Sunday, December 12, 2010

Hari Pertabalanku Sebagai Degree Holder - Konvokesyen

Ada gaya Dato' tak?
Salam semua. Dah lama aku tunggu nak post entri tapi masa sangat lah mencemburui aku dan hari ini aku berkesempatan juga untuk create entri ni. Walaupun entri ni aku rasakan macam dah lapuk sebab dah seminggu lebih majlis ni berlangsung. Tapi aku tetap jugak nak share ngan korang semua :)


Jumaat, 3 Dec 2010


Pada hari ini, family aku dari kampung tercinta, Kuala Terengganu, tiba pada pukul 1 petang. Maaf ye mak, ayah, anakmu ini sangat busy pada hari ini. Huhuhu. Pada hari ni, jadual aku sangat pack. Pagi ke menara SAAS, UiTM, untuk ambil jubah konvokesyen dan sesi fotografi sesi fotografi bersama rakan - pre-konvo, sebab dah tau bila hari konvo nanti konpem tak sempat nak bergambar ngan rakan-rakan seperjuangan. Petang pulak lepas solat Jumaat ke Subang and KL atas urusan-urusan tertentu. Hanya pada lewat petang baru aku free dan boleh berjumpa dengan family aku. Huhu.

816 - Bilik penginapan kami sekeluarga di Concorde Hotel
Setibanya family aku di Shah Alam, mereka terus ke Hotel Concorde di Seksyen 9 yang aku dah booking awal-awal atas nama ayah aku. Maklum lah, kat Shah Alam ni bila tiba musim konvokesyen UiTM, semua hotel akan penuh. Dari semurah-murah hotel sampai lah ke semahal-mahal hotel. Walaupun Hotel Concorde ni boleh dikategorikan sebagai hotel berkelas tinggi dan agak exclusive, tapi bagi aku mereka layak menerimanya. Ini sebagai satu penghargaan aku buat mereka terutamanya ayah dan emak aku yang telah banyak berkorban untuk membesarkan dan mendidik dari sehelai kain putih untuk menjadi seorang insan. Terima kasih ayah, terima kasih emak.


Sabtu, 4 Dec 2010


Tarikh ni merupakan salah satu tarikh keramat dalam hidup aku. Setelah hampir 4 tahun aku bertungkus-lumus di Fakulti Kejuruteraan Elektrik, UiTM Shah Alam, akhirnya hari ini aku secara rasminya naik ke pentas Dewan Seri Budiman, bersalaman dengan Pro Canselor UiTM untuk menerima segulung ijazah. Walaupun result aku tak lah seberapa, tapi aku tetap bersyukur dengan pemberian-Nya. Pada hari ini, semua graduan dan jemputan diminta untuk datang awal ke Istiadat Konvokesyen UiTM ke-73 iaitu pada pukul 7 pagi untuk Sidang 13 - Fakulti Kejuruteraan Elektrik dan Fakulti Kejuruteraan Kimia di Dewan Seri Budiman.

Seperti kebiasaan, hanya dua orang yang dijemput untuk bersama-sama ke dalam dewan konvokesyen. Yang selebihnya dikehendaki menunggu di luar. Dan semestinya ayah dan emak aku yang akan bersama-sama masuk ke dewa. Sementara menunggu istiadat konvokesyen selesai, Abang aku yang turut datang dari Johor untuk memeriahkan lagi suasana, membawa adik-adikku yang sangat ramai ke cafe berdekatan untuk breakfast. Hanya seorang adik aku yang tidak dapat datang sebab dia sekarang sedang berjuang di bumi Sunderland bagi mengejar segulung ijazah.


















Setelah selesai istiadat konvokesyen, aku terus menuju ke arah family aku yang menunggu di luar dewan. Setibanya aku bersama mereka, adikku menghulurkan sejambak bunga berserta ucapan tahniah. Thanks for your support!

Gambar pertama bersama parents tercinta setelah keluar dewan
Setelah bergambar, kitorang pun beredar. Maklum lah semua orang baru keluar dewan dan semestinya suasana agak kelam-kabut dan hingar-bingar. Kitorang beredar menuju ke cafe. Dalam perjalan menuju ke cafe, aku meminta family aku menunggu di satu tempat dan aku menuju ke dataran di depan menara SAAS untuk membeli bunga kepada kekasih hatiku. Dan semestinya, pada hari konvokesyen ini kebanyakan graduan memperkenalkan kekasih hati mereka kepada orang tua masing-masing. Dah beli bunga, aku pun bawak lah si intan payung berjumpa dengan faimly aku walaupun pada mulanya dia sedikit segan. Terima kasih kepada adikku, kakak, sebab dia berjaya mengurangkan keseganan kekasihku. FYI, adikku ni dah pernah jumpa "dia" kali sebelum ni dan sebab tu lah "dia" selesa sedikit.

Bersama "dia" dan emak
Dah selesai sesi interview sedikit sebanyak, family aku pula nak jumpa family "dia". Dan aku pun buat pertama kalinya nak jumpa family "dia". Actually aku pun pernah jumpa salah sorang family "dia" tapi budak lah. Anak buah dia je. Hehehe. Dan otw nak gi jumpa family "dia" kat cafe, terserempak pulak dengan member. "Dia" memang nak bergambar dengan BFF dia ni semalam tapi tak sempat.

Dengan Dayah

Aku pun nak join sekali la

Fana tiba-tiba muncul nak bergambar ;p
Opps! Candid la pulak. Tak sempat nak pose ;p
Dah habis bergambar kejap dengan dorang ni. Masa pun dah makin suntuk. Mak "dia" nak balik cepat sebab ada kenduri pulak dekat Serdang. Cepat-cepat pergi cafe. Dan bila sampai ke cafe, emaknya agak terkejut dan tak tahu nak cakap apa. Maklum lah tetiba je. "Dia" ni pulak tak bagitahu awal-awal so memang lah terkejut. Sekali datang pulak tak nak ramai. Satu family terus datang jumpa. Dan bila dua family bertemu ...



2 family bersatu. Abang aku jadi photographer.
Dah habis borak-borak. Dah kenal sedikit sebanyak family masing-masing. Emak aku pun jemput emak "dia" datang rumah kitorang bila mana dorang datang Terengganu. Lagipun, kakak "dia" juga kahwin dengan orang Terengganu. Bolehlah datang singgah sekali bila ke sana. Masa hari ni amat mencemburui kami, "dia" bersama emak dan abangnya terpaksa pergi. Hujan pun dah turun renyai-renyai. Mereka terpaksa pergi untuk mengelakkan kebasahan ketika menuju ke kereta yang diletak agak jauh dari sini.






Gambar sekitar cafe ni tak banyak. Kitorang pun nak gerak sebab cafe ni tak berbumbung. Sesi fotografi diteruskan sekitar menara SAAS ni. Bila si abang berjaya menyarung jubah dan memakai topi berempat segi, semestinya adik-adik pun akan turut merasa bahana konvo ni. Dan ini lah yang akan mendorong adik-adik untuk meningkatkan lagi usaha dan semangat untuk berjaya di hari mendatang.




Ini adik aku ok

Ini pun bukan aku

Orang cakap muka kitorang serupa.
Betul ke??

Bersama abangku






Sempat bergambar dengan Azim

My lovely parents




Diriku di Istiadat Konvokesyen ke-73

Bersama ibu dan ayah

Bersama ibu dan adik
Selesai sudah sesi fotografi di sekitar menara SAAS dan dewan konvokesyen. Family aku semua pun dah penat. Ayah aku ajak balik hotel, nak bergambar kat sana.






















Inilah sedikit sebanyak tentang konvokesyen yang dapat aku kongsikan. Gambar aku naik pentas tak ada lagi. Aku belum sempat lagi nak ambil dekat UiTM. Lain kali lah bila aku dah ambil and rasa rajin atau tidak lupa, nanti aku upload masuk sini.

Sempena ini, aku ingin mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih terutamanya kepada emak dan ayah yang telah berkorban apa sahaja demi membesarkan aku serta mendidik aku sejak dari lahir. Tidak lupa juga abang dan adik-adik aku sekalian yang turut mendorong aku menjadi insan. Kini tiba giliran aku pula untuk membalas jasa mereka. Juga kepada makcik-makcik dan pakcik saudara aku. Buat semua guru-guru dan pensyarah yang pernah mengajar aku secara langsung mahupun tidak. Dan tidak lupa juga rakan-rakan seperjuangan. Terima kasih semua. Tanpa anda semua tidak mungkin aku akan berjaya pada hari ini. Sayang korang semua!

Sponsor Links

Learn Photoshop In Just 2 Hours
Master The Basics Of Adobe Photoshop In Under 2 Hours With Easy To Follow Instantly Accessible Online Video Tutorials!
Need to see to believe!
http://www.learnphotoshopnow.com

The CopyCat Cookbooks: Fast Food Recipes
Over 500 Recipes From All Of America's Most Popular Restaurants And Fast Food Chains
Great Sales Page - Great Value - Wide Open Niche!
http://www.fastfoodrecipes.net

Complete Guide To Making Money While You Sleep
330-page EBook (over 115,000 Words)
Absolutely Packed With Info And Ideas On All Aspects Of Making Money While You Sleep!
http://www.money-while-you-sleep.biz/complete-guide.html