tumbuk visor helmet mat rempit tadi tu. Aku malas nak ngadap laptop lagi. Aku nak sambung tido.

Jam menunjukkan pukul 9.30 am. Awal lagi. Tapi perut aku meradam lagi. Ah tension nye aku bile sakit perut pagi-pagi macam ni. Sume ni brader kedai tu punye pasal jual paru goreng yang dah basi. Memang lepas ni aku takkan singgah lagi lah kedai brader tu. Buang masa bermakna aku je nak tido pagi-pagi hujung minggu ni..huhu

Haish panjang lak aku membebel tengah-tengah hari ni. Dah lah. Aku nak keluar. Nak gi umah makcik aku. Dah lame aku tak gi ziarah die. See you next time! =]

Saturday, August 21, 2010

Hukum bersolek


Sebut pasal bersolek, apa yang terlintas di fikiran adalah wanita. Tapi apakah hukumnya? Di sini saya ingin kongsikan satu artikel tentang hukum bersolek. Artikel ni saya dapat dari note abang saya di laman Facebook beliau.

Artikal ini saya baca daripada terjemaahan daripada buku Al-TABARRUJJ oleh Ustazah Ni’mat Sidqi (Seorang Ulamak Wanita Mesir-1930M)


19 BERMAKE-UP ….HARAM!


Ramai di kalangan belia-beliawanis sekarang yang telah bertuhankan hawa nafsu. Mereka sanggup mengatakan bahawa mereka masih muda remaja, belum tiba masanya untuk bertudung dan berjubah. Idea mereka seolah-olah memberi erti bahawa bertudung kepala dan berbaju menutup ‘aurat hanyalah untuk golongan tua yang akan mati esok atau lusa. Allah menyuruh setiap wanita – samada yang masih remaja atau telah tua, tetapi masih memakai alat-alat solek supaya memakai tudung. Wanita-wanita yang telah lanjut usia, perjalanan haid telah terputus, maka mereka dibenarkan berbuka kepala andainya mereka tidak menggunakan sebarang alat-alat make-up di bahagian muka atau menggunakan rambut palsu.


Untuk menjelaskan lagi, Allah telah berfirman yang bermaksud: “Perempuan-perempuan tua yang telah terhenti haid dan mengandung, tiada keinginan berkahwin lagi, tiadalah atas mereka dosa menanggalkan pakaian mereka dengan tidak bermaksud menampakkan perhiasan, dan berlaku sopan adalah lebih baik bagi mereka. Dan Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui” (al-Nur: 60). Mengikut fahaman ayat tersebut, jelaslah bahawa Allah s.w.t telah memberi satu keistimewaan kepada nenek-nenek yang telah lanjut usia. Mereka dibolehkan keluar rumah dengan tidak bertudung. Meskipun kemudahan tersebut diberi, tetapi nenek-nenek harus ingat, Allah s.w.t membolehkan mereka membuka kepala dan muka dengan syarat yang telah lanjut, tetapi sekiranya hati masih remaja, ingin bersolek, bermake-up dan sebagainya, maka hukumnya samalah dengan wanita-wanita yang masih muda remaja. Wajib bertudung. Allah Maha Kuasa untuk menciptakan manusia dalam bentuk apa jua sekalipun. Ada wanita-wanita yang berupa paras kurang cantik. Umpamanya muka yang berparut, ada pula kulit mukanya yang berbintil-bintil dan ada pula yang memiliki rambut panjang. Terhadap golongan-golongan ini pula, harus diingatkan bahawa berhijab atau bertudung bukanlah diwajibkan terhadap wanita-wanita yang cantik sahaja. Oleh itu jangan kamu mengambil kesempatan mendedahkan ‘aurat kamu atau mengunakan alat-alat solek untuk menutup kekurangan tadi. Tutupilah dengan hijab seperti yang dikehendaki Islam. Bukankah itu lebih baik…?!


Berhati-hatilah wahai puan! Selera lelaki bukan sama. Ada yang sukakan wanita berbadan kurus, berpinggang ramping, sedangkan yang lain pula sukakan wanita bertubuh rendang, atau berkulit kuning. Ada lelaki pula yang terlalu berkemahuan, pantang melihat si hitam manis. Memang benar apa yang dikatakan, “Setiap manusia ada jodoh dan pasangannya”. Allah s.w.t menyuruh semua wanita supaya berhijab dan melarang mereka dari mengamalkan pergaulan bebas yang sudah merebak pada hari ini. Di sebalik suruhan dan larangan tersebut ada hikmah-hikmahnya. Umpamanya, seorang suami yang memiliki isteri yang kurang cantik, tidaklah berhasrat untuk merampas isteri saudaranya yang cantik. Masakan dia dapat berbuat demikian sedangkan dia tidak pernah melihat ‘aurat wanita lain selain daripada isterinya. Oleh itu bagaimana sekalipun rupa paras isterinya, itulah secantik-cantik wanita yang halal baginya di dunia ini. Dengan demikian setiap hidup aman damai, anak- anak tidak terpisah dari ibu kandungnya, masyarakat juga aman bahagia.


"Wahai wanita-wanita Islam! Tutupilah ‘auratmu seperti yang disyariatkan Islam. Janganlah kamu menggunakan kecantikan anggota mengikut perasaan. Sedarlah, disebabkan pendedahan yang kamu lakukan, sudah berapa banyak belia-belia yang tergoda dan tersiksa. Oleh itu awasilah moral dan akhlak kamu semua. Hayatilah ajaran al-Quran dan Sunnah Rasulullah".


Seperti yang dijelaskan, memang sukar untuk melayan selera jumhur, tidak sesukar melayan selera suami di rumah, tetapi setelah bertopengkan syaitan, perkara yang sukar menjadi idaman. Sebagai bukti, cuba lihat beberapa wanita hari ini yang tidak mungkin keluar rumah andainya muka belum disaluti Amami, bibir belum digincu, mata belum dikenakan eye-shadow dan pipi belum dimerahkan. Hakikat sebenarnya, segala yang kamu kerjakan merugikan diri kamu sendiri. Di dunia dan di akhirat. Di dunia, kamu membazirkan wang beringgit- ringgit sementara di akhirat pula kamu berbogel di dalam neraka. Sungguh sial andainya kecantikan membawa padah. Ke mana sahaja kamu pergi, lelaki ganas yang kamu temui sedangkan lelaki yang baik beradab akan menjauhkan diri. Wahai wanita Islam semua! Tepuk dada tanya selera. Betulkah kamu benar- benar beriman kepad Allah, cinta dan patuh pula kepada segala suruhanNya. Sekiranya Rasulullah s.a.w masih hidup, apalah teguran dan peringatan Baginda terhadap kamu semua yang masih bermake-up, bersenang-senangan dan bercampul gaul di antara lelaki dengan perempuan tanpa batasan yang tertentu. Meskipun Rasulullah telah pergi meninggalkan kamu terlebih dahulu, namun Allah tetap kekal buat selama-lamanya. Dia tetap melihat apa yang kamu kerjakan, samada baik atau buruk. Tergambarlah di fikiran, bagaimana dahsyatnya siksaan di hari Mahsyar kelak. Kalau tergambar demikian, kenapa masih tidak mahu beramal..?!


Harus diingatkan, di hari Mahsyar nanti, kamu tidak berhak memproters di hadapan Allah. Rasul telah diutuskan dan segala suruhan serta larangan telah disampaikan kepada manusia semua. Semua suruhan dan larangan tersebut terbentang di hadapan kamu. Oleh itu hak memilih terserahkan kepada kamu, samada suka bergaul bersama-sama saudara kamu di syurga atau rela badan tersiksa di dalam neraka di hari kebangkitan kelak. Dengan jelas Rasulullah bersabda yang maksudnya: “Terdapat dua golongan daripada umatku yang terdiri daripada ahli neraka. Satu golongan, didapati bersama-sama mereka itu, tongkat-tongkat yang sentiasa terhayun- hayun laksanan ekor lembu, lalu manusia dipalu dengannya; golongan yang kedua, terdiri dari perempuan-perempuan yang berpakaian separuh bogel, pelacur- pelacur, berkepala besar dan terkulai-kulai; mereka tidak mungkin masuk ke syurga; baunya yang tidak mungkin mereka rasai; masakan mereka dapat menyedut bauan tersebut sedangkan jarak jauh di antara mereka dengan syurga melebihi ilma ratus tahun perjalanan”.


Andai puan-puan masih meraba-raba di siang hari, menentang ajaran al- Quran dan Hadith, mengikut perasaan dan dorongan Iblis hingga melewati perbatasan yang dilarang Alllah, nescaya kamu terjerumus ke lembah maksiat. Ini telah dijelaskan oleh Allah dalam firmanNya yang bermaksud: “Sesiapa yang menderhakai Allah dan RasulNya serta melanggar ketentuan-ketentuanNya nescaya Allah akan memasukkannya ke dalam api neraka. Ia kekal didalamnya dan baginya siksaan yang amat menghinakan” (al-Nisaa’: 14)


Awas puan-puan semua jangan sampai hidup bersandiwara, menafikan kebenaran, mempertahankan kemungkaran. Tidakkah kamu terfikir bahawa bermake-up satu perbuatan yang salah? Ya, jika perasaan dikuasai iblis, kuasa penglihatan sudah tidak bererti lagi. Yang halal dikatakan haram dan yang haram dikatakan halal. Allah memberi peringatan dalam firmanNya yang bermaksud: “Apakah orang yang dijadikan syaitan menganggap baik perkerjaaan yang buruk, lalu dia menyakini perkerjaan itu baik, sama dengan orang yang ditipu oleh syaitan? Sesungguhnya Allah menyesatkan siapa yang dikehendakiNya. Janganlah dirimu binasa kerana kesedihan terhadap mereka. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang mereka perbuat” (al-Fatir: 8)


Hanya inilah perbincangan yang dapat saya utarakan. Saya rasa sudah cukup sebagai pengenalan dasar untuk saudara-saudari yang cintakan kebenaran. Terhadap golongan yang masih lalai,saya ingin berseru. Berfikirlah dua kali, bahkan tiga kali, atau empat kali dan seterusnya hingga mendapat petunjuk semata-mata datangnya dari Allah. Oleh itu tunduk dan sujudlah kepada Allah pohonlah hidayat dariNya, mintalah petunjuk dariNya. Mudah-mudahan kamu dapat membezakan yang mana golongan yang berpihak kepada golongan kolot yang masih berpakaian membuka ‘aurat, tak ubah seperti di zaman jahiliyyah, agaknya inilah yang dikatakan “Jahiliyyah Kedua Puluh”.


WANITA DALAM NERAKA


Di sini saya ingin mengutarakan satu peristiwa yang telah disaksikan oleh Rasulullah s.a.w semasa dalam perjalanan Isra’ Mi’raj yang ada kaitannya dengan penghuraian tabarruj. Diriwayatkan oleh Sayyidina Ali karam allahu wajhah: “Saya dengan Fatimah pergi mengadap Rasulullah s.a.w kami dapati baginda sedang menangis lalu kami bertanya kepadanya: “Apakah yang menyebabkan ayahanda menangis, ya Rasulullah?”. Rasulullah menjawab: “Aku lihat ada perempuan rambutnya tergantung, otaknya menggelegak. Aku lihat perempuan yang digantung lidahnya, tangannya terikat ke belakang dan Qathran (air yang menggelegak) dicurahkan ke dalam halkumnya. Aku lihat perempuan tergantung, kedua kakinya diikat, tangannya terikat di umbun- umbunnya dan disuakan dengan ular dan kala. Aku lihat perempuan yang memakan badannya sendiri, di bawahnya dinyalakan api. Aku mlihat perempuan yang memotong tubuhya dengan gunting daripada api neraka. Aku lihat perempuan yang bermuka hitam, memakan tali perutnya sendiri. Aku lihat perempuan yang telinganya pekak dan matanya buta, diisi ke dalam sebuah peti yang diperbuat daripada api neraka, otaknya keluar dari lubang hidungnya, badannya berbau busuk, kerana berpenyakit sopak dan kusta. Aku lihat perempuan yang kepalanya seperti khinzir, badannya seperti badan keldai, beribu-ribu kesengsaraan yang dirasainya. Aku lihat perempuan, rupanya seperti anjing, kala dan ular masuk ke kemaluannya, atau ke mulutnya dan keluar di duburnya. Malaikat memukul kepalanya dengan corong daripda api neraka”.


Fatimah pun berdiri dan bertanya kepada ayahnya: “Ayahanda yang dikasihi, ceritakanlah kepada anakanda; apakah kesalahan yang dilakukan oleh perempuan-perempuan itu?”. Rasulullah menjawab: “Fatimah, adapun perempuan yang tergantung rambutnya itu ialah perempuan yang tidak menutup rambutnya daripada lelaki yang yang bukan muhrimnya. Perempua yang lidahnya tergantung itu ialah perempuan yang menggunakan lidahnya untuk memaki hamun dan menyakiti hati suaminya. Perempuan yang kedua-dua kakinya tergantung itu ialah perempuan yang keluar dari rumahnya dengan tidak mendapat keizinan daripada suaminya dan tidak mahu mandi suci daripada haid dan nifas. Perempuan yang memakan badannya sendiri itu ialah kerana ia berhias untuk lelaki yang bukan suaminya dan suka mengumpat-ngumpat orang. Perempuan yang memotong badannya sendiri dengan gunting api neraka, ia memperkenalkan dirinya kepda orang asing, bersolek dan berhias supaya kecantikannya itu dilihat ole lelaki lain. Perempuan yang diikat kedua-dua kakinya, tangannya diikat ke arah umbun-umbun dan disuakan dengan ular dan kala, ianya boleh bersembahyang dan berpuasa, tetapi tidak mahu mengambil air sembahyang dan tidak mahu mandi janabah (junub). Perempuanyang kepalanya itu seperti khinzir dan badannya berupa badan keldai ialah perempuan ahli pengumpat dan pendusta. 23 Perempuan yang seperti anjing itu adalah perempuan yang suka membuat fitnah dan membenci suaminya”.

..................................................................................................................................................................

Setiap yang telah ditetapkan Allah S.W.T adalah muktamad dan kita tiada hak untuk melawan atau memprotes. Hukum tetap hukum dan kita tidak berhak untuk melawan atau mebetulkan setiap hukum yang telah di tetapkan oleh Allah S.W.T. Sesungguhnya Allah S.W.T tidak pernah memungkiri janjinya termasuklah dalam perihal hukuman yang akan dikenakan terhadap hambanya. Sekian..

..paan..


Sama-sama lah kita renungkan bersama.

Sponsor Links

Learn Photoshop In Just 2 Hours
Master The Basics Of Adobe Photoshop In Under 2 Hours With Easy To Follow Instantly Accessible Online Video Tutorials!
Need to see to believe!
http://www.learnphotoshopnow.com

The CopyCat Cookbooks: Fast Food Recipes
Over 500 Recipes From All Of America's Most Popular Restaurants And Fast Food Chains
Great Sales Page - Great Value - Wide Open Niche!
http://www.fastfoodrecipes.net

Complete Guide To Making Money While You Sleep
330-page EBook (over 115,000 Words)
Absolutely Packed With Info And Ideas On All Aspects Of Making Money While You Sleep!
http://www.money-while-you-sleep.biz/complete-guide.html